Tuesday, November 11, 2008

Kekeluargaan

Masa yang paling seronok dapat bertemu ramai sanak saudara selain pada Hari Raya ialah semasa ada salah satu dari ahli keluarga mengadakan majlis perkahwinan atau seumpamanya.

Pada masa tersebut, bukan sahaja keluarga yang tinggal berdekatan, tetapi yang tinggal berjauhan pun akan berusaha untuk datang meraikan majlis tersebut.

Ada saudara yang sudah terkenal pun akan meluangkan sedikit masa untuk datang, dan sudi mengabadikan kenangan bersama peminat.

Dan tentunya tidak ketinggalan untuk bergambar bersama pengantin.

Kami mempunyai seorang Emak Saudara di pihak isteri yang sudah lama menetap di Singapura. Mungkin sejak sebelum perpisahan Singapura dari Malaysia lagi. Lima dari anak beliau juga telah bekerja dan menetap di sana. Dua orang lagi anak beliau, bekerja dan menetap di Kuala Lumpur. Jadi selalulah beliau berkunjung ke sini, terutama apabila ada majlis2 kekeluargaan.

Satu yang amat saya hargai ialah, jika beliau sendiri tidak dapat hadir, beliau akan pastikan ada wakil terdiri dari anak/menantu beliau yang akan hadir mengantikannya.

Beliau yang telah berusia di awal 70an, juga akan sanggup menaikki bas jika tiada sesiapa yang sanggup memandu jauh ke KL.

Baru2 ini kami telah sempat menghantar beliau ke stesen bas untuk balik ke Singapure. Beliau hanya mahu menaikki bas dari syarikat ini, atau satu lagi syarikat bas yang boleh diambil berhampiran Hotel Corus di Jalan Ampang. Mungkin kerana keselesaan bas yang disediakan, agaknya.

Contoh baik yang ditunjukkan oleh Mak Busu kami ini perlu diteruskan oleh kami generasi seterusnya untuk menentukan semangat kekeluargaan di antara kami semua berterusan hingga bila-bila. InsyaAllah.

Dalam satu lagi perkembangan, salah seorang dari keluarga sebelah isteri telah berjaya menyusur galur salasilah keturunan keluarga mereka sehingga 4 keturunan terdahulu dan membawa kepada 2 keturunan di bawah kami. Dari jumlah yang tidak rasmi setakat ini, mungkin telah mencecah 1,500 orang agaknya.

Perjumpaan antara wakil2 dari setiap keluarga masih diadakan untuk mengemaskinikan senarai ahli keluarga tersebut. Telah ada cadangan untuk mengadakan satu perjumpaan keluarga yang besar apabila senarai tersebut telah disediakan. Semoga ia akan menjadi satu realiti tidak lama lagi. InsyaAllah.

12 comments:

Yunus Badawi said...

Zabs,
Apasal Mak Busu tak nak naik kapalterbang? LCC ada 2-3 yg terbang antara KL-SIN. Mungkin ada nostalgia kalau naik bas kot.

Neeza Shahril said...

bestnya dapat kenal sedara mara sampai 1500 orang!! neeza teringin nak buat cam tu.. tapi malangnya orang orang tua ramai dah takde.. lagi 1, masa pun tak cukup nak menjejak tu...

serena tu sedara pak zabs ke?

U.Lee said...

Hello Zabs, how you doin' my friend? I love your these pictures here. Well taken.
Hari Raya open house still going on?
Anyway, you keep well and have a great week, best regards, Lee.

Zabs said...

Yunus: Mungkin setelah lebih 30 tahun menggunakan bas dan kereta untuk balik kampong, sukar untuk menukar kebiasaan itu. Juga di sepanjang jalan boleh pula singgah di rumah2 sedara yang lain di Melaka, Jasin, Seremban, Tampin dan sebagainya.
Juga kerana AA pun baru memulakan perkhidmatan beberapa tahun ini saja.

Neeza: Sebenarnya bukan semua yang masih ada lagi. Kebanyakan dari keturunan pertama hingga keempat tu, ramai yang sudah tiada lagi. Yang masih ada mungkin lebih kurang 700 agaknya.
Bapa Serena tu (Chef Wan), sepupu kepada isteri saya.

Zabs said...

U.Lee: I am fine thank you. Hope U are in the best of health too. Hari Raya open house are over already.
Now school holidays are coming and time for weddings. Time to meet far away relatives and renew family ties.

Mak Su said...

bagusnya :)

ADIEJIN said...

uishh..pak Zabs..ramainya sanak saudara.

manlaksam said...

Saudara Zabs,
Meriah betul nampak nya, Pak Man mulalah teringat kan sanak saudara yang dah lama tak jumpa....tak boleh jadi...

Zabs said...

Mak Su: Bagussss...

Adie: Itu baru sebelah isteri. Tapi sebelah saya takde lagi ura2 nak buat susur galur macam tu.. hahaha...

Man: Cikgu tentu ada kepakaran untuk buat siasatan dan carian asal keturunan tu kan? Mungkin berguna untuk anak cucu kita nanti..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Silap silap, kita ni ada kaitan keluarga kerana ramai juga keluarga saya berada di Singapura itu semenjak dahulu lagi.

Zabs said...

Shah: Kalau takda perkaitan kekeluargaan,kita sudah bersaudara dalam Islam. InsyaAllah kalau ada perjumpaan nanti boleh dapat tahulah tentunya. InsyaAllah.

mohd azmir said...

ayahanda,
harap2, perjumpaan tue mase musim percutian memer disini!! boleh la juga blk msia dan bertemu sanak saudara yang sudah lama tak terjumpa.. hehehe :)