Monday, April 20, 2009

Berterima Kasih

Pernahkah anda merasa kecewa apabila memberi pertolongan kepada seseorang, tetapi tidak pun diberi ucapan terima kasih atas pertolongan itu.

Anda memberi laluan kepada keretanya untuk bergerak dahulu, tetapi dia berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada anda.

Anda bangun dari kerusi untuk memberi peluang dia untuk duduk, walaupun dia lebih muda dari anda, kerana anda merasa anda lebih bertenaga untuk berdiri, dia duduk tanpa sedikit pun menguntumkan senyuman.

Sebenarnya ini tidak sedikit pun harus merunsingkan anda. Allah swt yang telah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dari bayi yang tapak kakinya hanya sebesar dua jari tangan, hingga tua bangka begini, masih ada yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Banyak perintah yang diingkari dan larangan yang dilakukan.

Oleh itu janganlah merasa terkejut dengan tindak balas yang tidak anda jangkakan itu. Tabiat begini memang telah menjadi sifat yang utama yang selalu mendominasi manusia di akhir zaman ini.

Namun demikian, segala kebaikan dan kebajikan yang anda lakukan itu, tidak akan menjadi sia-sia, kerana Allah Maha Melihat dan manusia secara umumnya masih ramai yang pandai menilai segala kebaikan yang kita lakukan. Wallahua'lam.


20 comments:

silversarina said...

Entahlah, susah sangat sesetengah orang nak ucap terimakasih , jenis kurang adab dan adat .

Sally said...

"thank you" & "sorry" memang susah diucapkan bg setengah2 orang..especially yg egonya menggunung ganang..
..pernah sekali tu..ada org minta bantuan wang masuk ke bilik guru..cara minta pun dan "kurang asam"..bila salah seorang rakan Sally hulur wang..sepatah terima kasih pun tak diucapnya..cikgu tadi dgn lantangnya berkata.."Pakcik..kita ni orang Islam..bila dah orang bagi sedekah tu..sekurang2nya katalah terima kasih!"..haaa..ambik kau..selalunya tak de yg menegur agaknya, hari tu kantoi la!!terkulat2 mata pakcik tu..lantas manjawab.."Maah la deh..timo kasih bbanyok.."..kuang..kuang..kuang

sonata anak kancil said...

Kenapa jadi begitu? Kerana tidak mengamalkan berterima kasih sejak kecil lagi...oleh tu, anak2 mesti diajar mengucapkan terima kasih.

Kekadang sonata dapat ucapan terima kasih tanpa sebab. Jadi kena tanya, kenapa mesti berterima kasih kepada saya? Maka diberitahu la begitu begini apa yang saya hulurkan bantuan kepadanya entah bila2 , kita pun dah lupa!!!jadi, kita pun terima la kasihnya itu - he3.

ZABS said...

SS: Kekadang tu orang ambil mudah dengan adab sopan ni. Menganggap ianya hak mereka untuk mendapat sesuatu itu.

Sally: Kena buku dengan ruaslah gamaknya ye. Mungkin tidak kena caranya menegur begitu, tetapi kekadang tu perlu sedikit tempelakan untuk mengajar orang begitu.

Sonata: Setuju dengan anda, perlu didikan dari kecil. Apabila ia sudah menjadi tabiat, terima kasih akan sentiasa cepat diluahkan.
Akan merasa bersalah jika sesuatu kebaikan tidak dapat dibalas, sekurang2nya dengan ucapan terima kasih..

Sally said...

hehe..ye la tu PakZab..
skali skala kena ada "wake up call"..lepas kejadian tu mungkin ada perubahan positif pd pakcik tu kut..lebih ramai la kut yg bersedekah pd nya..

Pi Bani said...

Cara saya senang je... kalau orang yang sepatutnya cakap terima kasih kat saya tapi tak cakap apa-apa, saya yang akan kata terima kasih kat dia. Biasanya orang tu akan tersipu-sipu...

ZABS said...

Sally: Apa yang ditakut, kita tak dapat apa2 ganjaran dari derma kita tu pula....

Pi Bani: Gunakan reverse psychology. Bagus juga tu. Tidaklah mereka terasa sangat.

Unknown said...

SALAM,,mgkin depa yg x mo ucap tq nie...nk test tgk kot,,sama ada kita nie ikhlas ataupun x.....hu3..tp bg saya,org ikhlas x kn harap tq nie...dan bg org yg nk ucap tq nie,,ucap je perkataan ,jazakallah huqairan khasira...ini suruhan nabi saw,,,,

ZABS said...

APS: Persoalannya bukan ikhlas atau tidak, kerana Allah sahaja yang tahu akan keikhlasan kita tu.
Tetapi isu disini ialah berbudi bahasa itu budaya kita..

Mak Su said...

iyalah, tak payah fenin2 ek... layanzzz

Sally said...

Tu la pasal..kwn Sally tu pu kata..derma dia hari tu tak dpt pahala..tp Sally rasa dia dapat pahal sebab menyedarkan pakcik tu..wallahu'alam..

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Pak Zabs,

Sy teringat mcm mana sy bagi tpt duduk kat satu wanita mengandung ni, termengah2 dia nak bergerak ke kerusi yg sy offer tu... tak sempat. budak jantan muda terus lompat duduk dan terus pura2 tido. hilang rasa nak dengar "tima kasih' tu.

Neeza Shahril said...

macam tu lah orang tak bersyukur.. pada yang mencipta dia pun dia tak reti ucap terima kasih.. ini pulak pada orang lain..
semoga kita tak jadi orang cam tu kan Pak Zabs...

ZABS said...

Mak Su: Takd fenin2. Tensi je!

Sally: Semoga niat baik itu yang dicatit. InsyAlah.

ZABS said...

Naha: Kalau tidak menjadi kesalahan, mahu dilanyak2 je budak kurang asam tu, betul tak?
Tetapi itulah juga, satu dugaan kepada orang yang sabar seperti anda kan?

Neeza: Saya turut mengaminkan doa anda itu. InsyaAllah, semoga dimakbulkan.

Suria Klang said...

Pak Zabs,

Seronok perhati orang kan? Saya nak balas soalan Pak Zabs tentang Prof MKI. Buku travelog dakwah beliau saya terima sewaktu ia baru diterbitkan. Banyak gak saya beli and beri pada kawan2. Saya adalah pembaca manuskrip beliau, dan saya juga ada beri ulasan tentang buku ini di Radio IKIM. Hari tu Raden Galoh pun nak buku tu and saya minta Prof bawa satu untuknya. Khabarnya dah habis di pasaran...Kalu Pak Zab nak, nanti saya tolong mintakan. Untuk pengetahuan, Prof MKI saya kenali sewaktu dia jadi senior saya masa buat degree dulu...then dia jd lecturer saya masa saya buat Masters...hehehehe

ZABS said...

Suria: Terima kasih kerana niat baik anda nak mintakan buku itu untuk saya.
Sebenarnya sya dah pun beli buku itu ntuk bacaan anak2 saya.
Saya juga antara beberapa orang pembaca manuskrip buku itu.
Malah komen saya pun ada dimuatkan pada muka2 awal buku itu.
Semasa di Wales dulu tu, tidak ramai Malaysian, so kami semua kenal keluarga semua yang belajar di sana...hehe.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Spesis manusia yang tak mahu 'menerima kasih' kita barangkali.

Helena said...

Kita selalu lupa cakap Terimakasih pada org yg bekerja di kaunter kan? I make it a point to convey y appreciation every time i pay my bills, including just not kat Post Office.

Having said tat, smlm I purposely did not say thank you (dgn rasa guilty gak) masa kat counter sebab masa tu i asked her to please please process my application first atas dasar keperimanusiaan sebab i need to rush as i got a call saying my dad was admitted to the hospital. She igonored my request..... dgn muka kering dia tu...

ZABS said...

BP@JP: Wa'alaikummussalam. Mungkin spesis yang mahu menerima saje tetapi tidak mahu memberi.
Namun ia tidak seharusnya, menghalang kita untuk terus "memberi kasih" kepada yang lain. Setuju?...

Helena: Selalu berbuat begitu, sampai kepada "toll's girls" juga. Cuma ada masanya, mereka toleh pun tidak....
That is what I mean (muka kering). Harap your dad is ok now. Take care.