Wednesday, April 29, 2009

Ketirisan

Semasa solat Asar petang tadi saya terlihat bekas seperti di gambar, di tengah2 dewan solat. Ia bukan kepunyaan jemaah di sebelah tu, tetapi diletakkan di situ kerana tujuan tertentu.

Sungguh tidak diduga, rupanya ia untuk menadah, mungkin sedikit kebucuran, pada kubah yang cantik ini agaknya.




Masjid yang cantik ini baru beberapa bulan je digunakan.....aduhai.
Wallahua'lam.

15 comments:

Kak Teh said...

sayang sekali. Mungkin contractor cut corners? wallahualam.

Sally said...

hmmm..such a pity..ni nak panggil kontraktor datang repair ni mesti liattttt..

ZABS said...

Kak Teh: Apa pun perlu cepat diatasi. Sekarang selalu hujan di KL ni. Habis pula karpet yang cantik tu basah nanti..

Sally: Tentu masih di dalam jangka masa jaminan. Jangan tangguh2lah untuk panggil kontraktor yang bertanggungjawab, walaupun nampak sikit.

pB said...

sangat sekali ....

silversarina said...

Patutnya tak terjadi, apa yang penting sekarang perlu dibaiki segera.

Tepi Sungai Batu said...

Yang membinanya dan yang meluluskannya, dua-dua kena bertanggung jawab.

ZABS said...

pB: Sangat apa agaknye tu ye?

SS: Setuju kalau ikut memang tak patut. Tapi kalau Allah nak tunjuk, terjadilah ia...Wallahua'lam.

PM: Jawab jangan tak jawab... Kalau ada yang bertanyalah..kan?

jaflam said...

Salam Zabs,
Kalau kontraktor yg bertanggung jawab dan ada kebangaan kpd hasil kerja sediri mungkin pekara ni tak terjadi.

AJK mesjid pun kena kejar sikit depa tu.

Sya said...

Baru aje bina dah bocor..?? aduhai tak de kualiti langsung.. gah dimata aje

ZABS said...

DJ: Belum nampak apa2 tindakan diambil lagi. Bekas plastik tu masih ada di sana tengahari tadi.

Sya: Siapnya dah lama, tapi baru dua tiga bulan digunakan.

Abahnajwa said...

Salam Pak Zabs,

Sedihnya dengar hal ni Pak Zabs. Abah baru dapat draf dasar aset negara..Dalam tu siap ada dinyatakan tatacara pengurusan aset negara...

Kena tunggu implimentasi kot Pak Zab?

Salam dari Liverpool
Abah

PINATBATE said...

Salam Pak Zabs..
cantik sungguh kubah masjid ni..sayang sekali...

KAMATO said...

soal bocor atap ni kadang2 diluar dugaan, tapi jarang terjadi pada buangunan sebegitu

ZABS said...

Abah: Dasar Aset Negara baru ada draf? Selepas 54 tahun merdeka akhirnya, dapat juga disiapkan DAN itu....TQ abah for the info..

Pinatbate: Macam muka yang sangat cantk, tiba2 tumbuh jerawat sebiji....tentu kelam kabut tuan punya mukakan?

"Kun fayakun"... Apa pun ia berlaku untuk memberi iktibar kepada mereka2 yang berkaitan tentunya. Itu pun jika dianggap begitu

Azlan Zed said...

satu lagi projek barisan najib ke? huhu...