Tuesday, January 13, 2009

Muda Sebelum Tua

Semua orang telah tahu akan nasihat yang lima itu, termasuklah gunakan masa mudamu sebelum tiba masa tuamu.

Saya teringatkan pesanan itu semasa duduk seltelah selesai solat sunat dan memerhati beberapa warga emas (yang lebih emas dari saya) sedang bersolat.

Saya terkesan dengan kepayahan mereka untuk menunaikan solat kerana keuzuran. Ada yang tidak boleh ruku' dengan betul kerana masalah sakit pinggang agaknya.

Ada yang terpaksa bersolat sambil duduk di atas kerusi, dan ada yang bersolat sambil duduk di lantai. Juga terdapat yang tidak boleh berdiri dengan luus kerana keuzuran, tetapi masih menggagahlan diri untuk bersolat seperti biasa.

Bagi mereka2 ini, pada hemat saya, mereka dapat mengekalkan untuk datang berjemaah kerana telah mempraktikkannya sejak muda lagi.

Bayangkan, jika apabila telah bersara, baru nak berjinak2 ke surau atau masjid, tentunya ia akan memerlukan keazaman yang tinggi. Lebih2 lagi dengan keuzuran yang biasanya menemani warga2 emas.

Pada usia muda, semua boleh dilakukan dengan baik, mudah dan sempurna, termasuklah segala amal ibadat yang telah diamanahkan kepada kita umat Islam, semuanya.

Oleh itu gunakan masa muda itu sebaiknya, agar ia akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat nanti . InsyaAllah.

12 comments:

Yunus Badawi said...

Ibadat solat ni nampak mudah tapi payah untuk dilaksanakan terutama dgn berjemaah kecuali oleh orang2 yg diberi petunjuk.
Betul kata Zabs, kita kena selalu2kan berjemaah dari 'muda' lagi supaya bila dah tua kita dah terbiasa.

Unknown said...

'Mencabar' sangat agaknya untuk orang 'muda' lekat kat masjid :(
Tapi kalau dah dijadikan tabiat, mesti rasa tak selesa nak solat kat tempat lain. Lagipun, orang yang lekat di masjid ni kan dipayungi arasy Allah di padang mahsyar kelak? :)

Unknown said...

Assalamualaikum...
Saya bersetuju dengan uncle, memang waktu kita muda ni lah kita kena banyakkan beramal dan beribadat kepada Allah. Tapi, orang-orang muda sekarang ni kan uncle, dia orang punya perspektif ni agak moden tapi bagi saya agak terkebelakang jugak la. Diorang kalau nampak org2 lama berjemaah kat masjid ni diorang terus ja cakap," dah tua.. kena la banyak buat amal, rumah dah kata pergi.. kubur pun dah kata mari" . Memang agak cetek la kan. sebab bagi saya la uncle, mati tu bukan khas untuk orang tua saja, yang muda pun lagi banyak yg mati sia2... so apa pendapat uncle? mcm mana kita nak ubah perspektif yang agak kolot ni.??

Mak Su said...

betul tu Uncle Zabs

ZABS said...

Yunus: Saya pun bersalah... Semoga diberi kekuatan dan petunjuk untuk berubah kepada yang lebih baik dari hari ke hari. InsyaAllah.

Akmal: Betul tu. Hanya kita yang boleh merubah diri kita sendiri. Orang lain boleh beri nasihat dan tunjuk ajar. Keputusan untuk berubah terletak pada diri kita sendiri.

ZABS said...

Mak Su: Terima kasih kerana ramai orang macam Mak Su yang setuju.

CJ: Seperti uncle tulis pada Akmal, sendiri mahu ingatlah. Kita kena sayang diri kita. Jika untuk dunia yang sementara ini kita menuntut ilmu sampai belasan tahun, tentu untuk bekalan hari akhirat yang kekal selamanya tu perlu dilakukan sepanjang hayat. Hanya dengan ilmu sahaja, baru kita akan dapat beramal dengan betul, sempurna dan istiqamah.
Mengingati mati juga akan menjadikan kita sentiasa insaf dan menjadi rajin beramal.
Betul seperti kata anda tu mati tidak mengira umur, kecil, besar tua atau muda, apabila sampai ajal akan mati tidak terlewat atau tercepat walau sesaat. Wallahua'lam.

Neeza Shahril said...

Arwah nenek tiri neeza sangat rajin ke masjid. Sampaikan dia dah bongkok 3 pun, masih gagah pergi masjid.. Alhamdulillah, anak2 dia semua baik2.. cucu2 dia pun ramai yang macam tu.. berkat agaknya kan..

Unknown said...

Sangat sangat berminat dengan komen balas uncle bila uncle cakap "sendiri mahu ingat", tapi kan uncle, betul ka kalau saya berpendapat bahawa hati remaja ni keras dan jiwa mereka memberontak. Asal ditegur ja, banyak kerenah yang dia buat. Asal cakap saje, ada je kata lawan. Betul lah kata uncle yang kalau kita sendiri tak mahu berubah sebanyak mana nasihat pun takkan mampu ubah dri kita.

Mengenai ilmu pulak, kata kata uncle memang ada krbenarannya, dimana bila kita berilmu, kita istiqamah, beramal dengan betul dan sempurna. Tapi, saya nak bawakan satu contoh, orang yang merompak adalah orang yang mempunyai kemahiran dan ilmu yang tinggi dalam keselamatan dan sistem komputer. Sebab itu mereka berani merompak. Jadi, sbg seorang remaja yang masih x kenal dengan hidup, bagaimana kita nak pastikan yang ilmu tu kita letak ditempat yang betul? harap uncle dapat bagi nasihat.

ZABS said...

Neeza: Alhamdulillah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah.

CJ: Ilmu itu semua ada kategorinya. Ilmu tauhid, feqah dan tasauf yang perlu diutamakan.
Keimanan pula menentukan tindak tanduk seseorang.
Tidak beriman seseorang itu semasa dia mencuri, merompak, berzina dan yang sewaktu dengannya.
Ilmu sebagaimana pisau yang boleh diguna untuk membunuh/mencederakan atau menyembelih lembu untuk korban.
Cara penggunaan yang penting, ilmu sebagai penunjuk, Iman penentu halal haramnya.
Orang tua-tua juga selalu nasihat, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Wallahua'lam..

Sastri said...

salam uncle...

alah bisa, tegal biasa... semangat mereka untuk menunaikan solat berjemaah tu harus dicontohi kan...

ZABS said...

Sas: Jika yang tua memberi teladan yang baik,InsyaAllah, ia akan menjadi ikutan. Seperti juga Guru k*nc^ng berdiri, anak murid k*nc^ng berlari...

Roza said...

Assalamualaikum Zabs

Terkesan dengan catatan ini.