Thursday, October 30, 2008

Action!!!!

Satu hari di Jalan Masjid India....
Ingatkan apa yang orang ramai tu buat. Ada orang jual ubat kuat ke? Rupanya ada shooting drama/filem. Apa tajuk pun tak tahu, kena tunggu bila di tayang di tv atau panggunglah.

Friday, October 24, 2008

PICC

Putrajaya International Convention Centre (PICC) atau Pusat Konvesyen Antarabangsa Purajaya ini terletak di satu puncak tertinggi di bahagian selatan Putrajaya. Bangunan yang agak unik ini menggabungkan bentuk traditonal sebuah wau dan pending perak.

Bangunan ini mempunyai keluasan lantai, 135,000 metre persegi, bagi keseluruhan 9 arasnya. PICC dijangka mampu menyediakan ruang bagi konvensyen yang terbesar, juga mempunyai bilik-bilik khas bagi mengadakan summit berasingan antara dua pihak dalam keadaan yang kondusif dan penuh keselesaan.

Pertama kali melihat bangunan ini semasa melakukan kerja2 ukur di sekeliling Tasik Putrajaya pada 2003. Ia masih dalam pembinaan pada masa itu, dan tidak tefikir pula untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Namun jika sudah ditakdirkan, saya perlu melihatnya dengan lebih dekat lagi, maka peluang itu akan datang juga.
Pada 18hb yang lalu saya bekesempatan untuk melihat bangunan ini dengan lebih dekat dan dapat pula masuk ke dalam bilik konvensyennya yang serba canggih itu.

Saya juga berpeluang memasuki beberapa bilik lain yang terdapat di dalamnya.

Jika tidak ada pemandu pelawat, boleh sesat di dalam bangunan ini agaknya.

Salah satu bilik untuk tetamu VVIP.

Pija cuba menunjukkan betapa besarnya salah satu tiang yang terdapat di dalam bangunan ini. Untuk membina tiang ini pun, belanjanya tentu boleh beri makan seribu fakir miskin untuk setahun, agaknya.

Pemandangan menarik dari Aras 3 bangunan itu.

Saya difahamkan salah sebuah kolej yang menggunakan fasiliti di sini untuk majlis konvokesyen nya (berlangsung sehingga jam 2 petang), telah membelanjakan lebih RM200k untuk tujuan tersebut.

Berbaloi ke agaknya membelanjakan wang sebanyak itu hanya untuk satu majlis yang tentunya, telah boleh dilakukan di kolej mereka sendiri?

Mungkin oditorium mereka kecil dan tidak boleh menampung kesemua sekali pelajar yang akan menerima ijazah. Tetapi ia boleh dibuat secara berperingkat, dan tentunya wang tersebut boleh diguna untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada kolej tersebut.

Monday, October 20, 2008

"New Block In the Neighbourhood"

Pembinaan untuk satu lagi pusat membeli-belah ini, hanya dimulakan pada akhir tahun 2007 ?? tetapi kini telah pun hampir siap dan mungkin akan mula beroperasi tidak berapa lama lagi.

Semalam semasa melalui kawasan tersebut sempat mengambil gambar ini, yang seperti komen Pija, warna bangunan itu seperti warna sebuaha Pizza. Sungguh ceria.

Kini nampaknya, telah menjadi terlalu dekat tempat2 membeli-belah ini dengan kawasan kediaman kami. Hanya 5 ke 10 minit perjalanan telah boleh sampai ke Alpha Angle/Jusco, Tesco, KLCC, Ampang Park, Ampang Point & yang terbaru ini di AU2. Ini tidak termasuk Giant yang paling hampir dengan rumah.

Satu ketika dahulu, ada sebuah Mini Market di Setiawangsa yang pada mulanya sungguh mendapat sambutan ramai. Tetapi kini ia telah menjadi bertambah "mini" apabila Giant membuka cawangannya di sana.

Terdapat juga beberapa mini market lagi di kawasan Keramat Permai. Tetapi kerana persaingan yang agak sengit agaknya, ada yang telah bertukar tangan dan ada pula yang telah ditutup terus.

Tetapi satu yang saya jangka akan kekal maju, Restoren Mamak di seberang Masjid Muaz bin Jabal, ia akan terus menerima kunjungan yang tidak henti, 24 JAM.

Saturday, October 18, 2008

Seminggu di Kangar

Saya berada di Kangar, Perlis dari 12 hingga 17 hb yang lalu. Berikut sedikit gambar yang sempat diambil semasa di sana.

Perjalanan dengan Emas hanya ke Alor Star. Dengan teksi ke Kangar, terpaksa melalui sedikit banjir kilat berhampiran Jitra. Air di paras dada itek sahaja.

Hotel penginapan selama 6H5M.

Masjid Alwi antara masjid tertua di Kangar, sempat berjemaah di sini.

Antara beberapa tempat membeli-belah di bandar Kangar.

Bangunan LHDN yang baru siap (belum digunakan lagi). Sedia untuk mengutip cukai rakyat Perlis.

Bangunan Persekutuan, terletak di seberang jalan bertentngana dengan hotel kami.

Beberapa ketika selepas matahari terbenam pada hari ke3 di sana. Dua hari sebelumnya hujan di sebelah petang.

Sempat ke Padang Besar untuk meninjau kemajuannya.

Tidak banyak berubah. Tapi untuk keselesaan membeli-belah datanglah pada hari-hari bekerja sebelum tengahhari.

Anda akan mendapat layanan sepenuhnya dari peniaga-peniaga di sni.

Gua Kelam (Cave of Darkness) mungkin tempat yang menarik untuk di lawati.

Tanda nama atas batu...

Namun begitu, gua ini tidaklah kelam, kerana ada lampu-pampu dipasang di sepanjang laluan di dalamnya.

Salah satu tempat perkelahan yang menarik di Perlis.

Namun air sungai ini tidak sejernih dulu agaknya.

Papan tanda yang sesuai untuk diletak di tempat begini.

Satu lagi tempat yang menarik untuk di lawati.

Orang ramai ini bukan pengunjung. Mereka adalah kontraktor tempatan yang datang untuk mendapatkan borang tender yang baru dibuka.

Salah satu pokok herba yang agak menarik namanya.

Papa tanda yang cantik ini terlalu cantik untuk apa yang dapat dilihat di sini.

Salah saekor ular sawa batik yang terdapat di sini.

Tiga gadis sunti ceria selepas melawat Taman Ular.

Matahari sebelum tenggalam pada hari terakhir, semasa menunggu penerbangan pulang di Alor Setar.

Friday, October 10, 2008

Lembu Punya Cerita

Sembilan hari selepas selesai Ramadhan, saya bertemu semula seorang kawan yang telah balik, selepas beraya di Kedah. Banyak crita yang dikongsinya termasuk satu yang saya ingin catatkan di sni.

Menurutnya Raya tahun ini dia banyak belajar bagaimana untuk tidak rugi jika bercadang membela lembu untuk jualan.


Menurutnya, beliau ada beberapa ekor lembu yang dijaga oleh kawannya dikampong. Salah seekor darinya ialah seekor lembu jantan yang dibelinya lebih 3 tahun lalu dengan harga RM1,400. Lembu itu telah berumur hampir 5 tahun sekarang dan beliau telah berbelanja lebih seribu ringgit untuk mengupah orang menjaganya.

Untuk tidak berbelanja lebih lagi beliau bercadang menjualnya untuk menyambut Raya tahun ini, pada harga sekurang2nya RM2,200. Tetapi tawaran tertinggi yang beliau terima ialah RM1,800. Memikirkan ia terlalu rendah, beliau akhirnya membatalkan hasrat untuk menjual lembu tersebut.

Walau bagaimana pun, seorang sepupunya pula ingin membeli lembu itu, menyembelih serta menjual sendiri dagingnya. Memikirkan ia tentu akan memberi keuntungan yang lebih, beliau bersetuju dan terkorbanlah lembu tersebut, setelah bertungkus lumus mengerjakannya sehingga jam dua pagi..

Penjualan daging lembu tersebut pula sungguh laris, dan dalam beberapa jam sahaja ia telah habis terjual.

Tetapi perniagaan tidak selalunya untung. Walaupun daging dijual pada harga siling RM18/kg., kutipan yang diperolehi cuma RM1,100 sahaja. Tidak sampai pun pada harga belian lembu tersebut dan jauh sekali dari harga RM1,800 yang ditawarkan kepada beliau.

Tiada penyesalan bagi beliau, kerana sekurang2nya kini beliau sudah tahu bahawa lembu jantan jika telah berumur lebih dari 4 tahun, dagingnya tidak pejal/berat lagi. Umur yang sesuai lembu disembelih ialah antara 1 setengah hingga 3 tahun.

Beliau juga seharusnya menerima tawaran dari peniaga lembu itu, kerana orang yang menawarkan harga itu banyak pengalaman dalam perniagaan lembu daging.

Akhirnya beliau kini tidak lagi berprasangka yang tauke2 daging di pasar2 itu membuat untung yang berlebihan dari beliau semasa ke pasar membeli daging.

Monday, October 06, 2008

Spa Ikan

Sekarang spa ikan ini boleh di dapati di merata2 tempat, terutama di pusat2 membeli belah dan diletakkan di tempat yang ramai orang lalu lalang.

Malah pada satu ketika saya pernah terjumpa spa ikan ini di dalam sebuah restoren, mungkin untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang tidak ada banyak masa, untuk makan sambil memberi makan ikan, sel2 kulit mereka yang sudah mati itu.

(Gambar dari internet)

Semalam selepas pulang dari satu pusat membeli belah terjadi perbincangan berikut.

Pija: Pija nak cuba spa ikan tu lah.

Mama: Ayah patut cuba untuk hilangkan sel kulit yang dah mati kat kaki tu.

Ayah: Kalau ayah letak kaki dalam spa tu, banyak ikan yang akan mati. Kalau tak mati pun, ikan tu akan patah gigi dan tak berguna lagi.....

ps: Anda boleh membaca tentang perkara ini,
di sini.

Sunday, October 05, 2008

Bergambar Di AidilFitri

Ceria di Aidil Fitri. Gambar2 lain boleh dilihat di sini.