Thursday, January 22, 2009

Mengumpul Dana

Berbagai cara dilakukan oleh seseorang atau kumpulan, persatuan atau seumpamanya untuk mengumpul dana bagi membiayai sesuatu perkara/projek yang ingin dilakukan. Ia termasuklah untuk membiayai perbelanjaan rumah anak2 yatim, orang2 tua dan sebagainya.

Dana juga mungkin dikutip untuk pembinaan rumah2 kebajikan, maktab2 untuk anak belajar Al Quran, surau dan sebagainya. Dan tentunya yang cukup mendapat perhatian ialah kutipan derma untuk membantu mangsa kekejaman Yahudi di Palestin sekarang ini.

Tetapi apa yang saya ingin cerita di sini bukanlah tentang kutipan untuk tujuan tersebut di atas, tetapi derma yang dikutip untuk satu tujuan kebajikan lain yang saya juga terlibat secara tidak langsung.

Mungkin saya tidak perlu menceritakan secara terperinci segala apa yang telah dilakukan untuk meningkatkan kutipan yang diperolehi pada malam itu tetapi memadai jika dikatakan matlamat yang baik tidak menghalalkan cara ianya dijalankan.

Walaupun jamuan diadakan untuk menghargai sumbangan yang diberikan, tetapi majlis tersebut tidak seharusnya dibuat secara terlebih2an. Jika yang menderma dihiburkan dengan pelbagai acara yang mungkin ada yang menjolok mata, apakah lagi yang boleh diperoleh dari dermanya itu.

Juga diragukan apakah wang yang dikutip itu benar2 bersih untuk disalurkan kepada badan2 kebajikan yang memerlukannya.

Adalah lebih baik sekiranya derma yang dikumpul terus diberi kepada yang memerlukannya tanpa perlu ada majlis makan malam dan seumpamanya itu.

Jika kesemua derma dapat diberikan kepada yang memerlukannya, tentu banyak jumlahnya berbanding hanya mungkin 10 ke 20 % baki yang tinggal setelah digunakan untuk tujuan pembaziran itu terlebih dahulu. Wallahua'lam.

10 comments:

zino said...

zabs..
ada kebenaran apa yg zabs tulis.. kita banyak tengok program program "malam amal" dengan tujuan mengutip derma dan sebagainya.. tetapi berbelanja mewah dan di selit kan dengan aktiviti yg tidak bersesuaian dengan acara "amal" yg di war warkan..

entah berapa koleksi, entah berapa belanja, entah bagaimana agihan , entah fikir2kan lah..

Sastri said...

salam uncle...

setuju dengan apa yang uncle cakap tu... kalau tujuan adalah untuk yang baik tapi cara nak mencapainya kurang sesuai, terfikir juga kita kan?

Neeza Shahril said...

setuju sangat.. bila ada jemputan2 artis ni, dah tentu kena bayar kan. memang lah ramai yang datang tapi tujuan sebenar bukan untuk menderma.. lepas tu kutipan sikit aje dapat disalurkan.. tak heran lah kalau ramai orang cerita ramai orang di pusat kebajikan macam anak2 yatim dah naik mue.. memilih dan tak main lah barang murah2 ni... Wallahu'alam...

ZABS said...

Zino: Lain lagi dermakan ke tabung masjid je lah, atau pergi sendiri ke rumah kebajikan dan derma sendiri.

Sas: Tapi kalau derma melalui cara ini, beli mjea untuk sepuluh orang rm1500, misalnya, ok je. Tapi kalau nak derma sendiri, nak hulur rm50 mungkin berat sikit kot....

Neeza: Mungkin ada betulnya. Misalnya ada satu rumah kebajikan tu, siap beritahu, kalau nak derma wang bolehlah, tapi kalau baju terpakaitu tak payahlah, dah banyak sangat, kata mereka. Wallahua'lam.

Yunus Badawi said...

Inilah yg dikatakan pengutip derma professional. Kalau dah namanya pro mestilah mahal belanjanya. Yg menderma tu pun selalunya pakai duit syarikat, jadi tak terasalah keluar duit sendiri.
Pahala tu soal lain bagi sebahagian dari mereka ni. Wallahualam.

aNIe said...

Salam Zabs...

Setuju benar dengan apa yang ditulis...kalaulah majlis yang berlebih2an itu tidak diadakan, wang untuk jamuan itu dpt disalurkan pada kutipan derma tersebut...

ZABS said...

YB: Amat tepat sekali. Tapi kalau syarikat nak derma terus boleh juga, tak perlu cara itu kan?

Anie: Nampaknya masyarakat kita ni terlalu banyak berhibur. Sampaikan nak bantu orang yang dalam kesusahan pun, nak berhibur juga. Nak prihatin macammana,kalau dia dah makan sedap2 dan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian, lupa terus pada yang menderita. Itu yang cuma sedikit saja sumbangan yang sampai kepada yang memerlukan...

Azlan Zed said...

ironinya hiburan adalah media yahudi untuk melekakan umat islam. :)

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

salam uncle
memang prinsip saya juga matlamat tak menghalalkan cara.

Selalunya terjadi kerana org nak cari jalan mudah bagi mencapat matlamat tersebut.

tapi masih ramai juga yang penderma "hulur tangan kanan, tangan kiri tak tahu" bila beri terus tak ingat dia pernah berikan sumbangan..ikhlas habis.

apa2 pun harap semangat tolong-menolong terus disemai bukan sahaja dari segi kewangan tapi juga bergotong-royong..

FADZLAN
http://www.jalakmas.blogspot.com/

saya ada blog baru
http://papan9.blogspot.com/

ZABS said...

Alan: Kalau dah tahu, elakkanlah, tak gitu..

Fadzlan: Salam. Semoga kita terus dapat menyumbang seberapa yang termampu. InsyaAllah.