Monday, March 16, 2009

Masih Boleh Bercuti

Saya ke KK beberapa hari menemani istri yang menghadir satu seminar berkaitan dengan kerjanya. Untuk memudahkan urusan kami tinggal d hotel di mana seminar itu diadakan.

Isteri hadir seminar dan saya ambil kesempatan berehat, walau sebenarnya, memang sntiasa berehat pun, tetapi di rumah dan di pejabat sahaja.





Apa yang ingin dituliskan ialah, keadaan di hotel ini sama sahaja seperti di tahun2 lain yang saya pernah ke sini. Meriah. Bising. Penuh aktiviti. Orang ramai masih boleh bercuti seperti biasa. Tidak terasa kegawatan yang berlaku agaknya.

Saya berdoa semoga kita semua tidak merasa kegawatan yang diwarwarkan itu. InsyaAllah.

14 comments:

Azlan Zed said...

harap2 begitulah. amin. :)

Neeza Shahril said...

takut juga kan.. kami merasa disini. harga barang naik macam roket.. tapi Alhamdulillah.. masih survive..

Sally said...

Salam Pak Zabs..a ah la kan..kata ekonomi gawat..tapi Sally tengok kebanyakkan org masih seperti biasa..kat kejiranan Sally nih ade 5 6 buah rumah dok renovate..selamber je besarkan rumah..yg beli kreta baru pun ade je..hmmm..life goes on la kan..pandai2 masing2 lah nak handle kewangan masing2..

KAMATO said...

kita hadapi apa yg berlaku, moga negara kita dilindungi

ZABS said...

Alan: InsyaAllah.

Neeza: InsyaAlah. Rezeki Allah yang sediakan. Kita berusaha dan bertawakkal.

Tchersally; Mereka tu sebenarnya menyumbang kepada kitaran ekonomi. Kalau semua orang tidak berbelanja, tentu ekonomi tidak bergerak..betulke?

Kamato: InsyaAllah.

Sally said...

Pak Zabs..btol tu..btol sangat..samalah kalau kena bayar saman laju kan Pak Zab kan?..menyumbang ke arah kitaran ekonomi negara..huhu

Sastri said...

salam uncle...

waaa... saya ke KK baru dua kali... dua-dua kerana mesyuarat dan tak sempat nak berjalan... sempat ke Karambunai sahaja sebab mesyuarat kat situ...

ZABS said...

Sally: Betul. tetapi terpulang kepada niat dan keadaan. Kalau kena saman tu, menganiaya dirilah pulak, untuk nak bantu kitarkan ekonomi...ada cara lain yang lebih efektif kot?

Sas: KK dah banyak kali dikunjungi sejak hujung tahun 70an lagi. Banyak perubahan yang dapat disaksikan. Cuma gunungnya sahaja yang tidak mampu di daki.

Kerp (Ph.D) said...

pak Zab,

Alhamdulillah so far saya pon belum merasai kesan kegawatan, tempiasnya pon belum. tapi kalau dah kena pon, setakat pegi berkelah kat PD ok kot, kurang mengoyakkan dompet kita.

ZABS said...

Kerp: Semoga ia berterusan begitu hendaknya.
Semasa gawat tahun 1997/98, saya bersara secara pilihan untuk bekerja di sebuah syarikat swasta. Ada yang menegur keputusan saya untuk bersara awal pada masa yang kurang sesuai itu.
Saya tidak fikir pun tentang gawat itu, bagi saya rezeki saya Allah yang tentukan bukan kerajaan atau swasta.
Saya bersyukur kerana kegawatan itu memberi peluang kepada saya untuk membuka syarikat sendiri pula. Alhamdulillah.

Sally said...

..baiklah Pak Zab..Sally surrender..hehe..

Kerp (Ph.D) said...

alhamdulillah, murah rezki tu Pak zab.

silversarina said...

Salam,

Memang setakat ni kelembapan ekonomi tidak menjejaskan rakyat negara kita secara amnya tapi memang kita kena beringat jugak agar berjimat dalam berbelanja, bila bab cuti tu saya tetap akan suka dan akan berjalan2 jika ada rezeki lebih, kaki jalan :)

ZABS said...

Sally: Yang penting keselamatan di jalan raya. Ekonomi bertambah baik, tetapi jika kita tak dapat nak rasa manfaatnya tak guna jugakan...

Kerp: InsyAllah. Dalam masa gawat ni, jka dapat bayar gaji staff itu sudah baik, Alhamdulillah.

Silversarina: InsyaAllah. Jka kita telah beringat, berjimat dan berhemah dalam berbelanja semasa senang, InsyaAllah, tentu tidak terasa sukarnya semasa gawat ini.
Cuti perlu untuk recharge dan bersedia untuk bekerja keras semula...tak gitu?