Monday, March 30, 2009

Hasil Didikan

Saya tertarik kepada satu kenyatan dari seorang penulis, yang menyatakan di dalam bukunya, bahawa hasil didikan kita kepada anak-anak akan menampakkan hasilnya semasa mereka berumur 15 tahun.

Kebenarannya saya dapat lihat sendiri pada empat anak bujang saya (oop,..sejadi bapa, dan seorang lagi coming soon akan berkahwin) yang semuanya telah menjadi perokok.

Kenyataan ini agak menyentuh perasaan, kerana saya telah berhenti merokok sejak lebih 13 tahun lalu, untuk menjadi contoh yang baik kepada anak2 agar tidak merokok.

Tetapi hakikatnya, keempat2 anak lelaki saya ini telah membesar semasa saya masih lagi merokok. Mereka melihat (didikan cara senyap) dan mungkin menanam impian untuk menjadi seperti ayah mereka.

Apa yang mereka tidak ambil perhatian ialah betapa sukarnya untuk berhenti merokok apabila nakotin telah menjadi satu keperluan kepada otak.

Betapa ayahnya telah mencuba berkali-kali untuk berhenti, tetapi memulakan semula tabiat tersebut tidak lama kemudian. Hanya setelah hampir 25 tahun menjadi penagih, barulah berjaya sepenuhnya. Itu pun dengan dorongan yang amat berkesan dari mamanya.

Kepayahan ayahnya (semasa masih merokok) yang selalu terbatuk2 kerana pencemaran yang berlaku di dalam paru2nya juga, mereka tidak ambil perhatian. Mungkin mereka cuma nampak keseronokan sahaja.

Sekarang pun untuk mendaki tangga ke pejabat yang cuma dua tingkat pun ada kalanya sedikit kekurangan angin apabila sampai di destinasi. Ini juga mungkin berpunca dari paru2 yang telah didera dengan asap dan nakotin yang tidak diperlukan semasa melakukan amalan yang tidak berfaedah itu.

Oleh itu saya cadangkan kepada perokok2 ini agar bermulalah dengan kurangkan merokok dan seterusnya cuba berhenti.

Mereka juga mesti bertekad untuk berhenti merokok. Lihatlah amalan ini seperti membakar duit. Cuba ambil duit lima ringgit dan bakar di depan mata. Tentu anda tidak mahu melakukannya. Duit seringgit pun saya rasa anda tidak akan membakarnya.

Jika anda merokok sebungkus sehari yang berharga RM6, ini bermakna anda akan membakar dengan setianya RM6 setiap hari. Fikir2kanlah sendiri. Wallahua'lam..

8 comments:

aNIe said...

Salam Zabs...suami saya pun merokok...sampai lar ni tak leh nak berhenti lagik. Hari tu dia kat nak berhenti...tapi nampak kat tangan dia bawak 3 karton rokok...dia kata...tak lama lagik harga rokok naik...aduuuhhh!!

Tapi nampaknya dia dah mula kurangkan jumlahnya dari sehari ke sehari...alhamdulillah...

Harap2 anak2 takde yang terikut...

Helena said...

my dad was a chain smoker. He stopped cold turkey after his first chest pain. But before tat, i grew up watching him smoke, as early as 7am. He even shared with me the different tastes of different cigarettes when i was 12. I remember how i coughed after tat 1st puff.... and how he laughed at me. Nasib baik Helena perempuan. But i dont think he'll share with me to tat extend if i were a boy.

My hubby is a casual smoker. He only smokes with his friends. Since smoking has been banned at my dad's house, my kids never did see or seldom see adults smoking. I remembered once when my son was in std 1, stared in amusement at an uncle who smoked in front of him. THis question to me " Apa orang tu buat mama?" Yup my kids are tat ignorant. Thanks to my dad (bec of the ban) and the people around us (bec they respect my dad and dont smoke when we are around)

My son is now 9. Off and on, I will talk about the negatives of smoking..... so far he agrees with me and hairan why people nak buang duit and endanger their body to smoke. I hope he will think the same for the next 20 yrs.

Yunus Badawi said...

Salam Zabs.
Tahniah kerana berjaya berhenti merokok.
Kalau anak2 bujang Zabs baca n3 ni mungkin mereka tergerak utk berhenti merokok kerana telah membaca sendiri dari org yg mereka hormati dan contohi.

silversarina said...

Pada saya memang membazir bila merokok,setakat ni keluarga saya sendiri memang abah serta adik-beradik dan ipar-duai tidak merokok , dan setakat ini juga anak2 saya tidak merokok , jadi kalau di rumah memang kami selamat dari asap rokok.

Alhamdulillah Zabs dapat berhenti merokok, mungkin satu hari anak2 juga akan turut berhenti merokok InsyaAllah.

Unknown said...

Melihat tulisan ini saya teringat pengalaman hidup saya. Saya juga pernah merokok 2 tahun yang lalu. Akibat sakit paru- paru akhirnya saya memutuskan untuk berhenti merokok. Alhamdulillah dada saya sekarang dah lega tanpa sesak lagi.

ZABS said...

Anie: Terima kasih kepada isteri saya kerana banyak mendorong saya secara langsung ataun tidak langsung.

Halena: Bagus begitu. Semoga anak anda akan terus begitu.
Di rumah saya pun sejak dulu lagi memang tidak dibenarkan merokok. Semasa saya merokok dulu pun, hanya diluar je saya merokok. Sekarang anak2 pun tak berani merokok di rumah. Mereka hisap secara selindung2 di luar.

YB: Semoga mereka mendapat saranan yang dikemukakan.

SS: Sebenarnya saya dah berhenti sejak tahun 1995 lagi. Semasa tu berada di Wales, rokok pula mahal gila.

Wilson: Terima kasih kerana datang ziarah. Semoga anda akan terus sihat tanpa nikotin tu.

Azlan Zed said...

rm6.50 sebenarnya... :)

(oh ya, taktik kementerian kesihatan meletakkan gambar yg ngeri ternyata tidak memberi kesan...)

oh...

ZABS said...

Alan: Terima kasih atas maklumat trkini itu.
Bukan taktik kementerian sebenarnya. Hanya menjalankan tanggungjawab sosial untuk meningatkan perokok yang tak sedar diri sebenarnya.
Tetapi kalau yang punya paru2 tak sedar juga, sampaai masuk ICU pun mereka akan merokok juga....