Wednesday, February 11, 2009

Tanggung Jawab

Pekerja yang dijanjikan bayaran gaji setiap bulan, akan sanggup dan rela melakukan apa sahaja tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Ada yang akan sanggup bekerja siang dan malam jika diperlukan. Ada yang berjaga malam kerana ditugas mengikut "tukaran perkuburan" (graveyard shift) tanpa ada rungutan.

Ada pekerja yang bertugas nun jauh di lautan, di pelantar minyak, di kapal kontena, atau di kapal laut meronda perairan negara tanpa bosan.

Ada yang sanggup meninggalkan keluarga, sanak saudara kerana bekerja di negara seberang lautan. Tidak ketinggalan juga yang bekerja di negara jiran.

Semua ini dilakukan demi mengikut arahan, kerana nak cari makan dan mendapat duniawi punya imbuhan.

Tetapi ada perkara yang lebih perlu lagi kita jalankan tanggungjawabnya. Namun kita selalu ambil mudah sahaja.

Kadang kala kita tidak berterima kasih atas ni'mat yang tidak ternilai yang telah kita perolehi. Kita mungkiri perjanjian kita sebagai Khalifah di muka bumi ini.

Di samping itu kita dijanjikan pula dengan nikmat yang lebih lagi jika telah menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya, oleh Dia, Yang Tidak Memungkiri JanjiNya.

Perlukah kita diingatkan kepada ni'mat2 yang telah kita perolehi terlebih dahulu itu, tetapi tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab kita yang kita diamanahkan itu?

Dua mata berapa nilainya?
Dua kaki dan dua tangan sanggupkah dijualbelikan?
Dua telinga bolehkah ditukar ganti? Wallahua'lam.

Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman 55:13).

13 comments:

Azlan Zed said...

kadang2 kita alpa dgn nikmat-Nya...

Neeza Shahril said...

pernah Dr Shukri datang ke sekolah neeza (20 tahun yang lepas) buat perkiraan harga anggota badan kita.. berbillion2 ringgit.. sampaikan tak terkira jumlanya.. tapi masih ramai yang 'terlupa' nak ucapkan terima kasih kepada peminjamnya..

ZABS said...

Alan: Kalau kadang2 alpa, bermakna kadang2 je lah ingat, tak gitu? Dalam hal Syariat ni sentiasa mahu ingat, betul?

Neeza: Jika kita sentiasa ingat, apa yang kita ada semuanya pinjaman sementara, takdalah nak rebut2 nak jadi MB ke Exco ke atau apa2lah kan....suami/isteri dan anak2 pun pinjaman sementara kan? Wallahua'lam.

Unknown said...

Ini peringatan yang sangat penting untuk kita semua...
Tak terkira banyaknya nikmat yang kita dapat hidup kat dunia ni. Hidup tu sendiri dah kira satu nikmat yang sangat besar. Tapi 2 nikmat yang terbesar kita ada, mestilah sama-sama kita hargai. Tak tertukar ganti tu.

zino said...

dah sampai ke masjid wangsa maju tu ya.... itu lah hasil peninggalan zino sebelum berpindah deparment...

ZABS said...

Akmal,
Ingat mengingati satu tugas yang berterusan. InsyaAllah.

Zino,
Baru sekali berkesempatan bersolat di sana.

zino said...

selepas di serah kepada JAWI ni zino belum berkesempatan ke sana lagi..

Mak Su said...

kita tak nampak yg kecil tapi sgt penting ni kerana sibuk tengok yg besar

ZABS said...

Zino,
Jemputlah berkunjung semula. Jemaah semasa zohor masih kurang perlu ditingkatkan sesuai dengan kos pembenaan Masjid ini.

Mak Su,
Kita umat Islam perlu keluar dari paradigm mementingkan yang kurang penting dan ambil mudah perkara2 yang amat penting. Wallauhua'lam.

Sastri said...

betul... dalam keghairahan mengejar dunia, janganlah lupa mengejar akhirat... kerana akhirat yang kekal...

salam uncle...

KAMATO said...

Manusia ni memang kadang2 lupa

ZABS said...

Sas: Kita selalu berdoa "Ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat". Jadi perbuatan pun biarlah juga begitu.

Kamato: Mungkin ini boleh dijadikan peringatan pada yang lupa, termasuk tuan blog ini...

en_me said...

baru nak tanya, masjid wangsa maju ghupernyerr.. ehehe, salamms dr me dikejauhannns