Monday, October 06, 2008

Spa Ikan

Sekarang spa ikan ini boleh di dapati di merata2 tempat, terutama di pusat2 membeli belah dan diletakkan di tempat yang ramai orang lalu lalang.

Malah pada satu ketika saya pernah terjumpa spa ikan ini di dalam sebuah restoren, mungkin untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang tidak ada banyak masa, untuk makan sambil memberi makan ikan, sel2 kulit mereka yang sudah mati itu.

(Gambar dari internet)

Semalam selepas pulang dari satu pusat membeli belah terjadi perbincangan berikut.

Pija: Pija nak cuba spa ikan tu lah.

Mama: Ayah patut cuba untuk hilangkan sel kulit yang dah mati kat kaki tu.

Ayah: Kalau ayah letak kaki dalam spa tu, banyak ikan yang akan mati. Kalau tak mati pun, ikan tu akan patah gigi dan tak berguna lagi.....

ps: Anda boleh membaca tentang perkara ini,
di sini.

18 comments:

MA & Brood said...

Cuba pergi ke Pavillion Tkt 5, ada Kenko Fish Spa. Tempatnya lebih condusive untuk merendam kaki daripada tong yang diletakkan di tepi2 laluan seperti di setengah2 pasaraya.

Akmal said...

Haha patah gigi~~~
Hadoi la...
Talk pernah pulak saa google cari maklumat apa medical importance buat spa ikan ni. Should do that later ;)

Yunus Badawi said...

I pernah terfikir nak cuba masukkan kaki dlm kolam kecik kat rumah. Tapi bila Zabs cakap ikan boleh mati atau patah gigi, I cancel niat tu. Takut ikan I yg tinggal 6-7 ekor tu habis terus.

ADIEJIN said...

bebaik...kalau silap rendam, kot kot ada Piranha sesat dalam tuh..sampai tulang kaki kiter kena ratah.

drbubbles said...

hahaha..pak Zabs..this is funny..

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I so wanted to try the fish spa if only my two feet is in the tub. Bila dah melihat terlalu banyak kaki2 kat dalam tub tu, terhenti niat nak mencuba.

zino said...

tak pernah jumpa pulak lagi SPA ikan ni.. suspen jugak nak menerai takut tokei rugi ikan habis mati hehe

Zabs said...

MA: Thanks for the tips. Tetapi belum terfikir nak mencuba lagi.

Akmal: Saya telah dapatkan sedikit maklumat seperti link yang saya masukkan di bawah N3 ini.

Yunus: Saya baru tahu yang ikan sebenar yang digunakan ini tidak bergigi. Tetapi di spa murahan yang banyak di temui itu tak tahulah pula..

Adie: Belum cuba belum tahu...

drbubbles: Saja nak bermesra dengan anak isteri.

Fauziah: Kalau hendak cuba yang terbaik mungkin kena ikut nasihat MA, pergi ke Pavillion.

Zino: Cuba pergi ke Pavillion Tkt 5, ada Kenko Fish Spa. Juga baca link yang saya masukkan diakhir N3 ini.

KAMATO said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

sya said...

Macam2 le org ni meniaga.. Spa ikan pun ada.. masa memula tenguk tu terfikir sapa lah yg bela ikan banyak duit leh bawa ikan ke spa. Manusia pun banyak tak mampu ke spa. Rupanya bukan spa utk ikan tapi ikan tu yg jadi pekerja spa tu..

Tapi takut jugak kot kot ikan tu ganas mau habis anak jari kaki kecik tu.. eee ngeri

Mak Su said...

eeeiuuuuu, geli campo takut ngan ikan (terbayang ikan yu)

Kerp (Ph.D) said...

Pak zab!

saya pulak, rasanya kalau try, semua ikan berkumpul kat kaki saya je sebab ada flavour hasil tak pernah pakai stokin...pelnaggan yang lain melepas la...hahaha..

Zabs said...

Salam Kamato,
Selamat Hari Raya Aidilfitri pada anda dan Maaf Zahir dan Batin.

Sya: Begitulah dalam perniagaan ni, selagi ada yang demand selagi itu ada yang supply. Dan kalau pandai pula supply benda yang pelik2, manusia yang sentiasa inginkan kelainan akan teruja untuk mencuba.

Zabs said...

Mak Su: Ikan yu tak boleh masukkan dalam tub. Tapi kalau ada ikan piranha, baru tinggal tulang koo...

Kerp: Itu yang saya kata takut ikan tu mati selepas menikmati makanan di kaki saya tu...

pB said...

salam


dah pernah cuba di Giant USJ


oklah jugak , cuma awal awal tu mmg geli .....

kena tahannnnn

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Hehe...baru hari tu ingat nak beli ikan ni - ada jual kat kedai ikan di Jln Sg Buluh!

Zabs said...

pB: Sekarang tentu kaki sudah putih bersih berseri.......

Shah:Dengarnya harga ikan itu menjadi mahal sebab banyak demand. Bila dah beli nanti, bolehlah buat promotion untuk kawan2 mencuba......hehehe.

Bayukk said...

salam lebaran.

hahaha...lucu pula uncle zabz. Kalau smpi macam tu.