Saturday, October 18, 2008

Seminggu di Kangar

Saya berada di Kangar, Perlis dari 12 hingga 17 hb yang lalu. Berikut sedikit gambar yang sempat diambil semasa di sana.

Perjalanan dengan Emas hanya ke Alor Star. Dengan teksi ke Kangar, terpaksa melalui sedikit banjir kilat berhampiran Jitra. Air di paras dada itek sahaja.

Hotel penginapan selama 6H5M.

Masjid Alwi antara masjid tertua di Kangar, sempat berjemaah di sini.

Antara beberapa tempat membeli-belah di bandar Kangar.

Bangunan LHDN yang baru siap (belum digunakan lagi). Sedia untuk mengutip cukai rakyat Perlis.

Bangunan Persekutuan, terletak di seberang jalan bertentngana dengan hotel kami.

Beberapa ketika selepas matahari terbenam pada hari ke3 di sana. Dua hari sebelumnya hujan di sebelah petang.

Sempat ke Padang Besar untuk meninjau kemajuannya.

Tidak banyak berubah. Tapi untuk keselesaan membeli-belah datanglah pada hari-hari bekerja sebelum tengahhari.

Anda akan mendapat layanan sepenuhnya dari peniaga-peniaga di sni.

Gua Kelam (Cave of Darkness) mungkin tempat yang menarik untuk di lawati.

Tanda nama atas batu...

Namun begitu, gua ini tidaklah kelam, kerana ada lampu-pampu dipasang di sepanjang laluan di dalamnya.

Salah satu tempat perkelahan yang menarik di Perlis.

Namun air sungai ini tidak sejernih dulu agaknya.

Papan tanda yang sesuai untuk diletak di tempat begini.

Satu lagi tempat yang menarik untuk di lawati.

Orang ramai ini bukan pengunjung. Mereka adalah kontraktor tempatan yang datang untuk mendapatkan borang tender yang baru dibuka.

Salah satu pokok herba yang agak menarik namanya.

Papa tanda yang cantik ini terlalu cantik untuk apa yang dapat dilihat di sini.

Salah saekor ular sawa batik yang terdapat di sini.

Tiga gadis sunti ceria selepas melawat Taman Ular.

Matahari sebelum tenggalam pada hari terakhir, semasa menunggu penerbangan pulang di Alor Setar.

2 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Patutlah lama tak nampak. Gambar2 tu mengingatkan kpd lawatan2 saya ke Perlis. Kali terakhir hujung tahun lepas. Tak banyak berubah.

de engineur said...

hello there Zabs,
cantik gambar2 yg sdra ambil ni. Would like to follow your blog, if that's okay with you. Jarang2 dpt nampak perincian mengenai Perlis ni.

cheers,
Floyd, KK