Wednesday, April 15, 2009

Macam Orang Jepun..

Saya mula tertarik bermain dengan kamera dan mengambil gambar ketika berkursus di Jepun pada akhir tahun '70an dulu.

Ini kerana terpengaruh dengan banyaknya terdapat peralatan fotografi di sana. Tambahan lagi di tempat kami tinggal semasa berkursus itu, ada di kunjungi oleh wakil sebuah kedai kamera dan alat2 fotografi setiap hujung minggu.

Kami akan ditunjukkan pamphlet berbagai jenis model kamera terkini untuk dipilih. Beliau akan mengambil tempahan dari mereka yang berminat, dan menghantarnya pada minggu berikutnya apabila beliau datang semula untuk mengambil bayarannya.

Saya juga menjadi salah seorang dari yang berminat itu, dan bermulalah kegilaan mengambil gambar ke mana sahaja kami dibawa berjalan. Walau bagaimana pun sehingga kini saya masih bertaraf baru belajar jika dilihat dari gambar2 yang telah saya kumpulkan setakat ini.

Gambar di sebelah diambil oleh koordinator kursus kami semasa berada di dalam keretapi untuk ke tempat kursus. Beliau mengambil gambar itu kerana katanya saya nampak macam orang Jepun je....pulak.

Setahu saya, memang takda sedikit pun campuran darah Jepun. Yang ada Melayu, Jawa, dan Minang sahaja. Wallahua'lam.

20 comments:

Unknown said...

ada style kot uncle! :D

Sally said...

tu Pak Zab tu..?..btol kata Akmal..ada style..

eh..n3 kita samalah..tajuk camera..

ZABS said...

Akmal: Agaknya lah. Bila berada di Jepun, jadi macam orang Jepun. Ikut keadaan.

Sally: Ye lah tu Sally, gambar diambil pada tahun '79, masa tu umur baru 28 je...
Tahniah dah ada permainan baru.

mila80 said...

wah!
mmg bergaya..
bestnya pak zabs muda2 dah g negara orang..
tentu seronok kan..

Azlan Zed said...

macam takuya kimura pun ada gak sket2... hehe.

Yunus Badawi said...

salam Zabs.
Kalau yg dah terer mcm Zabs kata masih belajar ambil gambar, org yg mcm saya ni lagilah hampeh. Main snap ikut dan huhuhu

Neeza Shahril said...

jin jepun masuk dalam badan pak zabs kot heheee..

pB said...

jepun ...

handsome tuuuu

Unknown said...

aah lar...awat xpasan seblum ni ada iras2 takuya kimura...ayah sila google...hehehe

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Ada gaya orang Jepun......cara kerja pun macam orang Jepun.
Pak Man pernah bercakap dengan orang yang pernah berurusan dengan Zabs.......dia seorang tukang teropong/tukang sukat berlesen.

ZABS said...

Mila: Orang kata "join the navy and see the world". Untuk saya memang telah menjadi kenyataan. Alhamdfulillah.

Alan: Arigato...tapi siapa dia tu?

YB: Takpalah asal gambar boleh jadi kenangan dah cukup.

ZABS said...

Neeza Semoga bukan jinnya, budaya kerjanya cukuplah...haha...

PB: Abe pb lebih handsome kot??

Azilah: Tak payah google. Sebab dia yang macam muka ayhnda, sebab dia lahir kemudian...

ZABS said...

Cikgu: Di mana kenal kawan saya tu? Semasa di Mekah ke?

PINATBATE said...

lorr..gambar Pak Zab ker?
ingatkan gambar pemuda Jepun tadi..
memang ada style!

ZABS said...

PinatBate: Gambar 30 tahun lalu, banyak perbezaan, memang berbeza.
"Left click" pada gambar untuk tengok gambar lebih besar.

silversarina said...

Memang ada nampak macam orang jepun yang hensem :)

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Pak Zabs,

wah hansome macam bintang pilem. pernah berlakon filem ultraman tak. itu je lah cerita jepun yang saya tau.

naha

zabs said...

SS: Mungkin kamera yang digunakan oleh koordinator tu, jenis baik punya kot? Tu nampak elok sikit muka saya tu....

Naha: Masa tu Ultraman belum ada kot? Kalau dapat berlakon dulu tu, tentu tak balik Malaysia dah..hehehe...

sonata anak kancil said...

Zabs : ganteng nya!

ZABS said...

Sonata: Sekarang perut dah jadi segantang..haha..