Friday, February 29, 2008

Gula-Gula2

Sudah hampir seminggu kempen untuk PRU 12 bermula. Kerancakan kempen mula terasa terutama di negeri2 dan kawasan2 yang panas dan mempunyai ramai penyokong dari kedua-dua pihak.

Beberapa malam yang lepas, satu ceramah pilihanraya telah diadakan disatu dewan berhampiran kawasan taman kami.

Saya tidak pula berkesempatan untuk meninjau keadaannya. Cuma melihat dari jauh semasa hendak ke surau bersolat Isyak.

Dari petang lagi telah kelihatan kesibukan di kawasan itu, untuk membuat persiapan kedatangan calon bagi kawasan tersebut.

Kelihatan juga sebuah lori dengan muatan "tar" berhenti dengan pekerja-pekerjanya, bekerja menutup serba sedikit lubang2 kecil yang terdapat di jalanan ke taman kami itu.

Seperti ini...

Dan juga di sini.....


Tak tahulah samaada ini akan menjadi kali terakhir, calon itu sudi datang menjengok ke kawasan sini, samaada menang atau kalah.....

Tuesday, February 26, 2008

Ayo-yo Siapa Ini

Mungkin ramai yang masih ingat kepada penyanyi Hang Mokhtar, seorang pemuzik yang popular sekitar tahun 80an dan 90an dahulu.

Beliau banyak mengubah lagu menceritakan keadaan semasa dalam bentuk komidi yang bersahaja. Antara lagu yang agak popular ialah Ayo-yo Samy (1987), yang ditujukan kepada Menteri Kerja Raya pada masa itu (sekarang pun), Dato' Seri SV.

Ia menceritakan rasa kurang senang rakyat dengan bayaran tol yang semakin menghimpit mereka (kini selepas dua puluh tahun, kadar tol itu masih menghimpit dan bertambah- tambah lagi).

Ikuti sedikit lirik lagu tersebut seperti di bawah:

Ayo-yo Samy, Ayo-yo Samy
Sekarang orang ada susah hati
Tol di sana, tol di sini
Di Penang orang suka naik feri

Ayo-yo Samy, Ayo-yo Samy

Tak boleh kasi tol kurang lagi
Hari-hari bayar tol lagi
Nanti saya habis duit gaji.

Sebenarnya Hang Mokhtar, masih lagi aktif menyanyi, tetapi hanya di majlis2 kahwin dan jemputan khas sahaja. Kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteri, saya telah sempat mengambil gambar beliau sedang bermain muzik di sana.
Pada majlis itu beliau tidak ada memainkan lagu-lagu popular beliau dahulu, tetapi kebanyakannya, lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan sahaja.

Beliau rupanya adalah kawan baik kepada bapa pengantin perempuan. Satu sumbangan yang bererti untuk kedua pengantin tentunya.

Friday, February 22, 2008

Membuat Pilihan

Kehidupan kita seharian penuh dengan pilihan. Setiap hari kita membuat pilihan. Nak pakai baju warna apa, seluar warna apa, kasut atau sandal dan sebagainya. Waktu tengah hari nak makan di mana dan apa makanan yang hendak di pesan.

Bagi yang perempuan pula ada banyak lagi pilihan yang perlu dibuat. Disamping membuat pilihan untuk diri sendiri, yang sudah berkeluarga, ada pilihan lain lagi yang perlu dibuat untuk orang yang tersayang (suami dan anak-anak).

Biasanya, pilihan-pilihan tersebut dengan mudah akan dapat dilakukan, dan tidak ada masalah yang timbul.

Namun demikian, ada ketikanya kita sukar membuat pilihan, kerana pilihan yang ada, sama-sama menarik dan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Contohnya adalah seperti berikut:

Remaja A telah mendapat dua tawaran belajar dari dua U yang berlainan untuk kursus yang sama. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, tawaran mana yang harus diterimanya.

Graduan B telah berjaya temuduga untuk dua jawatan yang sama menarik dan gaji yang ditawarkan juga lumayan. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, jawatan mana yang harus diterimanya.

Pemuda C berkawan dengan dua gadis yang kedua2nya mempunyai ciri-ciri yang diidam2kan untuk menjadi suri rumah yang baik. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, gadis mana yang bakal menjadi pilihannya.

Untuk PRU 12 ini, Encik D, yang dahulunya menyokong Parti Penimbang, merasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada dan mula tertarik dengan Parti Bulan Mengambang. Adakah Encik D perlu mengerjakan solat istikharah untuk membuat pilihan?

Namun demikian beliau pernah mendengar Tuan Guru memberi syarahan, bahawa untuk memilih antara kedua ini, tidak perlu bersolat istikharah. Kerana telah jelas yang mana satu yang harus dipilih. Kalau begitu, Encik D sudah boleh membuat keputusan dengan mudah. Wallahua'lam.

Wednesday, February 20, 2008

Apa Ada Pada Nama?

Berbagai nama telah dipilih untuk digunakan pada kereta buatan negara atau kereta yang dipasang sepenuhnya di sini.

Ada nama binatang, ikan, buah, sifat dan seumpamanya. Tetapi masih belum ada nama yang melambangkan sesuatu kaum digunakan.

Tetapi apabila ada yang telah mengunakan nama tersebut di kereta mereka, tentu ini bermakna mereka sukakan nama tersebut diberi kepada kereta nasional kita. Lihat gambar dibawah.

Model baru?

Monday, February 18, 2008

Kerana Poster

Pada satu pagi di hujung minggu lalu, seperti biasa saya telah melakukan perjalanan riadah selama satu jam. Saya tidak pasti berapa jauh, tetapi mungkin lebih kurang 4-5 km. Saya mungkin boleh berjalan lebih dari itu, mungkin 10 km atau lebih. Kalau YB yang telah berumur 70 tahun pun boleh, InsyaAllah saya pun boleh agaknya. Tetapi memandangkan saya tidak ada pun niat hendak menjadi YB (takde orang nak pilih pun), jadi tak perlulah saya buktikan.

Apa yang saya ingin perkatakan ialah saya telah melihat permulaan kepada perang poster menjelang PRU ini. Belum ada lagi poster dari pihak yang satu lagi yang dijumpai di perjalanan itu.

Kehadiran poater-poster ini sebenarnya telah mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang telah berlaku sekitar pertengahan tahun '80an dahulu. Pada masa itu kempen pilihanraya sedang berjalan, dan hari mengundi tinggal tidak berapa hari lagi.

Kapal kami ketika itu sedang berhimpit di dermaga Pelabuhan Labuan, beristirehat selepas hampir 2 minggu berada di laut. Kapal baru sahaja memasuki pelabuhan itu sehari sebelumnya dan anak-anak kapal diberi kelepasan untuk naik ke darat dan perlu balik ke kapal sebelum tengah malam.

Pada pagi itu, saya telah didatangi oleh seorang pegawai polis yang meminta saya pergi ke balai polis berhampiran untuk menjamin tiga orang anak kapal saya yang sedang ditahan di "lock-up" balai polis tersebut.

Tanpa banyak bicara saya telah pergi ke balai polis tersebut. Sesampai di sana saya diberitahu bahawa anak-anak kapal saya itu telah ditahan pada malamnya kerana ditemui sedang mencabut poster salah satu parti yang bertanding pada pilihanraya itu. (Gambar hiasan sahaja).

Mereka terpaksa tidur di "lock up" pada malam itu kerana mereka juga didapati berada di bawah pengaruh minuman keras (mereka bukan keturunan Melayu). Saya perlu menjamin mereka, jika tidak mereka terpaksa tidur di "lock-up" lagi sehingga kes selesai.

Saya bersetuju menjamin mereka, tetapi pegawai polis itu mengingatkan saya bahawa mereka masih belum dilepaskan. Jika ada pihak yang membuat pengaduan, mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perjalanan balik saya telah bertanyakan perkara sebenar. Mengikut cerita mereka, mereka cuma hendak menegakkan tiang poster yang hampir tumbang apabila ditangkap oleh pihak polis itu. Saya memberi "benefit of the doubt" kepada mereka.


Tetapi lain cerita yang saya dengar dari kawan mereka. Mereka sebenarnya ingin membawa balik poster itu untuk diletakkan di mess mereka di kapal untuk menunjukkan sokongan kepada parti pilihan mereka itu. (Gambar Hiasan sahaja).

Nasib mereka baik, tidak ada sesiapa yang membuat aduan dan kes mereka di tutup.

Nasihat bagi mereka yang mungkin terlibat di dalam perang poster nanti:

1. Jangan buat kerja pemasangan dan penurunan poster selagi tidak dibayar 100%.

2. Jangan pasang poster di kawasan berhampiran rumah penyokong parti lain, melainkan anda berani sanggup diacu dengan senapang patah.

3. Buat pemasangan pada waktu orang sedang tidor.

4. Buat pemasangan serentak bagi semua parti, untuk jimat kos.

5. Jangan tunjukkan sokongan kepada sesuatu parti.

6. Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan anda di tahan polis (tak dapat mengundi nanti).

7. Undilah dengan penuh rasa tanggungjawab.

Siapa agaknya calon pilihan, penghuni rumah ini ya?

Friday, February 15, 2008

Tabung Haji

Baru dua hari lepas saya telah ke Bangunan Tabung Haji untuk mendapatkan semula Buku Akaun Simpanan. Ini adalah kali kedua saya memohon untuk mendapatkan buku ini. Kedua-duanya kerana kehilangan buku yang lama.



Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah jangkamasa yang lama menunggu giliran sebelum dapat berurusan. Seperti yang tertulis di atas meja, dikaunter pegawai beugas itu, untuk urusan pengeluaran/deposit wang adalah 5 minit dan pembukaan akaun baru ialah 15 minit.

Saya telah sampai di kaunter dan mengambil nombor giliran pada jam 10.43 pagi, dan terdapat 72 orang lagi sebelum saya. Urusan saya hanya selesai pada jam 11.55 (1 jam 12 minit). Terdapat 9 kaunter di sana, tetapi hanya 5 kaunter sahaja yng beroperasi pada satu2 masa. Salah satu kaunter itu pula digunakan untuk urusan selain pengeluaran dan deposit.

Satu jam 12 minit masa dihabiskan hanya untuk mengeluarkan wang atau membuat deposit adalah satu pembaziran waktu.

Mungkin telah tiba masanya untuk Tabung mempunyai ragkaian ATMnya sendiri. Jika Bank Islam telah berbuat demikian, maka tidak mustahil TH juga boleh. Masa telah berubah, dan TH perlu mengikut keadaan semasa tersebut.

Jika dahulu tujuannya mungkin untuk tidak mengalakkan pengeluaran wang yang disimpan supaya boleh cepat dapat mengerjakan Haji. Tetapi Kini perkara itu tidak menjadi masalah lagi. Telah terlalu ramai yang hendak pergi mengerjakan Haji setiap tahun, sehingga, kuota yang ada tidak mencukupi. Kini orang menyimpan, di samping menabung untuk ibadah tersebut, juga kerana ingin menyimpan secara Islam dan hasil yang diterima bersih dan telah dizakatkan.

Ada juga penyimpan yang sudah terlebih wang tersimpan, tetapi masih tidak mahu pergi mengerjakan ibadah tersebut.

Salah satu manfaat menyimpan di TH seperti yang diwar-warkan ialah, kekerapan pengeluaran (pengeluaran wang tanpa had kekerapan) maka ia perlulah juga selaras dengan kemudahan untuk mengeluarkan wang tersebut, dan ATM adalah cara yang terbaik pada pandangan saya.

Jika terpaksa menunggu begitu lama untuk berurusan dengan TH, mungkin mereka akan berubah ke Institusi Kewangan Islam yang lain pula. Masa adalah sesuatu yang amat berharga. Tetapi mungkin kepada TH, penyimpan2 mereka terdiri dari pesara2 (seperti saya) yang banyak masa untuk diluangkan. Tetapi seperti yang saya perhatikan, 80% pelanggannya pada hari itu, adalah orang-orang muda. Wallahua'lam

Monday, February 11, 2008

Muhibah

Semasa pertama kali membaca N3 tentang muhibah di laman blog beberapa rakan siber, telah terdetik di hati saya, akan tiba masa untuk saya ditagkan perkara tersebut.

Betul seperti yang dijangkakan, Fauziah dengan sukacitanya telah mengutuskan perkabaran tersebut dengan melawat ke laman blog saya terlebih dahulu.

Oleh itu inilah apa yang dapat saya perkatakan tentang Muhibah;

Muhibah, mengikut Kamus Dewan (DBP), berasal dari bahasa Arab yang memberi dua maksud; 1. Percintaan, kasih mesra: 2. Perasaan persahabatan dan kemesraan.

Dalam kontek ini , maksud yang kedua itu adalah lebih sesuai untuk saya perkatakan bagi tag ini.

Semasa kecil, saya tinggal di kampong yang berhampiran dengan sebuah taman yang dihuni kebanyakannya oleh warga keturunan India dan beberapa keluarga dari keturunan Cina yang bekerja di estet berhampiran. Terdapat sebuah kedai di taman itu, yang sering di kunjungi oleh penduduk dari kampong kami. Kedai ini, di samping menjual barang keperluan harian, juga ada tempat untuk minum teh (teh tarik belum dikenali lagi) dan makan roti bakar.

Di kedai ini terdapat interaksi ketiga-tiga kaum ini tanpa ada perbezaan. Walaupun pada masa itu, tidak ada lagi slogan untuk menjalin perasaan muhibah antara kaum, tetapi ianya telah lama wujud dengan sendirinya.

Sebenarnya manusia itu dilahirkan mempunyai fitrah perasaan persahabatan dan kemesraan dan ingin berbaik-baik di antara satu dengan yang lain. Sebagai mana kita dikehendaki oleh Allah s..w.t agar berkenal2an di antara satu dengan yang lain, yang berasal dari bangsa dan keturunan yang berbeza.

Semua bangsa mempunyai naluri demikian. Ini dapat saya rasakan juga setiap kali berkursus di luar negara, yang dihadiri oleh ramai peserta dari negara-negara yang berbeza. Di Jepun dan di Kanada misalnya, kursus2 yang pernah saya hadiri, terdiri dari peserta2 dari negara2 berlainan, seperti gambar disebelah.

Dengan adanya perasaan muhibbah dari semua peserta, kami dapat hidup bersama dalam jangka masa 3 hingga 6 bulam tanpa sebarang masalah. Kami berhubungan dengan baik, melakukan kerja kursus bersama dan melancong bersama.

Sebagai bekas anggota keselamatan yang bertugas di kapal, perasaan muhibbah juga dapat dirasakan ketika bertugas bersama. Anggota kapal sentiasa terdiri dari keturunan yang berbeza, tetapi tidak timbul langsung perbezaan itu. Pada satu ketika, pegawai pemerintah kapal kami, adalah seorang keturunan India, tetapi setiap kali malam Jumaat jika kapal berlabuh, dia menyarankan diadakan majlis doa selamat dan tahlil.

Mungkin ada yang akan mengatakan, bahawa perasaan muhibbah itu timbul kerana terpaksa. Itu terpulanglah kepada anda untuk membuat tanggapan. Tetapi bagi saya, manusia itu sememangnya telah ada wujud di dalam diri mereka, perasaan untuk berhubungan dengan baik dengan orang sekelilingnya. Apa yang menyebabkan pertentangan berlaku ialah, kerana adanya kontiminasi luaran, yang mungkin mempunyai motif tertentu.

Muhibah telah lama terjalin, Cuma jika kita sering disogokkan dengan perkara yang negatif tentangnya, ia akan dipersoalkan semula.

Bagi saya muhibah telah lama menjadi cara hidup masyarakat kita, ia tidak perlu dipersoalkan, tetapi hanya perlu dipraktikkan. Wallahu'alam.

Ini bahagian yang susah sedikit. Siapa yang hendak saya tagkan, kerana telah ramai yang ditagkan dengan muhibah itu. Oleh itu mungkin Akmal dan Zino boleh menyumbang dalam hal ini. Terima kasih.

Friday, February 08, 2008

Linking Tag

I was tagged by So'od, to list out five of my favourite links. The links can be of business sites, favorite sites, affiliate links or whatever suits me. Then I should also tag five more people to share their links. At the end of the tag, it is hope that we would be able to share good links from each others.



However there are Rules for it as follows:


1. MUST be clean. No X-rated sites.


2. Only FIVE links.


3. MUST tell 5 people.


4. A link back to the person who tagged you.


5. An active link.


For So'od here the list of five, although I do have many more.


1. http://www.kjc.gov.my/. This is a site where I can get important information regarding the weather and sea condition around out waters. This is very useful especially when I have my survey team out there doing their work or for planning of the jobs that we have to perform.

2. http://www.nst.com.my/. One of the few online newspapers that I read.

3. http://www.kenrockwell.com/. The site I go to, to get more information regarding photographies.

4. http://www.zaharuddin.net/. Interesting site for those who think, they need to learn more about Islam.

5. http://www.kl.fm/. If you want additional info on ICT, maybe you can get it from here.

Okey, the first five visitors please share your favorite links with us. Thank you for being a sport. I hope So'od is happy with this.

Updated.....

The 5 first visitors are;

1. Shah Cakapaje

2. Fauziah

3. Ruby Ahmad

4. Tokasid

5. Jaflam

And I know they will share their favorite links with us.

Tuesday, February 05, 2008

Gula-Gula

Gula-dula seperti di atas, adalah makanan yang paling disukai oleh kanak-kanak (walaupun tidak baik untuk mereka) dan mungkin juga oleh sebilangan orang dewasa. Justeru itu agaknya, baru-baru ini saya telah terjumpa gula-gula seperti di bawah. Saya dapat sebiji dari kawan yang diberi percuma oleh sebuah restoren. Sedap juga rasanya, sepertit gula-gula "kopiko" jika anda telah merasanya.Ini hanyalah gambar kulitnya. Isinya telah saya makan.

Ini pula gambar kalendar kecil (3 in. x 6 in.) yang telah diagih2kan kepada orang ramai sejak awal tahun ini. Saya mendapatnya dari surau kami. Dari maklumat tertulis di kalendar tersebut, YB ini mewakili satu kawasan yang agak jauh dari tempat kami. Tentu banyak yang di cetak hingga pengagihannya sampai ke tempat kami.

Mungkin beliau ingin menyatakan terima kasih atas sokongan semua rakyat Selangor kepada beliau semasa menjadi wakil rakyat hingga sekarang. Beberapa hari lalu ada terbaca, semasa berucap pada satu perjumpaan dengan penduduk setempat, beliau telah berkata bahawa mungkin itu kali terakhir beliau berucap sebagai wakil rakyat (mengundur diri? tidak terpilih?).

Ada juga YB yang sanggup tak kahwin untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakilinya. Alhamdulillah (walaupun begitu, ada jodoh nanti kahwinlah). YB ini mahu bertanding lagi nampaknya tu.

Pilihanraya Umum telah semakin hampir. Pada masa itu, kita akan dapat melihat pelbagai lagi sandiwara menarik dilakonkan. Wallahua'lam.

Monday, February 04, 2008

Silap Perhitungan

Seorang adik yang juga menjalankan usahaniaga sendiri memberitahu saya pada suatu hari, bahawa sekarang ini, amat sukar bertemu seorang yang betul-betul jujur dalam perniagaan.
Pengalamannya dengan seorang kawan yang menjengkelkannya, memberi beliau tanggapan tersebut. Saya hanya diam mendengar ceritanya.

Semasa melobi untuk melaksanakan satu projek kecil ditempatnya, beliau telah menggunakan syarikat kawan untuk kerja tersebut, dan bersetuju membayar harga yang diminta oleh kawan tersebut.

Sebagai imbuhan atas usahanya dan tambah nilai agar tawaran itu boleh berjaya, beliau telah menaikkan 30% harga tawaran, sebelum dihantar kepada pelanggan.

Setelah penilaian dibuat, syarikat tersebut berjaya, dan surat tawaran dikeluarkan mengikut harga yang ditawarkan. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah...

Bukan terima kasih yang diterima, sebaliknya kawan itu meminta harga yang lebih untuk melaksanakan kerja tersebut. Malahan harga yang dimintanya melebihi pula dari harga yang ditawarkan oleh pelanggan tersebut. Alasan yang diberinya, telah tersilap membuat pengiraan harga semasa memberi sebutharga yang asal itu.

Oleh kerana ada pilihan lain, pelanggan itu telah membatalkan surat tawaran kepada syarikat kawan ini, dan memilih syarikat lain untuk melaksanakannya. Mulai sekarang, sudah tentu syarikat itu, berada di dalam senarai hitam pelangan tersebut, dan mungkin juga akan kehilangan seorang kawan lama. Wallahua'lam.

Friday, February 01, 2008

NZ Dalam Kenangan

Saya telah bercerita sedikit tentang kehidupan kami semasa di New Zealand di sini. Tetapi apabila terbaca percutian peguam2 dan hakim2 di New Zealand di akhbar2, ia mengingatkan saya kembali kepada percutian kami di negara tersebut, di satu musim panas pada tahun1983.

Inilah rumah kediaman kami semasa di sana yang di sediakan oleh kerajaan New Zealand. Ada dua bilik yang selesa, tetapi jika dibandingkan dengan banglo yang kita sediakan untuk pegawai mereka yang bertugas ke Malaysia ketika itu, ia satu layanan yang tidak seimbang. Kami tinggal di bandar Auckland, North Island, dan pada musim panas cuacanya juga ada ketikanya agak panas.

Pada musim panas tahun itu, kami merancang bercuti ke South Island dengan berkereta dan tinggal di motel2, di bandar2 yang telah kami pilih untuk dilawati dalam perjalanan tersebut. Kami memperuntukkan dua minggu untuk perjalanan tersebut. Kereta di sebelah (Toyota Corolla) yang telah berusia 8 tahun ketika itu, menjadi pilihan kami (takda pilihan lain pun). Kami enam orang (termasuk dua pelajar dari Malaysia yang ingin ikut sama) sekereta, memulakan perjalanan menuju ke Wellington dahulu.

Di atas adalah peta yang menunjukkan secara amnya perjalanan kami (berlorek merah) selama dua minggu itu. New Zealang mempunyai keluasan tanah lebuih kurang 80% dari Malaysia tetapi mempunyai penduduk lebih kurang 16% sahaja dari penduduk Malaysia. Pada tahun1984, New Zealand hanya mempunyai 3.2 juta penduduk sahaja. Dan seperti yang selalu diperkatakan, kambing biri-biri di negara itu, lebih banyak dari penduduknya.

Di Wellington kami menumpang di rumah seorang staff Pejabat Kedutaan kita di sana. Ia telah di rancang terlebih dahulu sebelum kami ke sana. Ia bukan secara kebetulan. Ia dirancang lebih awal supaya pertemuan itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kesempatan itu kami gunakaan untuk melaporkan beberapa masalah yang kami harapkan dapat diatasi.

Dari Wellington kami menaiki ferry menyeberangi Selat Cook untuk ke Picton, bandar pertama kami singgahi di South Island. Bayak tempat yang kami singgahi di South Island itu termasuklah Fox Glacier, Queenstoen, Milford Sound, Dunedin, Christchurch dan Bleinheim.

Pada masa tersebut belum ada digital kamera lagi jadi gambar yang diambil amat terhad, dan ada yang sudah hikang sekarang. Ini adalah beberapa gambar yang diambil semasa perjalanan itu.


Di ladang Apple, makan kenyang dulu sabelum membayar jumlah yang dipetik untuk di bawa balik.
















Melayan anak-anak menaiki kereta "pony".






Pada masa ini, seorang anak saya sedang belajar di sana dan akan tamat pengajian pada tahun 2010, InsyaAllah. Nampaknya ada peluang sekali lagi untuk ke sana semasa majlis konvo anak itu nanti, InsyaAllah. Semoga akan berpeluang pula untuk mengambil gambar yang lebih baik untuk kenangan pada masa tersebut. Oleh kerana ia hanya satu kemungkinan, adalah lebih baik jika anda ke sini dahulu, jika ingin melihat gambar2 menarik di New Zealand.