Friday, November 07, 2008

"Parking"

Sejak dikuatkuasakan bayaran untuk meletak kereta di kawasan pejabat, sejak akhir2 ini, telah dua kali saya mendapat surat saman, kerana tidak meletak kupon bayaran meletak kereta.

Walaubagaimana pun, sudah salah sendiri, perlulah terima hakikat tersebut. Dan dalam nada yang sama, sekurang2nya dapat menyumbang kepada pendapatan pihak berwajib tersebut. Nampaknya pihak penguatkuasa majlis bandaran ini, begitu aktif di tempat2 baru agaknya.

Walaupun begitu bukan itu, yang ingin saya perkatakan di sini. Tetapi tentang keprihatinan pemandu apabila meletak kereta mereka di kawasan ini yang saya ingin sentuh di sini.

Contohnya kereta ini, walaupun masih banyak ruang di hadapan, tetapi pemandunya dengan selesa meletak keretanya begitu sahaja dengan mengambil sedikit ruang dari petak belakang untuk keretanya.
Kerana kurang prihatinnya pemandu tersebut, meyebabkan kereta di belakang nya pula, tidak mendapat ruang yang secukupnya di dalam petak kedua itu, dan terpaksa pula mengunakan sedikit ruang dari petak dibelakangnya. Ini akan berterusan sehingga beberapa lagi petak di belakangnya.

Begitu juga dengan pemandu ini, yang hanya mementingkan diri sendiri.

Juga pemandu ini. Ada ketikanya, kereta yang disebelah dalam terpaksa menunggu lama untuk dapat keluar. Mungkin mereka ini tidak pernah mendapat saman, jadi masih belum serik, atau memang sudah "alah bisa tegal biasa".

("Bukan aku yang susah, siapa suruh kamu letak kereta di sini. Aku nak cepat ni. Tempat ni depan pejabat aku" - ini antara kemungkinan apa yang mereka fikirkan).

18 comments:

Unknown said...

cerita pasal parking - di dubai banyak kereta besar2. tapi otak pemandu kecil2. jika parking - selalu ambil dua kotak, saja menyusahkan orang. mcm yang pak zabs kepilkan gambar2 di dalam entry tu juga...
di atas bahu jalan pun banyak yang parking. tapi saya rasa salah pihak berwajib di sini pun ada juga - kerana tidak sediakan tempat parking dgn mencukupi!

errr, office pak zabs tak de kotak khas yang di bayar bulan ka?

ZABS said...

pp: Cadang nak dapatkan tempat parking sendiri juga, tetapi tidak dibenarkan. Temapt letak kereta tu pula cuma boleh letak 3 jam sekali letak. Selepas 3 jam kena datang untuk tambah lagi jika perlu.... asyik nak turun naik tambah duit parking je pulak..

Unknown said...

Pak Zabs,
Rasanya yang jenis parking ikut suka kepala lutut ni ramai sangat. Ada sekali tu, kat PJ, Toyota Vios parking, block jalan keluar kereta Merc E220. But driver merc tu selamba aje tenyeh, tolak tepi sikit Vios tu. Saya tengok jelas jugak 'tanda kenangan' yang merc tu tinggalkan kat Vios.

ZABS said...

Akmal: Kalau ramai yang berani buat macam driver Merc tu, mungkin kurang sikit orang suka parking sesuka hati ni. Yang pelik tu, dah "kena tegur" dua, tiga kali, orang yang sama akan buat juga lagi. Sabar je lah... Allah nak bagi kita pahala bersabar.... Wallahua'lam.

Neeza Shahril said...

kat sini lagi sempoi.. diorang parking tengah jalan je.. singgah beli barang kat kedai berdekatan.. geram sangat.. tapi diorang memang tak reti kena marah pun.. selamba katak aje..

Yunus Badawi said...

Zabs, Kalau kat kawasan Chow Kit kereta yg parking dalam petak tapi meter dah expire selalu kena saman padahal kereta yg diletakkan sebarangan tak pula disaman. Tensen betul.

ZABS said...

Neeza: Kalau semua orang buat begitu, dah biasa, tentu takda rasa bersalah.
Ikut je lah cara mereka tu.

Yunus: Sebab tak ada undang2 yang mengatakan macamana cara nak parking yang betul

muteaudio said...

Salam,
Agaknya diorang ni dah tak tahan nak ke tandas. Asal boleh parking aje dan cepat-cepat lari ke tandas. Lain kali kalau jumpa orang macam ni cuba tanya "Encik/Cik dah tak tahan nak ke tandas?"

abanglong said...

salam. mungkin masa CRV tu nak parking, ada moto kat situ so dia terpaksa parking belakang sikit !!

-yang parking depan ofis masih free :)

salam kenal. first time singgah.

www.abanglong.wordpress.com

ZABS said...

Muteaudio: Biasanya mereka yang tak sempat2 tunggu lampu hijau dah jalan, saya but andaian mereka nak cepat2 pergi ke tandas. Yang parking macam ni, saja nak cari penamqar agaknya. Cuma belum ada yang bermurah hati nak bagi sebijik dua agaknya. Hahahaa....

Abanglong: Selamat datang. Confirm takda motor pun. Saya sengaja park rapat belakang dia, dia buat derk je. Takde rasa bersalah pun. Mungkin dia nak senang keluar kalau ada orang buat double parking sebelahnya, agaknya lah..
Untung masih nikmati free parking...

Sya said...

aduhai seksa bila fikirkan pasal parking ni. kat ofis ni even kalau dah ada no plet kat tembok tu pun mereka pakai sedap je masuk.

Mior Azhar said...

Pak Zabs,
Nampaknya di mana2 pun ada juga pemandu yang pendek akal... kalau di taipan USJ yang berhampiran tempat tinggal saya, sering para pemandu bukannya sekadar mengambil ruang parking yang tak sepatutnya malahan ramai main parking di tengah2 jalan. Berani sungguh... dan ya benar apa mereka peduli orang lain susah, janji diri sendiri tak perlu jalan jauh2. Sedih ...ramai sungguh orang sebegini.


dan Pak Zabs, dapat ke hadir majlis pejumpaan bloggers di Curve pada 29 November nanati. Insya Allah saya akan hadir.

rusliesophian said...

Cerita parking kereta dari awal 70an sehingga ke sekarang masih tak selesai. Puncanya pihak penguatkuasa kita tidak setegas mereka di negara jiran. Operasi saman dan tarik hanya bermusim sahaja. Itu pasal motorist kita takut untuk meletak kereta mereka sesuka hati. Maka double atau triple parking menjadi perkara lumrah.
Pernah terjadi 4WD saya dihadang. Kita nak keluar cepat. Jalan terakhir saya terpaksa winch kereta yang menghadang itu.

ZABS said...

Sya: Kalau saya, saya park je kat belakang dia. Dan sengaja keluar lambat biar dia tunggu, untuk dapat sedikit kata2 "perangsang"...

Mior: Betul, apa yang dikatakan orang, pemandu di Malaysia ni jadi manusia lain apabila sudah berada di belakang "steering" kereta. Hilang budi bahasa, hilang pertimbangan waras. iIkut sedap sendiri saja.
Sebenarnya saya berminat untuk hadir di perjumpaan itu, tetapi telah ada perancangan lain yang telah lama diatur. Maaflah, semoga perjumpaan itu akan dihadiri oleh ramai rakan bloggers yang lain. Insyaallah.

Ruslie: Memang betul seperti kata anda itu. Undang2 kita serba lengkap tetapi bila tiba bab penguatkuasaan, itu yang lemah habis.
Kalau ramai yang macam anda tu, mungkin boleh kurangkan sikit orang buat double parking ni. Kalau mampu tarik terus ke tempat klereta potong...ahahaha..

zino said...

lepas ni kalau semua berjalan lancar notis kompaun yg di letak PBT tu akan di kait dengan JPJ so kalau sesiapa yg buat pilihan tidak mengindahkan notis tersebut pihak JPJ jugak tidak akan mengindahkan masa nak renew roadtax..

lepas tu agaknya baru dia org yg berkaitan tu nak memperbaiki displin bila meletak kenderaan..

ZABS said...

Zino: Mungkin kalau di beri insentif kepada pegawai2 ni, sedikit imbuhan untuk siapa yang banyak buat saman, akan bertsambah baik penguatkuasaan kot?.

zaitgha said...

memang pun Pak Zab, orang Msia nih fikiran masih in the 3rd world. Kat Seremban nih pun macam tuh....dekat tengah simpang pun bole berhenti berborak and expect orang belakang tunggu dia habis the conversation.....issshhh...geram betul, kat pasar jangan cakap lah..

ZABS said...

Zai: Cuba kalau dihonkan. Kita akan dimarah balik, sebab mereka tak rasa bersalah buat macam tu. Kalau saya bawa lori, saya lenyek je orang macam tu.