Thursday, January 08, 2009

Wira Ke?

Dalam tulisan terbaru di blognya, Ruby telah mengariskan empat permintaan untuk diperbaiki oleh pihak Media pada tahun 2009 ini.

Salah satu darinya ialah supaya pemberita bersikap lebih profesional di dalam membuat laporan. Antara sifat profesional itu, saya rasa termasuk mempunyai pengetahuan am yang baik tentang hal-hal yang mereka ditugas untuk melaporkan.

Jika perlu melaporkan tentang sesuatu acara yang dihadiri oleh seseorang menteri misalnya, mereka perlu tahu nama dan gelaran menteri tersebut sekurang2nya.

Jika pemberita atau pengarang surat khabar ini telah membuat "homework"nya, tentu "caption" untuk gambar semasa Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop yang sedang menyampaikan anugerah seperti di atas, tidak ditulis begitu.

Walaupun ia satu perkara kecil sahaja, tetapi ia memperlihatkan betapa kurangnya perhatian yang diberi untuk menentukan kualiti surat khabar kita pada hari ini menjadi bertambah baik. Wallahua'lam.

Update:

Satu contoh lagi betapa tidak telitinya pihak akhbar ini.

Nota: Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) adalah anugerah yang membawa gelaran Datuk Wira itu.

9 comments:

Neeza Shahril said...

hehhee.. gelak pulak neeza ni.. sense of humor tinggi sangat kot..
cam tu lah wartawan.. buat kerja asal boleh. bila dah tersilap tu bukannya reti mintak maaf..

aNIe said...

Salam zabs...

Kadang2 bukan pemberita aje tak buat homework...pengacara majlis pun selalu jugak membuat kesilapan yang sama...yang tak boleh dimaafkan bila rancangan yang disiarkan secara langsung...

Mior Azhar said...

Salam Pak Zab,
Sebenarnya panggilan nama sebegitu di dalam laporan akhbar merupakan house rule yang perlu diikuti oleh mostly semua wartawan akhbar tempatan. Seperti sewaktu di NSt dulu, kami hanya perlu menulis nama penuh serta gelaran pada "mention" pertama sahaja. Kalau diulang buat kali seterusnya hanya kena tulis nama sahaja. Siapa yang buat rules sebegini tak tahu ler pulak.
Tapi memang agak pelik jugak ler kan kalau sepanjang laporan itu kita merujuk TPM sebagai Najib sahaja.

ZABS said...

Neeza: Bagus juga kalau sesekali kita boleh gelak dan melihatnya sebagai satu kelucuan yang tida disengajakan. hehehe..

Hapi: I'll be happy to do so, when got the time. TQ.

13may said...

hhehe hehhe....

camna plak ngan PakLah...hehhe hehhe

ZABS said...

Anie: Semua kerja perlu persediaan dan pengetahuan, lebih2 lagi jika ia akan tersebar kepada khalayak yang ramai. Orang yang membaca atau mendengar mungkin lebih tahu..

ZABS said...

Mior: Setuju dengan tuan tu. Dalam kes pertama tu kalau nama beliau Wira, oklah. Tapi Nama dia Abu Seman. Datu Wira itu gelarannya. Bukan orang yang bernama Wira, tapi bergelar Datuk.
Dalam kes kedua tu, takkan gambar Datuk Shafie tu nampak separuh je yang disiarkan.

Neeza Shahril said...

hahahaha!!!! yang mana 1 shafie apdal?? bangunan putih tu ke? sebab kalau nak kata yang nampak kepala sikit tu, rasa neeza la.. orang tak akan kata gambar tu gambar orang langsung.. sabor je laaaa

ZABS said...

May: Kalau dia suka guna nama Paklah apa salahnya. Cuma gunakan nama yang orang sudah tahu.

Neeza: Kita pula yang kena bersabar. Sebaliknya mereka yang tak sabar langsung nak sema gambar tu sesuai disiarkan atau tidak.....