Sunday, March 22, 2009

Pertanian Moden

Hujung minggu lepas saya balik kampong sekejap untuk bertemu adik beradik yang ada di sana. Kebetulan mereka ada mengadakan sedikit jamuan, jadi dapatlah merasa lemang dimakan dengan rendang ayam kampong.

Semasa di kampong saya tertarik dengan satu projek kecil yang sedang diusahakan oleh salah seorang adik yang telah lama mencari sesuatu yang sesuai dilakukan, setelah bersara awal dari perkhidmatan TLDM. Dia telah menanam pokok cili secara fertigasi sebanyak seribu pokok di belakang rumah.

Ini adalah pertama kali saya mendengar pertanian secara fertigasi itu. Ketinggalan zaman betul saya ni. Saya telah googlekan dan inilah apa yang saya dapati:

Fertigasi atau fertigation sebenarnya berasal daripada gabungan dua perkataan fertilization (pembajaan) dan irrigation (pengairan). Oleh itu, fertigasi bermaksud proses pembajaan dan pengairan berjalan serentak terhadap tanaman tertentu. Terdapat dua cara digunakan dalam proses fertigasi ini. Cara tersebut ialah sistem graviti dan sistem anti graviti. Sistem graviti selalunya digunakan di tempat atau ladang yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti sumber elektrik. Tangki air diletakkan di tempat yang tinggi seperti di atas bukit atau atas bangunan. Cara pengendalian yang digunakan ialah pengusaha akan sentiasa membuka valve air secara manual setiap hari (pagi, tengahari dan petang). Manakala bagi sistem anti graviti pula selalunya digunakan di tempat atau ladang yang mempunyai sumber elektrik. Lokasi tangki air boleh di letak di mana sahaja. Cara pengendalian yang digunakan ialah menggunakan pam air. Di samping itu juga, penggunaan alat digital timer dapat mengurangkan beban pengusaha mengendali ladang dengan lebih efisien.



Menurut adik saya itu, dia berbelanja lebih kurang RM10 ribu untuk projek perintisnya ini dan jika berjaya dia mungkin akan menanam lebih banyak lagi.

Pokok ini dijangka akan mula berbuah setelah 1 setengah bulan. Dalam kes ini mungkin pada penghujung April saya akan dapat melihat gambar pokok cili ini telah berbuah, diMMS kepada saya.

Semoga beliau mendapat pulangan yang baik dari usaha dan titik peluh beliau itu. InsyaAllah.

8 comments:

Neeza Shahril said...

neeza suka tengok pokok berbuah.. kalau pokok cili neeza lagi suka sebab color dia merah.. nanti kalau neeza ada disana, boleh tak neeza tolong kutip cili?? hehehe..

aNIe said...

Salam Zabs...

Saya pernah dengar jugak petani2 moden sekarang menanam pokok cili menggunakan cara fertigasi...tapi masih tak paham macamaner kaedahnya

Pokok2 tu memang dibiarkan dalam polibag ke? Tak ditanam kat tanah?

Saya memang minat bab menanap pokok2 tanaman yang boleh digunakan

zaitgha said...

had seen a documentary on this on tv1 or 2 awhile ago....dkt2 rumah saya nih pun ada yg buat ....

ZABS said...

Neeza: Nak upah orang tak mampu, tapi kalau ada pekerja sukarela tentu dia suka kot.. hehehe..

Anie: Betul tanam dalam polibag tu je, tapi tak pakai tanah. polibag tu diisi dengan sabut yang telah dihaluskan. ]
Ia berfungsi seperti tanah sebagai tempat pokok itu hidup.
Air bercampur baja disalurkan melalui hos yang dipasang kepada setiap pokok itu, mengikut masa yang ditetapkan.

Zai: Dulu lain sekarang lain. Petani pun kena ikut perubahan yang memudahkan kerja mereka.

Azlan Zed said...

mudah-mudahan... :)

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Semoga membuahkan hasil yg diharapkan dan menjadi contoh kpd petani2 lain.

Helena said...

good for your bro..... ada 2-3 kawan suami tanam cili ni.... mmg ok pendapatannya..... one of them buat fertigasi...

InsyaAllah he will do well....

ZABS said...

Alan: InsyaAllah.

YB: Terima kasih bagi pihak adik saya tu. InsyaAllah. Semoga projek printisnya ini berjaya untuk kebaikannya dan keluarga.

Helena: InsyaAllah. Dia pun mendapat dorongan dari kawannya yang telah berjaya. Menurutnya kawan tu ada lebih 30,000 pokok.