Wednesday, January 28, 2009

Kawan

Dalam hidup ini kita akan bertemu ramai kawan. Ada kawan sekampong, kawan sekolah, kawan berkursus dan juga bekerja bersama.

Ada kawan kerana berjiran, kawan teh tarik dan juga sama ke masjid. Ada kawan di jalanan, bertemu semasa bercuti. Ada kawan di luar saja dan tidak perlu dibawa ke rumah. Ada juga kawan yang suka berumah tangga tak kira masa.

Kini ada pula kawan di internet dan sberms saja, walaupun tak pernah jumpa tapi cukup mesra berinteraksi di alam maya.

Tapi di sini saya cuma nak sebutkan sedikit jenis2 kawan ini yang berbagai karenahnya, untuk kita, jika perlu, berjaga2.

Ada kawan baik di depan dan begitu juga jika di belakang.

Ada kawan baik di depan tapi sanggup menikam dari belakang.

Ada pula nampak je garang tapi di belakang dia puji memanjang.

Tapi hati2 kawan yang di depan muka manis berseri, di belakang satu kampong dia mengeji.

Ada kawan mesra alam sentiasa, tak kira keadaan.

Ada pula mesra sakan cuma untuk mencapai tujuan, dan akan sentiasa mengambil kesempatan atas kebaikan kita sebagai kawan.

Ada yang baik jika dia selalu lebih dari kita, tapi mendengki pula jika kita terlebih rezeki.

Ada kawan suka diberi bantuan, tapi apabila tiba giliran, dia tak mengaku kawan. Ada juga yang ambil kesempatan, dah buat hutang, lupa daratan.

Ada kawan menolong kerana harap habuan. Jika tidak, jangan harap dapat bantuan.

Ada kawan mesra alam ketika susah, bila dah senang nak jumpa pun susah, apatah lagfi nak minta bantuan.

Mungkin ada banyak lagi kategori kawan yang tidak saya temui. Tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita harus menjadi kawan yang baik kepada kawan-kawan kita.

Manusia yang baik ialah yang boleh memberi kebaikan/manfaat kepada orang sekelilingnya. Wallhua'lam.Gambar kawan sekampong yang diambil lebih 30 tahun yang lalu. Telah lama tidak bertemu sebahagian besar dari mereka. Saya tidak ada di dalam gambar tersebut kerana ia diambil semasa majlis perkahwinan saya. Semoga mereka semua di dalam sehat didokan. InsyaAllah.

10 comments:

zino said...

zabs..
zino dah jumpa macam macam jenis kawan.. dalam ketegori yg di tulis tu.. tak perlu lah nak ulas kawan yg mana satu..

asal kita menjadi seorang kawan yg meberi manafaat kepada kawan kita yg lain.. tidak menyusahkan mereka.. bersedia membantu bila kita di perlukan..

kawan siber ni rasanya semakin hari semakin mesra walau pun tak pernah bersua muka.. yg zino dah jumpa konfirm kebaikkan mereka.. hehe

Sastri said...

saya harap dan berdoa saya takkan tergolong dalam kategori kawan yang negatif seperti yang uncle tuliskan itu... walaupun saya sendiri pernah jumpa orang-orang seperti itu...

Unknown said...

Macam-macam jenis orang kat atas dunia nih...tapi tu lah kan. Hati orang, mana la kita nak tahu camne dia jaga. InyaAllah, kita buat aje yang terbaik, termampu kita buat. Orang rak puji takpe. Yang penting ikhlas. Ada balasan di akhirat nanti :)

ZABS said...

Zino: Kawan siber....InsyaAllah. ada peluang kita akan bertemu.

Sas: InsyaAllah. Jika kita sentiasa berniat baik, Allah akan sentiasa mendorongkan kita kepada kebaikan.

Akmal: Setuju. Hati mesti sentiasa baik.

Neeza Shahril said...

tak kenal maka tak cinta kan pak zabs..
berkawan di cyber memang lah tak kenal memulanya.. tapi sebenarnya manusia tak boleh lari dari hakikat bahawa seseorang mudah dikenali melalui penulisan.. kalau setakat 1 atau 2 mungkin susah.. tapi bila dah baca blog dia selama at least 1/2 tahun, rasanya kita boleh kenal hati budi dia..

lain dengan kawan yang kita kenal kat luar.. memang ramai yang lain luar dan lain isinya.. sedih la kalau dapat kawan cam tu..

Bergen said...

Sir, look at the size of the belts. I think it's back in fashion again.

Yunus Badawi said...

Mmg macam2 jenis kawan yg kita temui sepanjang perjalanan hidup kita. Sebaik2 kawan ialah mereka yg mengingatkan kita dgn Allah setiap kali kita bertemu dgn mereka.

Jo Kontan said...

Pak Zabs,

Thanks for the kind reminder.

Kawan2 yang bagus adalah kawan2 yang senentiasa ingat mengingati.


Sir Bergengg.

Not only the width of the belts, but also

1. Tight fitting shirt.
2. Low cut pants.
3. Floral Pattern
4. The cold unsmiling face..

Recycleable Fashion.

Boleh dork ?

Ibn Salleh. said...

Salam untuk warigh ku,

Blog utk. warigh kita, http://www.menuangkarim.blogspot.com.
Mungkin kita boleh sama-sama menyumbang utk. memajukan blog menuangkarim dgn. beberapa artikel keluarga orang-orang lama.Kalau ada artikel bolehlah hubungi saya.

hanifsalleh (Pengacara dlm. perhimpunan warigh menuang)

13may said...

saya setuju ngan uncle :)