Monday, October 20, 2008

"New Block In the Neighbourhood"

Pembinaan untuk satu lagi pusat membeli-belah ini, hanya dimulakan pada akhir tahun 2007 ?? tetapi kini telah pun hampir siap dan mungkin akan mula beroperasi tidak berapa lama lagi.

Semalam semasa melalui kawasan tersebut sempat mengambil gambar ini, yang seperti komen Pija, warna bangunan itu seperti warna sebuaha Pizza. Sungguh ceria.

Kini nampaknya, telah menjadi terlalu dekat tempat2 membeli-belah ini dengan kawasan kediaman kami. Hanya 5 ke 10 minit perjalanan telah boleh sampai ke Alpha Angle/Jusco, Tesco, KLCC, Ampang Park, Ampang Point & yang terbaru ini di AU2. Ini tidak termasuk Giant yang paling hampir dengan rumah.

Satu ketika dahulu, ada sebuah Mini Market di Setiawangsa yang pada mulanya sungguh mendapat sambutan ramai. Tetapi kini ia telah menjadi bertambah "mini" apabila Giant membuka cawangannya di sana.

Terdapat juga beberapa mini market lagi di kawasan Keramat Permai. Tetapi kerana persaingan yang agak sengit agaknya, ada yang telah bertukar tangan dan ada pula yang telah ditutup terus.

Tetapi satu yang saya jangka akan kekal maju, Restoren Mamak di seberang Masjid Muaz bin Jabal, ia akan terus menerima kunjungan yang tidak henti, 24 JAM.

13 comments:

Mak Su said...

kat au ya Uncle Zabs? rasanya, baru jer lalulalang kat situ

Kak Teh said...

salam, nampakny abanyak sungguh shopping complex, kan? Dalam keadaan meleset ni sapa nak berbelanja?
Di sini pun ada banyak project besar-besaran, entah akan diteruskan atau tidak tak tahulah.

Unknown said...

PakZabs,
Banyak betul tempat berbelanja haha :P

Sya said...

Sya duduk jauh dr bandar sbb nak elak all this shopping Mall/complex sebab nak anak2 hanging out kat situ.

Dah jadi satu trend kat Mesia skrg berjalan di kompleks beli belah adalah aktivit keluarga during weekends, mungkin sebab banyaknya kompleks maka aktiviti piknik tepi pantai atau taman tasik dilupakan. lagipun tempat tu panas.. kat kompleks ada air cond dan macam2

ZABS said...

Mak Su: Yo dokek situlah. Lalu lalang tak nampok koh? Kono masuk kek dalam sikit baru nampak.

Kak Teh: Orang kita memang kuat berbelanja. Tengok saja HR ni, open house setiap minggu, sampai jalan raya jem setiap Sabtu dan Ahad, kerana orang keluar menghadirinya.

Akmal: Banyak untuk kita buat pilihan. Kena ikut budgetlah kan.

Sya: Trend kalau diamalkan selalu akan menjadi budaya. Tapi kalau budaya yang tak menguntungkan tak perlu ikutlah kan?

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Selain shopping complex banyak jugak pasar malam sekitar kawasan AU ni. Mungkin bila bukak Jusco yg baru ni pasar malam hari Sabtu kat situ kena pindah tempat lain.

ZABS said...

Yunus: Bukan pasar malam je akan terjejas, gerai makan disebelahnya tu pun mungkin akan gulung tikar. Di kompleks tu tentu akan ada beberpa restoren segera dan medan seleranya juga...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Selepas ini jalan-jalan di kawasan rumah tuan pun mungkin akan jadi sesak. Kan?

ZABS said...

BP: Sekarang ni bila orang balik kerja dalam jam 6/7 malam dah mula sesak dah, tambah kalau ada pasar malam pada hari Isnin.
Tapi untuk ke Pusat Beli-Belah tu, ada banyak jalan. Jalan kawasan rumah saya tak terlibat.

Kerp (Ph.D) said...

Pak Zab,

ni saya nak cerita sikit ttg hal yang sama. depan condo kami terdapat sebuah tasik buatan manusia yang tersergam indah, penuh dengan kehijauan. sedap mata memandang lagi2 diwaktu pagi. tapi kini segalanya akan berubah bila developer dah beli kawasan tersebut utk pembinaan, apa lagi kalau bukan pusat membeli belah! penduduk dah lawan, protest sana sini tapi tak jalan jugak. sedih betul.

ZABS said...

Kerp: Apabila keuntungan sahaja yang menjadi perkiraan, begitulah jadinya. Bukit menjadi korban, tempat riadah, siapa nak kisah, janji boleh buat juta2, itu saja yang mereka kira...

muteaudio said...

Pak Zab,
Saya rasa nak guna formula Giant yang telah berjaya overshadow mini market yang lain. Saya rasa nak buka 'Giant Mamak'! Kalau dah ada Super-Mart & Super-Station, mesti ada Super-Mamak! Dan saya jamin, Nasi Kandar & Mee Goreng yang dijual adalah Original, sama macam yang dijual kat Pg.

ZABS said...

Muteaudio: Ya bersetuju dengan pandangan anda. Perniagaan makanan adalah amat menguntungkan, jika kena strateginya. Servis kena cepat dan mesra, buka 24 jam. Ada skrin besar dan tempat parking sentiasa ada. Makanan kurang enak sedikit pun masih boleh ditelorate...