Saturday, April 04, 2009

Sayang dan Benci

Saya pernah terbaca satu Hadis yang bermaksud lebih kurang begini:

"Sayangilah kekasihmu sekadarnya, kerana di satu ketika yang lain dia mungkin menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu sekadarnya, kerana di satu ketika yang lain dia mungkin menjadi kekasihmu".

Perkara ini bukan sahaja sesuai ditujukan kepada pasangan kekasih, tetapi mungkin lebih sesuai digunapakai kepada kawan dan lawan, terutamanya yang terlibat dalam politik. (Sudah tentu anda boleh beri satu contoh yang amat tepat untuk mengambarkan situasi ini. Pada astu ketika terlalu sayang hingga dengan rela menjadikannya pengganti beliau, kemudian menjadi terlalu benci sehingga ingin menjatuhkannya pula, dan terkini sanggup berdiri di pentas yang sama semula).

Sebenarnya dalam kehidupan ini kita perlu bersederhana dalam apa juga keadaan.

Semasa bercinta......

Semasa berkawan......

Semasa bermusuhan.....

Semasa bermain....atau yang sewaktu dengannya.

Cuma yang perlu berlainan ialah.....

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi. dan bribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari". Wallahua'lam.

8 comments:

Sally said...

Sally suka n3 PakZabs nih..berkesan di hati!!

MA said...

Sungguh tepat sekali!


Dalam dunia pekerjaan juga sama. Kalau nak marahkan pekerja/orang bawah pun kena beringat. The ass you are kicking now might be the ass you will be kissing later.

Neeza Shahril said...

eh! macam lebih kurang aje entry kita.. neeza tulis pasal ni tapi tajuknya lain sikit.. buat baik berpada-pada :)

Yunus Badawi said...

Salam Zabs.
Betul tu kita tak boleh over. Susah nak reverse kecualilah muka tak malu.

ZABS said...

Sally: Tulis untuk mengingatkan diri sendiri dan jika ada manfaat bagi oran lain, Alhamdulillah.

MA: Betul 3x. dala kes macam tu, kena jadi muka temboklah.

Neeza: Ya, serupa tapi tak sama. Dah baca tapi belum komen lagi.

YB: Perahu boleh diundur, kalau kata-kata dah terlepas, tangung sendirilah.

Accia said...

oh pak zabs, part ni memang saya akan ingat sampai mati. apabila saya akhirnya berkahwin dengan orang yang saya pernah tak suka tengok.

dan, tak kan boleh kita sayang lebih subjek atau hamba Allah daripada Allah sendiri.

Terima kasih kerana mengingatkan saya kembali pak zabs! :)

zino said...

sangat benar...

pepatah yg mahadir kata dulu..

tiada kawan yg kekal dan tiada musuh yg kekal..

ZABS said...

Accia: Tentunya ia akan menjadi ingatan selamanya. Semoga kasih sayang anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Zino: Dari itu, musuh jangan dicari, jadilah kawan kepada semua.