Sunday, January 18, 2009

D.U.K.E

Mulai 10 Januari yang lalu, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang merintangi kawasan berhampiran dengan Taman Perumahan kami, telah dibuka untuk kegunaan awam.

Namun ia menjadi rungutan ramai kerana ia belum siap sepenuhnya, dan tidak pula dimaklumkan sebenarnya. Ia mengelirukan pengguna pada mulanya, terutama bagi yang ingin ke jalan Duta. Sebaliknya sampai ke Jalan Gombak pula. Apa2 pun ia masih belum dikenakan tol, jadi kuranglah kerugiannya.

Tetapi apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah penggunaan jejantas yang banyak terdapat di lebuhraya ini. Di sepanjang jalan ini yang menuju ke Gombak, terdapat 3 jejantas yang cantik dan selesa digunakan, malah oleh motosikal juga.

Tetapi yang mushkilnya, di pagi yang saya telah melalui jalan ini, selama seminggu, saya dapati anak-anak sekolah berlumba2 melintas jalan tanpa menggunakan jejantas tersebut, walaupun ia hanya beberapa meter sahaja dari tempat mereka melintas itu.

Saya teringat tidak berapa lama dahulu, semasa seorang kanak2 sekolah di langgar lori semasa menyeberang jalan untuk ke sekolah di Kelang, jejantas diminta dibina untuk mengelakkan perkara tersebut dari berulang.

Tetapi di tempat ini, apabila jejantas telah sedia ada, ia tidak pula di gunakan. Adakah nanti jika telah berlaku perkara yang tidak diingini, kereta pula diminta supaya tidak melalui jalan itu?


Gambar ini sebagai hiasan sahaja. Jejantas yang dalam pembinaan di Jalan Kepong ini masih belum siap sepenuhnya. Mungkinkah ia juga akan dibiarkan tanpa digunakan nanti? Wallahua'lam.

11 comments:

zino said...

itu lah kadang2 menjadi persoalan bila tak ada minta di ada kan bila dah ada tidak di munafaat kan..

rasanya akan di cadang sepanjang beberapa meter di bawah jejantas tu perlu di pagar supaya pelintas tiada pilihan tetapi perlu menggunakan jejantas yg telah di bina..utk melintas..

atau zabs ada cadangan lain..??

aNIe said...

Salam Zabs...kadang2 mereka mengambil mudah perkara2 keselamatan...bila dah terjadi sesuatu barulah semua nak menuding jari antara satu sama lain...

Betul juga kata zino...pagar tu perlu untuk mereka yang suka melanggar undang2...

ZABS said...

Zino: Satu cadangan yang baik. 1. Denda bagi pesalah2 ini. 2. Adakan penguatkuasaan yang tegas. 3. Di sekolah guru perlu mengingatkan murid selalu. 4. Di rumah ibu-bapa pesankan selalau kepada anak2. selain dari itu, anak Cina makan pengat, sdendiri mahu ingatlah...

Anie: Itu yang sedihnya. Kita asyik menyalahkan orang lain je. Kesalahan diri sendiri tidak di teliti...

MA said...

Salam Pak Zab,

Agaknya nak kena pasang escalator baru budak-budak tu nak naik kot? Saya belum try Duke lagi. Agaknya berapa la tol tu nanti ye?

ZABS said...

MA: Kalau dah tak reti nak jaga keselamatan sendiri, pasang apa pun tak akan diguna. Mungkin mereka seronok bila buat benda yang di larang agaknya.
Tol RM1 ke Jalan Gombak dan RM2 ke Jalan Duta.

Sastri said...

salam uncle... masa balik dari bukit tinggi hari tu, hampir-hampir sas termasuk ke jalan ni... dan sebenarnya sas dah silap jalan pun... berpandukan signboard dapat gak la cari jalan balik... tapi jauh gak berpusing...

ZABS said...

Sas: Sesekali tu bagus juga tersalah jalan. Kita cepat boleh "familiar" denan tempat tu, sebab akan berpusing2 keliling untuk mencari jalan keluar. Saya pula lebih suka pusing2 sendiri cari jalan dari berhenti bertanya dengan orang.

Unknown said...

Cerita lama, dan pelik orang masih tak serik-serik.
Kalau tak silap dah ada penguatkuasaan. Tapi macam sekejap aje. Saya penah tengok orang kena saman sebab tak guna jejantas masa melintas di seksyen 14, Petaling Jaya, betul-betul dekat Jaya One. Heh~~~padey muko! :D
Tapi tu je lah yang penah tengok. Sekarang tengok orang lintas jalan BAWAH jejantas selambe aje.
Kadang-kadang kalau dah terlalu nak cepat, saya pun 'ter'buat jugak. Tapi tu lah, sama-samalah kita ingat-ingatkan. Ada sebab jejantas tu dibuat. Kalau kita tak pakai, zalimlah diri kita ni.

Neeza Shahril said...

betul tu.. kalau ada pagar tinggi, barulah diorang tak melintas ikut jalan. biasalah tu kan.. manusia.. bila jadi sesuatu yang tak diingini, adalah pihak yang akan disalahkan.. bila orang buat jejantas tak nak guna pun...

bukan nak kata orang lain.. diri sendiri pun sama gak kengkadang tu ;), especially kat tengah bandar yang keretanya jalan slow aje..

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Tried it one day on the way to work in the morning. I can't wait for the extension to Duta to open ... it makes my travelling to work so much faster.

Anonymous said...

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!