Wednesday, November 26, 2008

Kebakaran

Pagi tadi semasa di dalam perjalanan ke pejabat, saya mendapat panggilan telefon dari pejabat, memberitahu Puan Zabs telah menalipon memberitahu ada kebakaran di rumah jiran bersebelahan dengan jiran di belakang rumah saya. Saya mengambil keputusan untuk balik semula ke rumah, untuk mengetahui keadaan sebenar, juga jika perlu berbuat sesuatu.

Apabila sampai di rumah, saya diberitahu kebakaran itu telah pun berjaya dipadamkan, walaupun pihak bomba (yang telah dipanggil) belum tiba lagi.

(Gambar dari internet)

Sebenarnya ia adalah kebakaran kecil sahaja di bahagian dapur yang berpunca dari kebocoran dapur gas. Apinya telah merebak hingga ke kabinet dapur. Mulanya ia cuba dipadamkan dengan menggunakan air, tetapi api menjadi lebih besar pula.

(Gambar dari internet)

Mujurlah pihak kontaktor yang sedang membuat kerja ubahsuai rumah seorang lagi jiran, ada membawa bersama alat pemadam api (mungkin seperti gambar di atas), dan berjaya diguna untuk memadamkan api tersebut.

Pihak bomba yang datang beberapa minit kemudian, mungkin merasa lega kerana api telah dipadamkan. Namun mereka mungkin telah memberi sedikit nasihat tentang pentingnya membuat pemerikaan berkala terhadap dapur2 gas yang digunakan di rumah2 untuk mengelak dari kebocoran. Ia berkemungkinan dapat mengelakkan kebakaran seperti ini dari berlaku. Ini mengingatkan saya untuk membeli alat pemadam api seperti itu juga. InsyaAllah.

21 comments:

MA said...

Saya pun tengah dok tertanya-tanya jika ada tak tempat yang kita boleh call untuk memeriksa jika ada kebocoran gas.



Masa Bibik tak ada, anak-anak dilarang keras menggunakan dapur jika saya tak ada di rumah.

pB said...

Alhamdulillah ..

Mujur tak jadi apa apa ....


Kena sentiasa beringat kalau bab bab api nie

Mak Su said...

huish...panik ya.

Accia said...

salam pak zabs,
pernah jiran di atas melalui peristiwa yang sama. bila suami pergi cuba memadam api, saya dan anak (ketika itu baru ada seorang anak) terus bergegas keluar bersama dokumen-dokumen penting kami. pesan ahli bomba kepada kami, sekiranya itu berlaku lagi, pastikan tong gas yang berapi itu diletakkan jauh dari barang yang lain. bila tong itu kehabisan gas,katanya, api akhirnya akan padam juga.

arsaili said...

salam..jiran yg prihatin...malang tidak berbau

Sya said...

Tak pernah terfikir akan ada kebocoran gas kat rumah sendiri. Posting ni macam wake up call. Thanks

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Izinkan saya syorkan pemadam api jenis Cobra. Ada 3 jenis dan harus pilih yang bersesuaian dengan keperluan.

Neeza Shahril said...

takut sangat bila dengar kebakaran ni.. especially kalau yang melibatkan nyawa.. semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu..

zino said...

bahaya juga tu.. api ni kecik menjadi kawan bila dah besar bomba pun tak larat nak lawan..

ZABS said...

MA: Tak pernah pula panggil orang untuk check. Cuma buat sendiri je. Biasanya kalau ada kebocoran, akan berbau.
Cepat buka semua tingkap dan pintu. Buka kepala gas tu dari tongnya (Untuk keselamatan, buka kepala gas tu setiap kali lepas memasak).
Dari masa ke semasa, boleh check sendiri saluran paip dari tong gas ke dapur tu dengan air sabun untuk mengesan kebocoran.

ZABS said...

pB: Alhamdulillah, semoga menjadi pengajaran kepada kita.

Mak Su: Panik sikit lah tapi kejap je...

Accia: Satu tip yang amat berguna tu..

Arsaili: Sayangi jiran anda seperti anda sayang diri anda (saya sesama Islam).

Sya: Kejadian itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Berhati2 walau di dapur rumah sendiri.

ZABS said...

Shah: Terima kasih atas cadangan. Jika bersesuaian dengan keperluan dan budget, Cobra akan di miliki juga nanti. InsyaAllah.

Neeza: Semoga kita dijauhkan dari bencana seumpamanya, InsyaAllah.

Zino: Kalau dah besar sangat, bomba hanya akan jaga rumah2 sekeliling, agar tidak terbakar sama. Yang sudah terbakar, dibiar hangus jelah.

Kerp (Ph.D) said...

saya bab kebakaran ni memang agak peka sikit. tujuan utama saya request utk gantikan tangga yang menyusuri ke garden kepada ramp adalah demi keselamatan juga. mana lah tau, malang tak berbau.

ZABS said...

Kerp: Setuju, tak rugi jika sentiasa telah bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
We see fire extinguishers in buildings but we never keep one in our own home, on standby for any eventualities.
Then again, I don't quite remember if we are in fact encouraged to have one at home by the fire and rescue department.
And also for cars, too. The only time friends get fire extinguishers for their cars is when they go on treasure hunts. Having one adds points.

Unknown said...

Salam Zabs,

Alhamdulillah, semua selamat. Nasib baik ada kontraktor berdekatan...that is a miracle actually.

Memang, we are not educated to value the importance of having fire extinguishers at home. None of us think of having one at home accept public places, just like what Fauziah said. Time for such education I think.

ZABS said...

Fauziah: I do agree with you, that our people need to be told to do everything, even if it is for the benefit of themselves (saya pun termasuk dalam kategori ini, sampai sekarang pn taka alat tersebut lagi).
Kekadang tu fire hydrant yang telah sedia ada di taman2 perumahan mereka pun dihalang dan ada yang terus tidak boleh berfungsi.

ZABS said...

Ruby: Alhamdulillah. Semoga boleh jadikan pengajaran kepada semua.
Kita biasanya sudah terantuk baru nak tengadah.
Harap belum terlambat untuk dapatkan alat tu, untuk rumah dan juga di dalam kereta. InsyaAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Itulah. Setiap rumah memang 'wajib' ada alat pemadam kebakaran. Sekurang-kurangnya kalau ada emergency dapat membantu.

13may said...

saya pun penah kena kebocoran gas masa meniaga kat pasar malam tuh...

abis gerai kami terbakar...siap bomba kena datang padam...hehhe hehhe

Helena said...

nasib baik semua okay..... syukur....

I remember my dad ada fire extinguisher in the car..... but i dont see one in the house.... mmm... i wonder why....

nak beli satu la for my house....