Wednesday, November 19, 2008

Gotong Royong

Pada Sabtu yang lalu Persatuan Penduduk Taman kami telah mengadakan satu acara gotong royong untuk membersihkan kawasan perumahan. Di samping itu ia juga bertujuan untuk menambah lagi keahlian persatuan tersebut.

Sebelum acara bermula, pendaftaran ahli dilakukan dan
juga mengutip yuran pendaftaran dan tahunan.

Walaupun terdapat lebih 220 keluarga yang tinggal di taman ini, buat masa ini hanya lebih kurang 80 orang sahaja yang telah mendaftar menjadi ahli. Agak kurang memuaskan, dan usaha perlu ditingkatkan untuk menarik ramai lagi penduduk mendaftar dan bergiat dalam persatuan ini.

Sebahagian peralatan yang disediakan untuk kerja2 gotong royong tersebut.

Untuk acara gotong royong ini kami mendapat kerjasama dari pihak MPAJ dan kontraktor2 mereka yang telah menghantar pekerja2 mereka untuk membantu.

Pengerusi dan AJK makan sedang berkira2 samada makanan
yang disediakan cukup atau tidak untuk sarapan pagi itu.

Sebahagian penduduk tekun mendengar taklimat sebelum acara bermula.

Tujuan utama kerja gotong royong membersihan kawasan perumahan kami ini, ialah untuk membasmi pembiakkan makhluk di atas. Terdapat beberapa longkang yang tersumbat dan air tidak mengalir dan perlu dibersihkan. Juga terdapat beberapa pokok besar yang perlu dicantas.

Tempat kami ini adalah salah satu kawasan di mana penyakit denggi selalu berlaku. Setiap masa boleh dikatakan ada sahaja penduduk yang dijangkiti penyakit tersebut. Pernah berlaku seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia kerana penyakit ini.

Kini telah ada pula penyakit baru bawaan nyamuk itu, Chikungunya. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Indonesia dan Filipina, dan kini telah merebak di Malaysia pula.

Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, semua kerja, walau tidak 100% sempurna, dapat dilaksanakan. Walaupun pada hari tersebut, kurang dari 1/4 penduduk yang mengambil bahagian. Harap di masa akan datang, lebih ramai lagi akan dapat melibatkan diri. InsyaAllah.

12 comments:

Unknown said...

tak boleh jadi tu...tak sampai separuh masuk sebagai ahli...

semoga usaha zabs untuk menambah keahlian berjaya!

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man sokong usaha Zabs dari jauh.Semoga berjaya!

Mak Su said...

semoga ramai yang sedar kepentingan gotong royong

KAMATO said...

kat taman saya ni pun sama, tak pernah sampai setengah yg turut serta apapun aktiviti

Neeza Shahril said...

bila bab gotong royong, ramai mengelat kan.. tapi bila ada yang dapat sakit, memasing salahkan memasing.. tak patut betul kan masyarakat kita ni..

ZABS said...

PP: Mungkin mereka rasa tak perlu apa2 lagi dari masyarakat kot? Saya cuma ahli biasa dan akan beri sokongan pada setiap aktiviti yang dijalankan. InsyaAllah.

Manlaksam: Kalau di kampong senang je nak ke rumah jiran tetangga. Tetapi di bandar ni, kekadang tu sampai berminggu tak nampak muka hidung jiran sebelah. Terlalu sibuk agaknya.

Mak Su: Sendiri kena ingatlah kan!

Kamato: Kalau separuh yang datang itu sudah cukup baik. Lebih2 lagi kalau yang ke surau berjemaah. Tapi kalau tak sampai 5% peratus pun, cukup sedihlah kan?

Neeza: Bukan mengelat kot? Cuma menyangkakan bahawa majlis perbendaharaan yang sepatutnya buat kerja2 tu.

Yunus Badawi said...

Yg geramnya org lain bertungkus lumus membersihkan kawasan rumah dia, dia boleh rilek tengok tv dlm rumah. Cis, sungguh kurang sopan.

Kerp (Ph.D) said...

ni pon satu lagi realiti kehidupan, pak Zab. nak kumpul semua penduduk utk bergiat aktiv dalam aktiviti kejiranan memang susah. kami selalu juga organise acara makan2 tapi yang dtg selalunya muka2 yang sama je. sifat kejiranan masih banyak yang perlu dipupukkan lagi dalam jiwa masyarakat kita.

ZABS said...

Yunus: Tak bunyikan loceng rumah dia ke minta tolong beri kerjasama?

Kerp: Begitulah di sini pun. Kekadang tu bila bertemu dalam perjalanan balik ke rumah, atau semasa hendak keluar, kita cuba nak senyum, tapi takda respon pun. Nak buat camne ye?.

Unknown said...

Oh, mentaliti 'apa yang masyarakat boleh bagi kat aku?' lebih kuat berbanding 'apa yang boleh aku lakukan untum masyarakat' nampaknya.

zabs said...

Akmal: Begitulah nampak gayanya. Mereka masih tidak mahu menjadi orang yang dapat memberi sumbangan, tetapi hanya mahu menjadi orang yang menerima. Atau mereka tak mahu ada apa2 gangguan dalam kehidupan selesa mereka. Wallahua'lam.

zino said...

nampaknya yg berminat gotong royong orang lama je..hehe

mm agak2 nya penyakit tu datang dari afrika nun kot.. sekarang dah menyerang org malaysia.. mak dan ayah zino sekarang terkena penyakit tu..