Monday, November 03, 2008

Mari Makan

Terdapat beberapa restoren Melayu di sekitar pejabat yang saya selalu kunjungi untuk makan tengahari dan salah satu darinya saya rasa dapat memenuhi sedikit cita rasa saya. Apabila makan di sana saya tidak berapa ambil berat tentang kebersihan dapur restoren tersebut.

Bagi saya masakan yang sedap, tentunya datang dari dapur yang bersih dan lengkap. Dan saya percaya tentu ramai lagi seperti saya, yang tidak berminat untuk melihat keadaan dapur restoren2 yang dikunjungi.

Pernah juga satu ketika dahulu, selepas makan nasi briani dari satu restoren mamak di TSG, saya telah keracunan makanan yang agak teruk, hinggakan tidak mampu untuk memandu sendiri ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Malam itu, buat pertama kali saya menjadi penumpang di dalam kereta yang di pandu oleh isteri. Laju juga dia memandu, mungkin dalam keadaan cemas begitu, dia tidak ada pilihan.

Sehingga kini nasi briani di restoren itu tidak menjadi kegemaran saya lagi, tambahan pula ia tidak sesuai untuk menurunkan berat badan.

Baru2 ini saya telah ditanya oleh seorang kawan, setelah melihat saya makan di restoren Melayu kegemaran saya itu, adakah saya selalu makan di sana. Dan apa yang saya diberitahu tentang kebersihan dapur restoren tersebut, telah menukar sama sekali minat saya untuk makan di sana lagi.

Mungkin saya perlu membawa makanan sendiri ke pejabat, atau buat lawatan ke dapur restoren dahulu sebelum membuat apa-apa pesanan.

22 comments:

MA said...

Saya pernah keracunan makanan yang teruk hingga tak boleh bangun. Lepas itu saya bawak mangkok tingkat ke ofis untuk makan. Tapi sekejap sahaja sebab tak convenient memandangkan saya juga kdg2 kena kerja di luar pejabat, takkan nak bawak mangkok tingkat ke sana ke mari. Silap haribulan kena berkelah bawah pokok bentang tikar untuk makan.

AuntieYan said...

Salam En.Zab,

Makan kat luar ni memang susah nak menjamin kebersihannya. Kalau nak pikir sangat, saya sendiri tentunya takkan makan kat luar. He!...he!...pejam-pejam mata sajalah.. :-)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Itulah. Tak semua restoran mengambil berat tentang mutu keberihan. Mereka fikir asal 'masyuk' saja. Tapi bukan semuanya macam itulah.

Apatah lagi kalau tenaga pekerjanya diimport dari luar negara...

:)

Sya said...

Bak kata bapak saya kalau nak makan kat satu2 restoren tu jangan ke toilet di belakangnya dulu.. sebab nanti kalau tenguk dapurnya terus tak jadi makan.. memang jarang jumpa kedai yg depan belakangnya bersih

Neeza Shahril said...

tak semua orang menjaga dapur macam kita jaga dapur... setengah orang walaupun dirumah sendiri... lebih teruk dari restoran pun.. hehee.. neeza, kalau nak makan direstoran, tengok2 jugak.. kalau dah nampak dari luar dapur dia kotor nak m*mp*s, cari aje yang lain... takut masa tengah makan ada yang termuntah ;)

aNIe said...

salam Zabs...

Restoran mana tu? Saya suka restoran yang penuh dengan lauk2 kampung...ulam2...budu...sambal belacan...dan macam2 lagik. Janji kedai dia bersih...makanan apa pun jadi sedap...

Unknown said...

Orang kata kalau nak makan kat kedai ni jangan fikir banyak hehe. Tapi kalau dah sampai ke hospital, kena fikirlah kan :)

anggerik merah said...

Pak Zabs,

betul tu...kita mesti berhati-hati pasal kebersihan kat restoran. Saya pun sangat particular.

ZABS said...

MA: Mangkok tingkat takpa juga. Isteri pernah beritahu dia ternampak seorang staf ditempat kerjanya makan dari periuk yang dibawa dari rumah sebagai bekas bekalan.

Auntieyan: Itu yang selalu saya lakukan, tawakal je, agar makanan yang di sediakan bersih. Yang lebih penting, duit yang kita guna tu halal. Tak gitu?

BP: Setuju. Kekadang tu bukan pekerja je yang impot. Tauke pun bukan orang tempatan.

Sya: Kalau ke toilet dahulu, di kebanyakan restoren, tentu terus mati selera. Tetapi sekarang ni dah ada banyak perubahan juga toilet2 restoren kita.

ZABS said...

Neeza: Baguslah kalau dah ada tabiat yang baik begitu. Kalau orang tua keracunan boleh tahan lagi. Tetapi kalau anak-anak yang kena tentu akan lebih buruk akibatnya.

Anie: Dekat je, Setapak. Tapi takdalah banyak ulamannya. Biasa2 je.
Saya rasa di Shah Alam, ada banyak restoren yang lebih baik masakannya.

Akmal: Betullah tu. Tapi tuan restoren mungkin boleh letak tanda amaran, "Makan atas tanggungan sendiri". Ada dua maksud d sini, satu makan kena bayar, kedua kalau keracunan, sendiri tanggung, tak boleh minta ganti rugi...hahaha..

AM: Berhati-hati dimeja makan, bukan setakat jaga kebersihan tetapi kalori, kolestrol, garam, gula yang dimakan tidak berlebihan.

zino said...

saya juga cerewet bila nak makan..perut saya lagi sensitif.. salah makan je siap la..

sekarang ni saya makan kat satu kantin kat opis tu.. makanan pun sedap dan murah pun murah..

kalau kat luar saya memang cukup hati2 nak makan.. kalau tak kena gaya tak makan pun tak apa hehe

sorang lagi si hazwan tu.. nak masuk mana mana restoren dia yg bagi kelulusan.. bila dia masuk je terus uwekkkk.. makna nya kedai tu tak cukup bersih hehe..idung dia cukup sensitif..

Yunus Badawi said...

Zabs,
2 kriteria yg digariskan oleh Al-Quran tentang makanan:
1) halalan
2) taiyiban (baik)
Dua perkara ini hendaklah ditafsirkan dlm kontek yg luas.

Unknown said...

:-) di sini berlainan sikit ....saya selalu ke restoren mamak kepunyaan saudara islam dari kerala....
ada pegawai dari pejabat kesihatan dtg check....dapur boleh nampak dari luar - kira mereka kenalah jaga.
semua pekerja pakai uniform. misai dan janggut pun kena cukur!

toilet bersih la jugak...

boleh makan tanpa was was!

ZABS said...

Zino: Kalau begitu ragamnya perut, perlulah mengambil langkah2 pencegahan terlebih dahulu, sebelum terlambat.. Kalau perut sensitif kepada makanan segera lagi bagus...

Yunus: Setuju, halal bukan sahaja benda yang nak dimakan, teapi juga wang yang hendak dibelanjakan. Baik pula bukan kelihatannya saja baik, tetapi, kandungannya juga perlu baik untuk penghadaman dan kesihatan. Tak gitu?

ZABS said...

PP: Sebenarnya, di sini pun ada peraturan untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha restoren yang premisnya tidak bersih.
Tetapi seperti lazimnya, pihak penguatkuasa di sini buat kerja sambil lewa sahaja. Apabila sudah ada kes keracunan barulah nak pergi siasat. Kalau tidak tentu kes2 keracunan di sekolah2 tidak akan terjadi.
Ada satu kes tu, keracunan makanan berlaku di kantin kolej kesihatan yang antara pelajarnya ialah pelatih Inspektor Kesihatan. Wallahua'lam.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Kebersihan, terutama dalam penyiadaan makanan dituntut dalam agama kita. Namun sedih, ramai pemilik tidak menitik beratkan perkara ini.

Mengikut pegawai JAKIM (dahulu) sijil 'Halal' mereka merangkumi segala aspek termasuklah kebersihan. Dan walaupun restoran itu kepunyaan Melayu atau Islam, JAKIM menggalakkan mereka untuk mendapatkan sijil. Tapi kerana minda kita 'orang melayu masak, mestilah halal', maka, saranan JAKIM itu menjadi bahan tertawa pula.

KAMATO said...

Ni la kelemahan restoran kita, selalu lupa jaga kebersihan. Bagus pak zab kalau bawak bekal tu, comfirm bersih, sedap dan jimat

ZABS said...

Shah: Bukan itu saja, di restoren bangsa asing pun, kalau mereka ada tulis halal pun, ada juga orang kita yang pergi makan...

Kamato: Belum mula bawa bekal lagi. Masih ada restoren lain di sini yang rasanya, agak bersih juga dapur2 mereka.
Sebenarnya sebelum ini tak pernah saya keracunan makanan apabila makan di restoren itu. Cuma apabila diberitahu dapurnya kurang bersih, ada rasa kurang selesa untuk makan lagi di situ.

pB said...

Beriani yang paling sedap ialah beriani yang dimasak oleh jiran pB.

India Muslim..

ZABS said...

pB: Sedap tu relatif. Sedap bagi pB, mungkin biasa je bagi saya.
Masakan emak saya lagi sedap dari masakan mertua, walaupun isteri kata masakan emaknya "the best in the world". Suami pB pula akan kata masakan isterinya lebih sedap dari masakan Chef Wan..Tak gitu???

Kerp (Ph.D) said...

Pak zab,

apa kata bertukar selera sikit, cuba makanan jepun, iaitu Tepanyaki. makanan dimasak betul2 depan mata. jadi, apa yang dimasak, itulah yang dimakan....hehehe...

ZABS said...

Kerp: Ya, satu saranan yang baik. Telah beberapa kali juga merasai masakan Mr.Tepanyaki itu. Tetapi agak jauh dari pejabat. Sesekali bolehlah kalau selalu, selepas makan tak larat nak ke opis semula. Hehehee...