Friday, February 27, 2009

Melompatkah Ia?

Saya juga rasa terpanggil untuk menulis tentang lompat-melompat, kerana kemungkinan ada juga di antara kita yang tidak berapa perasan tentangnya.

Lompatan yang saya maksudkan di sini ialah tahun lompat di mana terdapat 29 hari di dalam bulan Februari yang biasanya hanya 28 hari pada tahun2 biasa. Ini menjadikan tahun lompat mempunyai 366 hari. Semua orang tahu tahun lompat terjadi setiap empat tahun. Tahun 2009 bukannya tahun lompat, tetapi banyak pula lompat-melompat berlaku. Tahun 2008 pula adalah tahun lompat, tetapi lompatan besar2an yang diwar-warkan itu tidak pula menjadi.

Tetapi apa yang kita mungkin tidak tahu ialah, jika tahun itu boleh dibahagi genap dengan empat dan boleh juga dibahagi genap dengan 100 ia tidak menjadi tahun lompat. Jumlah harinya masih 365 hari. Contohnya seperti tahun 1900 dan 2100.

Sebaliknya jika tahun itu pula boleh dibahagi genap dengan 400, ia juga akan merjadi Tahun Lompat seperti tahun 2000 dan 2400.

Satu lagi yang kita mungkin kurang ambil perhatian ialah di dalam kalendar Islam, kita hanya mempunyai 354 hari. Kurang 11 hari dari yang terdapat di dalam kalender "Gregorian" barat itu. Ini bermakna, setiap 33 tahun, umur kita mengikut kalendar barat, kita bertambah satu tahun mengikut kalendar Islam. Jika anda telah berumur 33 tahun, sebenarnya anda berumur 34 tahun mengikut kalendar Islam.

Sebenarnya saya cuma ingin bercerita tentang seorang kawan saya yang lahir pada 29hb Feb. Malangnya dia hanya bertemu dengan 29hb itu setiap 4 tahun. Oleh kerana dia baru 14 kali berjumpa tarikh itu, jangan pula dia berangan baru berumur 14 tahun pulak, hahahaha.... Jika dia telah mengikuti tarikh lahirnya mengikutn tarikh di dalam kalender Islam tentu ia tidak jadi begitu. Tetapi saya yakin kebanyakan kita tak berapa nak ingat tarikh lahir kita mengikut kalendar Islam kan? Betul tak?. Wallahua'lam.

16 comments:

alan zed said...

cucu kedua, tarikh lahir islam nye berapa? hehe. ;)

zino said...

sejak kebelakangan ni kisah lompat melompat ni memang hangat.. bila sebut melompat je otomatik merujuk ke situ hehe

Akmal said...

Dulu masa kat sekolah, saya pernah join kelab ilmu falak dan pernah belajar formula tukar tarikh gregorian jadik hijriyya. Tapi dah lupa la pulak, sebab tak praktis. Adoi...nanti nak kena google balik nih.
Microsoft pakai Kuwaiti Algorithm untuk tujuan yang sama.

Zabs said...

Alan: Oleh kerana telah lahir selepas maghrib, ia telah memasuki hari baru, bersamaan 2 Rabiulawal 1430H. Ok?

Zino: Tajuk yang komersial. Hehehe...

Akmal: Ok kalau dah jumpa beritahu uncle, nak cari tarikh lahir sendiri, dah lupa jugak...hahaha.

Mak Su said...

sy mmg tak berapa memikirkan besday ikut kalendar islam, dah jadi kebiasaan ikut tahun masihi :(

tapi lepas baca ni, byk perkara yg kita tak tahu ek.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Hari lahir sepatutnya kena ikut tahun hijrah baru tepat. Tak begitu tuan.

aNIe said...

Salam zabs...memang kalau ikut kalender Islam...usia kita lebih setahun...sebab tulah tiap tahun kita akan merayakan Hari Raya Puasa 10/11 hari lebih awal dari tahun lepas....

Memang pun...saya pun tak tau tarikh lahir saya mengikut Kalender Islam

Zabs said...

Mak Su: Bolehlah mulai sekarang fikir2kan tentang kalendar kita tu kan?

BP@JP: Rasulullah S.A.W dilahirkan pada 12hb Rabiulawal dan wafat pada 12hb Rabiulawal juga, genap 63 tahun usianya, tentu mengikut Kalendar Islam juga, tak gitu?

Anie: Beza 11 hari. Jadi selepas 33 tahun menjadi 363 (11x33), lebih setahunlah bertambahnya setiap 33 tahun.

Saya pun tak pasti. Mungkin 27 Rabiulawal 1371H kot?. Tapi website ini boleh bantu kirakan. http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php
Tetapi bila guna formula ni kekadang tu ada kemungkinan berbeza satu hari. Wallahua'lam.

pB said...

Salam ...

pB meninggalkan jejak bertapak disini ....

Neeza Shahril said...

tarikh lahir neeza ialah 5 zulkaedah 1394. Berapakah umur neeza sekarang??

jawapannya ialah... tua dah rupanya neeza ni hehehee...

tchersally said...

Pernah terfikir nak jd kan 29 Feb sbg tarikh kahwin..tp bila teringat 4 thn sekali je bole sambut anniversary..cancel lerr..
Sally lahir 8 Zulkaedah 1393..uiks..byknye umur ni..
Pak Zabs..terima kasih atas kunjungan ke blog Sally..

Zabs said...

pB: Jejak mu akan tetap dikenang.

Neeza: Dah 35 kali jumpa musim haji dah tu.

Tchersally: Umur panjang dalam kebaikan, Alhamdulillah.

asuHara sU said...

sebelum ni waktu kerja di Kelantan, kami mmg meraikan hari lahir tahun hijrah. skrg ni, hari lahir tahun mana2 pun x de!

Yunus Badawi said...

Munurut ibu saya, kami (saya dan adik saya) dilahirkan pada hari raya. Tapi dah masuk malam kedua - jadinya 2 Syawal. Tiap2 tahun sambil sambul raya kami boleh sambut hari lahir kami jugak hehehe

Zabs said...

Asuhara: Di negeri Islam sambut ikut Tahun Hijriah. Di negeri sekular ikut Tahun Masehi. Di negeri campuran tak payah sambut...okey kot?

YB: Anda sambut ke dua2 sekali. Lagi meriah...

Oktant said...

Terima kasih sbb berikan link utk "date conversion" tu. Memang saya tengah cari tarikh lahir sendiri ikut bulan Islam. :)