Monday, February 23, 2009

Pilih Yang Mana?

Ramai orang berkata hidup ini sebenarnya penuh dengan pilihan. Kita membuat pelbagai pilihan setiap hari, setiap masa. Namun akhirnya kita sendiri yang akan menerima akibatnya, samada baik atau sebaliknya.

Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang, saya ingin berkongsi cerita tentang pilihan berhubung keadaan kewangan yang benar2 terjadi. Walaupun ia tidak berlaku di negara kita, tetapi ia juga boleh berlaku di sini atau mungkin juga telah pun berlaku.

Ini kisah benar yang berlaku kepada dua individu dari dua latar belakang yang berbeza. Seorang adalah pemain "baseball" profesional, yang mempunyai pendapatan melebihi USD2-5 juta setahun semasa zaman gemilangnya. Seorang lagi adalah guru sekolah biasa yang mempunyai pendapatan tidak sampai USD10 ribu setahun.

Apabila sampai waktu persaraan, seorang darinya telah menjadi muflis dan seorang lagi menjadi jutawan berganda.

Tentulah tanpa banyak berfikir kita akan membuat andaian bahawa pemain "baseball" itu yang terus menjadi jutawan dan si guru pula menjadi muflis.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah pemain "baseball" itu telah dibersarakan dari bermain "baseball" pada umur 38 tahun, dan menjadi muflis kerana tidak mampu lagi menanggung cara hidupnya yang terlalu boros. Semasa mempunyai pendapatan yang lumayan beliau memilih untuk membelanjakan semua pendapatannya untuk segala kemewahan yang diimpikannya. Beliau juga memilih untuk tidak membuat sebarang persediaan untuk persaraannya. Tiada simpanan atau pelaburan yang dimilikinya.

Sebaliknya guru perempuan itu, yang bersara pada umur 70 tahun dengan pendapatan tidak sampai USD10 ribu setahun, meninggalkan harta berjumlah hampir USD2 juta, semasa meninggal dunia pada umur 100 tahun. Ini adalah hasil dari pilihannya untuk berbelanja secara berhemah. Beliau juga memilih untuk menyimpan tanpa henti sejak mula bekerja pada umur 20 tahun, dan memilih untuk membiarkan simpanan dan pelaburannya berkembang (compounding) tanpa dikeluarkan.

Dari kisah ini saya tidak mengandaikan bahawa kita tidak perlu mempunyai pendapatan yang lumayan untuk menjadi jutawan. Sebenarnya lagi tinggi pendapatan kita lagi baik, kerana dengan pendapatan yang lebih, seseorang itu mungkin akan lebih cepat dapat membina sumber kewangan tambahan, seperti pelaburan jangka panjang.

Realitinya tentulah kita mahukan pendapatan seperti pemain "baseball" itu, dan keadaan kewangan apabila bersara seperti guru itu. Oleh itu buatlah pilihan dengan sebaiknya. InsyaAllah cerah masa depan...

Nota Zabs: Ini tidak bermakna saya telah mengikut salah satu dari contoh itu, tetapi hanya untuk perbandingan sahaja. Walahua'lam.

25 comments:

Neeza Shahril said...

betul tu pak zabs.. walau berapa pendapatan kita sekalipun, kalau kita tak ada savings walau sedikit, habis juga akhirnya.. lagipun kan, orang yang bergaji besar ni biasanya kerak pun besar kan..

tchersally said...

Hmmm..duit walau segunung pun satu hari pasti akan habis juge andai tidak d urus dgn bijak..rasanya..subjektif la kan..bab2 kemewahan dunia nih..
alangkah baiknya jika jd hartawan d dunia dan hartawan d akhirat kan Pak Zabs?..

Zealboat said...

Perancangan masa depan memang penting. Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga. Esok lusa.. kita tak tau apa yang akan berlaku

bergen said...

Dunia sekarang tidak berpihak kepada mereka yang berjimat. Ekonomi pengguna perlu orang berbelanja, sana sini kita dipaksa supaya beli itu beli ini, hingga benda yang tak boleh beli pun kita nak beli asalkan dapat berbelanja. Inilah punca credit crunch. Kita cuma berjimat bila benda dah habis.

Suria Kelang said...

Pak Zabs,

Masalah saya...simpan simpan, pas tu korek...simpan lagi pastu korek lagi... camno?

Zabs said...

Neeza: Kena guna periuk kecil supaya keraknya pun kecil, walaupun gajinya besar, boleh ke?

Tchersaly: Gunung yang tinggi jika dicangkul setiap hari akan menjadi rendah jugakan. tapi ambil asa lamlah. Kalau busut tentu sekejap saja sudah menjadi dataran tak gitu?

Zealboat: Sungguh benar bagai dikata. Kalau di negeri orang tentu lebih penting lagi kerana tempat nak mengadu tentu tak ramai. Betul ke?

Beren: Untuk tingkatkan jualan kereta, sanggup beri diskaun RM5k untuk kereta lama. Menggalakkan rakyat berhutang semata2 untuk menjana ekonomi negara.. betul ke tindakan itu?

Suria: Tujuan disimpan ialah supaya ada benanya apabila perlu dikorek. Jika tiada simpanan nak korek tang mana?,

fzi said...

Salam.
Hmm.. saya klik blog en zabs ni dari blog yb. Waa.. agak bermotivasi le tulisan en zabs ni.. InsyaAllah akan selalu saya singgah..
Wassalam.

Mak Su said...

ramai yg menasihatkan, menyimpan mesti buat setiap bulan dan jangan diusik, utk kegunaan masa dah tak mampu nak bekerja :)

Akmal said...

Kesimpulannya, segalanya berbalik kat individu tu sendiri :)
Kalau kaya, tapi pemurah, tahu jugak melabur, buat simpanan, tak de perangai 'pakai duit tak pakai otak' apa semua tu, dijamin takde masalah punyalah. Plus, duit ni kuantiti, bukan kualiti. Kalau dah main dengan kuantiti ni, kejap ada, kejap habis punya. try main dengan kualiti pulak; pakai duit pada tempatnya, pemurah, dan bermacam-macam lagi. Berkat dapat, rezeki pun makin murah :)

Zabs said...

Fzi: Terima kasih kerana sudi berkunjung. Jemputlah datang lagi jika ada yang boleh dikongsi memberi manfaat.

Mak Su: Jika ramai yang beri nasihat begitu, kemungkinan ia menjadi betul adalah tinggi. Mudah2an.

Akmal: Pandangan yang amat baik. Cerah masa depan. InsyaAllah.

tchersally said...

Btol tu Pak Zabs..busut kalau..paling lama pun 2 hari je kut..hehe..

Yunus Badawi said...

Kesian cikgu tu. Hidup berjimat cermat, bila mati org lain yg senang. Sesungguhnya rezeki kita adalah apa yg kita gunakan dan sedekahkan. Selainnya rezeki waris kita.

Zabs said...

Tchersally: Kena sediakan gunung lah kalau macam tu.

YB: Lebih kasian lagi pada mamat tu, pada umur 38 dah jadi muflis. Kalaulah dia hidup lama macam cikgu tu, lagi naya...
Cikgu tu sebenarnya, berbelanja dengan baik juga, tidaklah macam Haji Bhakil. Setiap tahun bercuti ke luar negeri dan sebagainya.
Wang yang ditinggalkannya itu di amanahkan kepada 10 badan kebajikan yang di anggotai semasa hidupnya.

zino said...

kadang2 boleh save kadang2 cukup bulan cukup duit.. macam mana tu..

zabs said...

Zino: Anda sudah ada sumber pendapatan menanti apabila sudah bersara nanti.
Cuma anda boleh belanja separuh saje dari apa yang anda belanja sekarang. kerana pencen yang akan diterima hanya separuh (atau lebih sikit) saja dari gaji sekarang.
Tetapi jika mahu berbelanja seperti sekarang juga, itu yang perlu ada sumber pendapatan tambahan, dari simpanan ke, perniagaan ke, saham ke atau sebagainya.

acciaccatura said...

saya diingatkan lagi pak zabs. kalau kita usaha untuk akhirat, dunia akan datang sendiri kat kita, inshaAllah.

Zabs said...

Accia: Sebagai seorang Islam kita wajib percaya itu. Akhirat harus menjadi tujuan utama kita.
Di segi kewangan ini, usaha untuk akhiratnya antara lain kita perlu ikhlas bekerja untuk mendapat gaji yang berkat. Jangan terlibat dengan riba, raswah dan seumpamanya, baru kewangan dunia kita akan menjadi berkat dan sentiasa mencukupi.
Cuma kita tidak mahu orang menyangka bahawa dengan hanya melakukan amalan2 khususiah saja sebagai usaha untuk akhirat. Bekerja kuat dengan ikhlas untuk menyara keluarga adalah salah satu usaha untuk akhirat juga, InsyaAllah hidup kita akan menjadi mudah. Walahhua'lam.

tchersally said...

hehe..tgh sediakan gunung la ni Pak Zabs..tapi timbun sikit..cangkul semula..timbun sikit..cangkul semula..adeyh..busut pun blom dapat lagi..kih..kih..

Zabs said...

Tchersally: Sebenarnya kita perlukan lombong bukan gunung.
Lombong yang boleh keluarkan hasil setiap masa. Lombong tak jejas, hasil bertambah.
Contohnya hartanah yang boleh disewakan. Tetapi tentukan bayaran pinjaman kepada bank lebih murah dari sewa bulanan yang diterima. Lebihan itu menjadi pendapatan tambahn kitalah (Azizi Ali kata).

tchersally said...

Btol tu Pak Zabs..kebetulan semalam berpeluang jumpa dgn Pp d airport KB bersama Pak Zawi ( ada d n3 terbaru Sally)..mmg teruja tgk kejayaan dia dlm mengumpul properties nih..orgnye very successful..at the same time very humble..
hmmm..lombong eh..?nanti nak teropong area2 yg ada lombong berpotensi..any suggestion Pak Zabs??
* sorry Pak Zabs,Sally terlupa nak log out dari blog Maktab..tu yg delete atas tu..

alan zed said...

compounding... hurm, terus kensel nak enjoy dividen asb... hehe...

:)

en_me said...

to be frugal is not easy.. hi pak zabs tewww.. salamms dr me dikejauhannns

Zabs said...

Tchersally: Dua2 bloggers tu saya dah jumpa. Kalau nak jadi jutawan hartanah, kena bel;ajar dengan PP. Saya tak sempat nak belajar dah, dah senja. Orang2 muda boleh dapatkan khidmat nasihat dari PP tu.

Alan: Sekarang kena mula belanja berhemah. Belanja bersederhana....

Me: Memang susah. Saya ni sampai ke tua pun tak master lagi. Tapi tidak juga bermewah2, sebab tak mampu pun...hahaha...

asuHara sU said...

menabung dengan cara buat pinjaman untuk asb itu apa pendapat pak zabs ya?

Zabs said...

Asuhara: Dari sudut ekonomi, selagi keuntungan yang didapati dari ASB lebih dari faedah yang dikenakan oleh bank, adalah baik.
Tetapi dari sudut hukum Islam saya tak mahu komen. Bukan ahli dalam hal ini. Wallahua'lam.