Wednesday, February 18, 2009

Sendiri Suka, Orang Lain Tak Boleh...

Semua isteri suka kalau suami dia hantar/jemput ke tempat kerja.
Mereka suka kalau suami lebih selesa duduk di rumah.
Mereka suka kalau suami membantu buat kerja rumah.
Mereka suka kalau suami temankan mereka membeli belah.
Mereka suka kalau suami menyokong aktiviti jabatan mereka.

Tetapi............

Mereka tak suka lihat suami kawannya selalu hantar dan jemput isteri ke tempat kerja. Kata mereka, "Suami engkau takda kerja lain ke nak buat?"

Mereka tak suka lihat suami kawan dia tidak lepak2 di gerai teh tarik, asyik duduk di rumah je. Kata mereka, "Kamu kontrol suami kamu ke?"

Mereka pandang serong suami kawan yang sering bantu isterinya di rumah. Kata mereka, "Apa kamu dah bagi dengan suami kamu?"

Mereka iri-hati tengok suami kawan selalu temankan isteri membeli-belah. Mereka kata, "Suami kamu suka jadi pembantu untuk tolong angkat barang2 ke?"

Mereka jeling semacam bila suami kawannya datang untuk sokong aktiviti jabatan mereka. Kata mereka, "Suami kamu takda aktiviti sendiri ke?"

Saya tunggu juga kalau mereka sudi cakap terus terang dengan saya... nak kono cili padilah mulut agak eei...

Tapi bila teringat cerita Lokman Hakim dan anaknya semasa membawa keldai untuk dijual ke pasar, mententeramkan hati saya. Wallahua'lam.

26 comments:

Akmal said...

Cili jangan tak cili :D
Tapi tu lah, mulut orang ni bukannya kita boleh nak tutup. Susah sangat agaknya nak 'Husn dzhann'.

azilahzed said...

jeles lar 2 suami depa xmcm 2...hehehe...

Neeza Shahril said...

itu dengki namanya kan. Dah takde kerja lain lah tu..

Raden Galoh said...

Nasib baik ada perkara yg boleh mententeramkan Pak zabs...

Cemburu/iri hati/hasad dengki itu racun kan?

acciaccatura said...

salam pak zabs,
part orang mengata ni macam dah biasa pak zab. kena lelaki yg pokpek, lagi dasyat pada pompuan. heehee.... kang kata kita buruk sangka pulak kang. hehehee...

sheemi said...

salam ayah..

this entry reminds me of a certain someone.. very striking similarities..

like father, like son :)

tchersally said...

Salam,
same situation that my hubby is going through..haha..manusia..mana mungkin suka lihat org lain senang..

Sastri said...

mereka cemburu kerana mereka tak dapat layanan yang sama kot? selama kedua orang tua saya bekerja, memang pergi mak dihantar (walau berjalan kaki) dan balik, pasti dijemput... sebab itu hubungan bertambah erat rasanya...

tak apalah uncle... yang penting uncle dan auntie bahagia... :)

alan zed said...

sapo nak kono cili tue, meh den tolong sumbatkan... hehe.

"eleh, jeles lah tue..."

:)

Zabs said...

Akmal: Kalau dia cakap depan2 pun tak sampai hati nak cili de, nanti jadi lebih teruk dari dia pulak.

Azilahzed: Kemungkinannya ada...

Neeza: Sour grapes kot...

Raden: InsyaAllah, masih boleh terima, apa pun diorang cakap. Tak kurang apa pun.
MH pun nampaknya ada ciri2 prihatin terhadap isteri.

Accia: Itu yang tak boleh terima tu. Orang Islam biasa dengan benda2 yang perlu dijauhkan.

Sheemi: Betullah tu.

Tchersally: Ramai orang yang hadapi seperti yang your hubby alami tu. Bertuah anda..

Sas: Yang nak jadikan keluarga kita bahagia kita, nak jadikan derita juga kita. Pilihlah sendiri. Dan tentunya ibu bapa Sas telah buat pilihan yang tepat. Alhamdulillah.

Alan: Tak perlu pertolongan lagi. Cukup jadikan pengajaran. Hahaha..

zino said...

itu lah kelebihan org melayu asad dengki, cemburu, busuk hati, dan macam macam benda yg negetif tu semua nya ada..

Yunus Badawi said...

Kalau nak ikutkan cakap orang boleh jadi gila kita. Nasib agama kita telah mengajar cara yg terbaik.

Kak Teh said...

zabs, salam, Biasalah di mana pun. Di seberang beberapalautan pun sama juga. Dia tengok kita selalu dgn suami dia kata - amboi berkepit tak boleh renggang. Lepas tu dia tengok kita sorang2 pergi majlis, dia kata, ish pasal dok kurung suami kat rumah...jadi nak buat macam mana. Mulut manusia.

KAMATO said...

Orang kita ni terlalu menjaga tepi kain orang, kadang2 menyusahkan kita, tapi peduli la apa orang nak kata

Suria Kelang said...

Pak Zabs,

Apa aje yang orang suka dengan apa yang orang lain suka?

Mengumpat tu kan ke best...Lebih oada release tension sebenarnya... sendiri tak dapat, mengatalah orang lain...

Kalau difikirkan apa yang orang kata kat kita, sampai bila kita dok tang tu gak... Fenin fenin...

asuHara sU said...

cerita Lokman Hakim tu selalu dijadikan sbg pesanan oleh pengarah saya...apa saja yg kita buat, baik pun dikata apatah lagi yg buruk. tapi sepatutnya kalau yg buruk dibuat, bukan lah dikata/umpatan yg diberi, nasihat/teguran lah sebaik-baiknya kan?

naha said...

Tak sempat nak cili Pak zabs, dah keluar crite lain.

Zabs said...

Zino: Kelebihan yang merupakan kekurangan. Perlu dikikis dan dihapuskan. Tak gitu?

YB: Agama adalah cara hidup. Perlu diterapkan sepenuhnya.

Kak Teh: Jadi semua serba salah. Kena fikirlah sendiri yang terbaik untuk kita, bukan orang lain menentukannya.

Kamato: Setuju, biar diorang cakap sampai berbuih mulut. Kita macam tu juga, tak rugi pun.

Suria: Buat apa nak fenin2 kan? Hidup mesti diteruskan. As long as kita rasa takda buat salah, just do it..hehehe..

Asuhara: Kekadang tu yang mengata tu tak sebaik mana pun. Mungkin nak tutup keburukan sendiri kot. Gomen nasai..

Naha: Takpa lah, jimat sikit cili tu, boleh guna buat masak cili padi, time2 gawat ni...

aNIe said...

Salam Zabs...tak semua isteri camtu tau...heheheh...

Abaikan aje kata-kata mereka yg berunsur iri tu...kalau saya lah jadi suami yang dicemburui gitu...lagik saya buat...biar diorang terbakar sendiri...heheheh

en_me said...

ooops, ingatkan norman hakim yg ittewww.. ehehe

Helena said...

orang kita ni mmg suka bab mengata hal org...

tak sah agaknya kalau takde PHD...

13may said...

hehhe hehhe...

saya no komen la uncle...tak pandai :D

Salam :)

Zabs said...

Anie: Memang tak perlu kisah apa orang lain kata. Isteri2 yang dicemburi pun jangat ambil pot juga.

Me: Ini Lokman Hakim yang lagi satu tu, amat sayang pada anak2nya dan selalu beri nasihat yang baik2. Dia buat apa yang dia cakap.

Helena: Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya

May: Tak komen takpa. datang jengok dah cukup baik dah..

zaitgha said...

Salam Pak Zab,

Orang kita PHD dia AAA+++...tak sah kalau tak der....rugikan pengamal PHD nih dapat dosa kering jer...

manlaksam said...

Salam Zabs,
Entah lah manusia ni.....tak ada kerja lain.
Tapi, cili api naik harga sekarang ni!

Zabs said...

Zai: Takut nanti bukan dosa dia je yang dia nak tanggung, dosa orang yang dia umpatkan tu pergi kepada dia pulak. Wallahua'lam.

Cikgu: Bukan takde kerja. Saja nak kerja lebih, walaupun hasilnya tak menguntungkan.