Monday, April 06, 2009

Anugerah

Seperti yang kita selalu dengar dari Ustaz2 dan Tok2 Guru, apabila mati seorang anak Adam itu, hanya tiga perkara yang boleh memberi manfaat kepada rohnya.

- Ilmu yang memberi manfaat yang telah diajarkannya
- Anak2 yang soleh yang mendoakannya dan
- Sedekah jariah yang telah diberikannya.

Semua ini hanya dapat dilakukan semasa hidupnya. Persediaan awal ini penting dan akan membawa kebaikan kepadanya di kemudian hari.

Perkara lain yang telah dilakukan, walau sebanyak mana pun hanya untuk kebaikannya di dunia sahaja dan tidak akan dapat membantu selepas matinya.

Ini termasuklah berbagai anugerah yang diberikan kepada mereka selepas ketiadaan mereka. Mungkin ada manfaatnya jika mereka telah diberikan anugerah tersebut semasa mereka masih hidup.

Apatah lagi jika masih terdapat ramai lagi rakan2 beliau yang masih hidup yang boleh diberikan anugerah tersebut. Tentunya anugerah tersebut akan lebih bermakna bagi mereka ini. Dan tentunya yang lebih memberi manfaat jika bantuan kewangan juga dapat disalurkan kepada mereka yang amat memerlukannya itu. Wallahua'lam.

6 comments:

Sally said...

Arwah papa selalu pesan ttg 3 perkara tu..

..dan dia org plg gembira bila Sally decide nak ikut jejak langkahnya jd guru..katanya..satu bab (perkara pertama:ilmu yg kita ajar dimanfaatkan tu..) dah hampir dlm tangan InsyaAllah..nak kejar yang lagi dua tu..

Unknown said...

Salam,,tuan,semoga tulisan tuian mendapat manafaatnya.

Neeza Shahril said...

anugerah dari Allah lah yang paling bernilai.. anugerah dari manusia, hanya menambahkan riak aje kan..

ZABS said...

Sally: Alhamdulillah. Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anka-anak mereka. Mungkin kadang kala, anak-anak tidak nampak kebaikannya itu.

APS: Terima kasih atas kata2 perangsang itu. Pakcik hanya penulis yang baru belajar. Tapi cuba nak beri sedikit pandangan yang mungkin ada kebaikannya.

Neeza: Amat tepat sekali. Semoga kita dijauhkan dari mempunyai perasaan riak tersebut. InsyaAllah.

Accia said...

salam pak zabs,
bila pak zabs sentuh pasal anak yang soleh, saya teringat ada ustaz tu kata, anak soleh tak semestinya yang menghafal Quran. terus saya rasa saya ada peluang. :)

Unknown said...

Salam,,,nanti pakcik boleh terbitkan buku la...hu3