Monday, February 02, 2009

Pakar Motivasi

Saya mungkin sudah terlewat 40 tahun untuk mengikut seminar yang dijalankan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah (DMFK) ini. Tetapi masih belum terlewat untuk mengamalkan setiap apa yang disarankannya sepanjang seminar satu hari itu.

Seminar yang bertajuk Transformasi Diri Ke arah Kecemerlangan itu diadakan di KSKB (saya ada menulis tentang kolej itu di sini) untuk para pelatih baru mereka.

Seperti biasa saya terpanggil untuk bersama isteri, menambah sedikit lagi ilmu yang mungkin boleh dikongsi bersama anak-anak dan cucu.

Pengalaman berpuluh tahun DMFK dalam bidang motivasi, mungkin belum ada lagi (setahu saya) yang dapat menyainginya di Malaysia ini.

Sempat bergambar kenangan bersama beliau selepas berakhir seminar.

Beliau melepaskan jawatan sebagai pensyarah, bergelar Profesor Madya, untuk menceburi bidang ini sejak pertengahan 1980an. Yang lain seperti kata orang "is history".

Di akhir seminar semua peserta kelihatannya amat teruja untuk bergambar kenangan bersama beliau.

Hinggakan sampai ke kereta pun masih ramai yang menunggu beliau untuk mendapatkan otograf agaknya.

Satu yang amat terkesan kepada saya ialah ketika beliau mengingatkan kepada semua, supaya mengucapkan terima kasih kepada ibu/emak/bonda kerana telah melahirlkan kita, jika belum pernah berbuat demikian lagi.

Malangnya saya sebenarnya tidak pernah sempat berbuat demikian, kerana ibu meninggal semasa saya baru berusia 5 tahun. Hanya doa untuk ibu yang dapat dihulurkan.

Bagi yang masih berkesempatan, harap dapat berbuat demikian kerana ini sesungguhnya akan amat mengembirakan ibu anda. Wallahua'lam.

21 comments:

zino said...

belum pernah mengikuti program dengan pakar motivasi tu.. tengok melalui TV tu biasa la..

AZWA said...

Salam kunjungan balas saudara Zabs...

Pernah beberapa kali terserempak dengan DMFK di airport. Kami suami isteri memang meminati ceramah2 beliau. Masa mula2 kahwin dulu banyak mempelajari ilmu rumahtangga dari ceramah2 beliau melalui tv.

Selain ucap terima kasih kepada ibu bapa kita, juga jangan lupa ucapkan terima kasih kepada suami/isteri :)

Neeza Shahril said...

pernah juga join program motivasi anjuran beliau.. dan dapat duduk depan sekali pulak tu.. best sangat :)
best dapat tanya soalan sendiri dan terus dijawab beliau..

Zabs said...

Zino: Dia ada kem motivasi di Ulu Beranang ke.. dekat2 situ lah... sesuai untuk hantar anak2 semasa cuti2 sekolah.

AZWA: Panggil Pak Zabs je. Setuju kena selalu ucap terima kasih pada pasangan. tak boleh ambil "things for granted ...setiap insan mahu sentiasa dihargai.
Jangan semasa bercinta, GF terlanggar batu, batu dimarahi. Bila dah kahwin isteri dimarahi kerana jalan tak tengok betul2.

Neeza: Saya pernah juga attend seminar untuk keluarga bahagia, anjuran beliau lebih sepuluh tahun dulu. Alhamdulillah banyak manfaatnya..

Akmal said...

Ceramah DMFK memang sentiasa mendapat sambutan. Masa sekolah menengah dulu, selalu jugak saya layan dia punya ceramah melalui walkman. Tak pun masa hujung minggu, pasang aje kat speaker asrama, satu asrama dengar :D
Amat menarik perhatian saya ialah pesanan beliau supaya kita sentiasa menjaga hubungan kita sesama manusia. Sentiasa memaafkan, senyum dan sebagainya.

zaitgha said...

Pak Zab,

Met him and talked to him once in Janda Baik...at that time the company i worked with had team building thingy...i am his fan pun he he....

Zabs said...

Akmal: Beberapa orang anak saya pernah mengikuti Summer Camp anjuran DMFK ni. Saya rasa berbaloi.
Saya mula meminati ceramah beliau sejak awal 90an lagi dan sehingga sekarang masih tidak jemu mengikuti syarahannya bila berkesempatan.

Zai: Seorang yang amat baik tutur katanya. Cakap serupa bikin...

Kama At-Tarawis said...

Salaam Zabs..terdetik hati baca nukilan pasal mak. my mother baru meninggal tak sampai setahun.

misz_A said...

teringin nak attend la...

KAMATO said...

dia kalau bagi ceramah kat surau di bangi ni pakai slide, yg tak dibuat oleh penceramah2 lain kat surau

Zabs said...

Kama: Semoga roh ibu2 kita di cucuri rahmat, InsyaAllah.
Ibu saya meninggal semasa masih muda. Tak sempat menunaikan haji. Saya telah hajikan untuknya baru2 ini. Semoga pahalanya sampai kepada arwah. InsyaAllah.

Misz_A: Banyak peluang untuk ikuti kursusnya. Cuba hubungi beliau untuk adakan seminar di kolej anda. Tentu ramai yang akan mendapat manfaatnya.

Kamato: Sekarang ni dah ramai juga yang gunakan powerpoint di masjid2 dan surau untuk ceramah mereka. Kan zaman dah berubah. Surat kabar pun dah kecik2.......

AyKay said...

Pak Zabs,

salam ziarah.

i pun minat baca n dengar pesanan2 DMFK samada beli/library/radio etc.

terima kaseh kpd ibu/ayah bukan sahaja perlu diucapkan, tetapi perlu diserlahkan dgn perlakuan. jgn ucap terima kasih tetapi hanya jenguk mereka time2 raya / cuti panjang.

pada anak2 yg masih ada ibubapa atau yg yatim (or piatu macam saya), terima kaseh perlu diterjemahkan dgn doa munajat setiap lepas solat, perlu diterjemahkan dgn perlakuan baik , menjaga maruah diri dan keluarga, menjadi insan soleh/solehah... itu adalah ucapan TK yg sebenar2nya.

Mama Rock said...

saya masih ada kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu saya...tapi belum ter-buat lagi. insyaallah akan di lakukan...

Zabs said...

AyKay: Setuju dengan pandangan anda itu. Namun begitu bukan semua kita bertuah dapat asuhan yang sempurna seperti anda itu.
Jadi sebahagiannya perlu diberi peringatan selalu. Dinasihatkan, diberi galakan dan dianjurkan berbuat secara berdikit2, dengan harapan akan menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Zabs said...

MR: Mungkin kita selalu beranggapan ia sesuatu yang normal bi seorang ibu untuk melahirkan. Mereka tidak perlu diucapkan terima kasih. Jika kita telah menjadi anak yang baik sudah cukup mengembirakan mereka.
Tetapi ia sesuatu yang lebih istimewa tentunya jika kita dapat berbuat demikian.
Ia perlu dilakukan sekarang, kerana kita tidak tahu bila kesempatan itu akan berakhir. Wallahua'lam.

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam En.Zab,

Saya pernah mengikuti ceramah beliau secara 'live' memang best...sekarang ni hanya ikut melalui TV saja. Sekali sekali saya ikut suami 'morning walk' di mini stadium di BBB, adalah jugak terserempak dengan beliau. :-)

Raden Galoh said...

salam pak zab,
Saya pernah mengikuti sesi ceramah beliau sautu ketika dulu. mmg bagus sgt dan byk perkara isi kupasan beliau bagai satu tamparan hebat abagi kami suami isteri tp masih belum terlambat untuk memperbaiki diri kami berdua.

terima kasih kerana ingatan ini Pak zab.

jaga diri dan wassalam.

Yunus Badawi said...

Sejak ayah saya meninggal, emak mengikut tinggal dgn saya. Tapi itu masih belum dapat membalas jasanya.

Leenoh said...

Saya bersyukur kerana masih ada ibu, setiap kali berjumpa saya akan menciumnya di dahi, di pipi kanan dan kiri.
Ibu telah faham bahawa ketika berjumpa dan berpisah saya akan berbuat demikian.
Kalau anda belum berbuat demikian, eloklah dimulakan, sentuhan begini amat bermakna sekali.

Wassalam

pB said...

pB pernah ikuti ceramah nya.
Dan pB pernah utarakan soklan kepadanya

namun ,

jawapan nya pB dapat dari dia sungguh mengecewakan hati pB ...

dia seolah olah mempermainkan mainkan pB dan jodoh pB ...

hmmm

MuhdSuhaily said...

Salam,

Satu peluang yg besar bila dapat bersua dgn beliau...