Friday, October 24, 2008

PICC

Putrajaya International Convention Centre (PICC) atau Pusat Konvesyen Antarabangsa Purajaya ini terletak di satu puncak tertinggi di bahagian selatan Putrajaya. Bangunan yang agak unik ini menggabungkan bentuk traditonal sebuah wau dan pending perak.

Bangunan ini mempunyai keluasan lantai, 135,000 metre persegi, bagi keseluruhan 9 arasnya. PICC dijangka mampu menyediakan ruang bagi konvensyen yang terbesar, juga mempunyai bilik-bilik khas bagi mengadakan summit berasingan antara dua pihak dalam keadaan yang kondusif dan penuh keselesaan.

Pertama kali melihat bangunan ini semasa melakukan kerja2 ukur di sekeliling Tasik Putrajaya pada 2003. Ia masih dalam pembinaan pada masa itu, dan tidak tefikir pula untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Namun jika sudah ditakdirkan, saya perlu melihatnya dengan lebih dekat lagi, maka peluang itu akan datang juga.
Pada 18hb yang lalu saya bekesempatan untuk melihat bangunan ini dengan lebih dekat dan dapat pula masuk ke dalam bilik konvensyennya yang serba canggih itu.

Saya juga berpeluang memasuki beberapa bilik lain yang terdapat di dalamnya.

Jika tidak ada pemandu pelawat, boleh sesat di dalam bangunan ini agaknya.

Salah satu bilik untuk tetamu VVIP.

Pija cuba menunjukkan betapa besarnya salah satu tiang yang terdapat di dalam bangunan ini. Untuk membina tiang ini pun, belanjanya tentu boleh beri makan seribu fakir miskin untuk setahun, agaknya.

Pemandangan menarik dari Aras 3 bangunan itu.

Saya difahamkan salah sebuah kolej yang menggunakan fasiliti di sini untuk majlis konvokesyen nya (berlangsung sehingga jam 2 petang), telah membelanjakan lebih RM200k untuk tujuan tersebut.

Berbaloi ke agaknya membelanjakan wang sebanyak itu hanya untuk satu majlis yang tentunya, telah boleh dilakukan di kolej mereka sendiri?

Mungkin oditorium mereka kecil dan tidak boleh menampung kesemua sekali pelajar yang akan menerima ijazah. Tetapi ia boleh dibuat secara berperingkat, dan tentunya wang tersebut boleh diguna untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada kolej tersebut.

15 comments:

Bergen said...

Pak Zabs, running a convention centre is a business that has been brought to a science. It's a specialized industry that extended from the hospitality. I have the opportunity to experience first hand to the food preparation aspects of a premier convention centre here in the city, next to KLCC. The whole thing is run with military precision and laboratory cleanliness that justify the money you pay for the service.

I'm not sure about Putrajaya convention centre, but the one I am talking about has the capability to prepare the food in-house, a week in advance before the actual date of the function. And we're not talking about blast freeze something as simple as like curry here, we are talking about gourmet food which can be preparee and served to the highest restaurant standard exactly on the time you want it to be on the table, with the right temperature.

I love the equipment they have - and the people running them (mostly expatriates with experience locals can learn from - if only they adopt the right attitude.) Sadly, only a handful see this as a great opportunity to learn - others see it as just another on a mundane job.

I can't tell you much about the running of a convention centre outside the kitchen - I'm always orang dapur he he.

MA said...

Zabs - I have been to PWTC, KL Convention Centre and PICC for various occassions (selalunya bab makan2 free la ni) :P


And true KL Convention Centre are run professionally compared to the other two. But then again this is my personal view and experience.


Tapi view from PICC restaurant is breathtaking.

ZABS said...

Bergen: Thank you sir for the brief explanation of running a convention centre from the perspective of a Chef. However, in PICC, I don't think the quality of their food is the priority.
But maybe also it depends on the clients requirement and how much they are wiling to pay for the food.

ZABS said...

MA: I haven't been to KLCC, but I will agree with both of you, KLCC, sould be the better of the three, professionlly I mean.

Cuaca tak brap bagus petang tu, jadi gambar tak berapa baik.

Neeza Shahril said...

kolej tempat neeza kerja dulu selalu buat majlis konvo kat sini.. neeza tak pernah pergi pun tapi diorang kata best tempat ni...

ZABS said...

Neeza: Tempat baik tentu harga pun baik jugalah kan? Kalau kolej dah ada peruntukan untuk itu, oklah. Duit tu berpusing dalam negara juga. Dari dibawa pulang oleh pekerja asing, lebih baik duit berpusing dalam kat sini je. Yang lebih baik bawa masuk duit dari luar, macam dari Saudi ke? UAE ke? Tak gitu?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Dari perspektif seni bina landskapnya saya bagi 4/5 bintang :)

Mior Azhar said...

Salam Pak Zab,
I too have been to PICC but although the centre is pretty impressive but I was not that impressed. The thing is do we need that many convention centres of this stature in KL.. I believe PICC ni kalah ngan KLCC and even PWTC. I think location still counts

Unknown said...

Lepas ni barang siapa yang nak guna cliche 'kurus macam tiang', kena sertakan sekali tiang apakah yang dimaksudkan :)
Saya pun tak pernah sampai ke sana, tapi nampaknya memang hebat tempat tu.

Yunus Badawi said...

Zabs,
Saya belum berpeluang masuk ke dlm tapi tengok dari jauh tu ada lah. Spt binaan lain di Putrajaya, PICC melampaui keperluannya.

rusliesophian said...

Selalu juga pergi Putrajaya lalu dekat PICC, tapi tak sangka pula bahagaian dalamnya begitu besar dan canggih. Agak-agaknya berapa banyak duit yang dah habis buat bangunan tu?

ZABS said...

BP: Jika diambilkira perbelanjaan untuk membinanya, mungkin 4/5 itu agak rendah agaknya.

Mior: Setuju....Location, location... and location..

Akmal: Bagus juga kalau dapat tengok. Tengok bagaimana duit rakyat digunakan...

Yunus: Mungkin sesuai dalam 20/30 tahun akan datang...agaknya.

Ruslie: Salam kenal, terima kasih kerana sudi tinggal komen. Tak tahulah berapa duit rakyat dah dibelanjakan, tapi makan ratus2 jugalah tu...

Kak Teh said...

salam, hebat juga! Tapi kak teh tak berapa suka design luar tu.
dalam keadaan ekonomi sekarang ni, sapa yang nak guna?

Sastri said...

salam uncle... pernah ke situ sekali rasanya... dan sekali tu pun hampir sesat di dalamnya...

ZABS said...

Kak Teh: Jabatan Kerajaan yang ada budget lebih je lah yang boleh guna...

Sas: Tu lah tu, mungkin perlu ada penunjuk arah yang lebih banyak. Tak gitu...