Friday, October 10, 2008

Lembu Punya Cerita

Sembilan hari selepas selesai Ramadhan, saya bertemu semula seorang kawan yang telah balik, selepas beraya di Kedah. Banyak crita yang dikongsinya termasuk satu yang saya ingin catatkan di sni.

Menurutnya Raya tahun ini dia banyak belajar bagaimana untuk tidak rugi jika bercadang membela lembu untuk jualan.


Menurutnya, beliau ada beberapa ekor lembu yang dijaga oleh kawannya dikampong. Salah seekor darinya ialah seekor lembu jantan yang dibelinya lebih 3 tahun lalu dengan harga RM1,400. Lembu itu telah berumur hampir 5 tahun sekarang dan beliau telah berbelanja lebih seribu ringgit untuk mengupah orang menjaganya.

Untuk tidak berbelanja lebih lagi beliau bercadang menjualnya untuk menyambut Raya tahun ini, pada harga sekurang2nya RM2,200. Tetapi tawaran tertinggi yang beliau terima ialah RM1,800. Memikirkan ia terlalu rendah, beliau akhirnya membatalkan hasrat untuk menjual lembu tersebut.

Walau bagaimana pun, seorang sepupunya pula ingin membeli lembu itu, menyembelih serta menjual sendiri dagingnya. Memikirkan ia tentu akan memberi keuntungan yang lebih, beliau bersetuju dan terkorbanlah lembu tersebut, setelah bertungkus lumus mengerjakannya sehingga jam dua pagi..

Penjualan daging lembu tersebut pula sungguh laris, dan dalam beberapa jam sahaja ia telah habis terjual.

Tetapi perniagaan tidak selalunya untung. Walaupun daging dijual pada harga siling RM18/kg., kutipan yang diperolehi cuma RM1,100 sahaja. Tidak sampai pun pada harga belian lembu tersebut dan jauh sekali dari harga RM1,800 yang ditawarkan kepada beliau.

Tiada penyesalan bagi beliau, kerana sekurang2nya kini beliau sudah tahu bahawa lembu jantan jika telah berumur lebih dari 4 tahun, dagingnya tidak pejal/berat lagi. Umur yang sesuai lembu disembelih ialah antara 1 setengah hingga 3 tahun.

Beliau juga seharusnya menerima tawaran dari peniaga lembu itu, kerana orang yang menawarkan harga itu banyak pengalaman dalam perniagaan lembu daging.

Akhirnya beliau kini tidak lagi berprasangka yang tauke2 daging di pasar2 itu membuat untung yang berlebihan dari beliau semasa ke pasar membeli daging.

24 comments:

Sya said...

Apa-apapun yg dibuat asalkan mende baru maka banyak yg perlu dibelajar.. tak kira samada tua muda atau setinggi mana pun pelajaran masih juga perlu belajar benda2 basic dlm perniagaan yg dibuat.

blackpurple @ jowopinter said...

Owh. Macam itu rupanya ya. Saya pun, selalu fikir untungnya berlipat-lipat ganda. Hmmm..

Selamat Hari Raya untuk tuan sekeluarga.

Yunus Badawi said...

Zabs,
Kebetulan semalam ada kawan dtg beraya kat rumah cerita pasal bela lembu. Dia kata boleh untung 10% sebulan. Tapi dari cerita ni nak dapat 10% selama 5 tahun pun tak tentu.
Rasanya lebih baik berniaga aiskrim :)

ZABS said...

Sya: Setuju sangat. Kekadang tu kita take for granted sesuatu perkara tu dan hasilnya, dapat "very expensive lesson".

BP@JP: Bila lembu dah kurang, kena beli harga mahal, profit margin sikit, silap timbang je rugilah jadinya. Tak gitu...

Yunus: Itu untung atas kertas, bolehlah. Tapi yang penting,kita nak untung dalam akaun bank. Biar pun 5% setahun...tapi nampak untungnya, macam simpan dalam tabung haji.
Niaga aiskrim pun saya ragu2 juga, lorinya banyak berehat je kat bawah pokok tu... Mula2 untunglah tapi takut bila dah takda pelabur baru nanti... camno?

MA said...

I told my boys - sapa malas belajar Mama akan beli lembu and kambing 2-3 ekor, suruh jaga and tak payah pergi sekolah.


Nampak gayanya tak boleh untung jugak eh?

zino said...

belajar dari pengalaman..ilmu yg sangat berguna tu..

ZABS said...

MA: Saya jaga kerbau masa kecil dulu. Setiap tahun duit jual kerbau buat beli buku untuk persekolahan. Belajar rajin2 sebab tak mahu jadi penjaga kerbau sampai tua...hehehe.

Zino: Betul tu. Pengajaranyang diperolehi juga susah untuk dilupakan....

Azlan Zed said...

moral : jual saje lembu itu... (cakap ala2 zizan bolos) hehe... :)

p/s: nak venture out ke..? ;)

pB said...

nak berniaga ni kena ada azam dan keberanian...

Kerp (Ph.D) said...

saya pernah try investment lembu ni pak zab, tapi atas kawan dan dijamin oleh kawan ni lepas 6 bulan dapat pulangan 3 kali ganda. lepas 3 bulan dia bagi bagi balik modal saya. katanya investment ni satu penipuan, tapi sebab dia jamin, terpaksa la bayar saya balik.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

Uncle Zabs,

Perniagaan apa-apa pun kalau tak kena gaya akan rugi. Agak hairan kenapa tiada agensi kerajaan yang membantu dlm memulakan perniagaan lembu nie. Seperti bantuan kewangan dan kepakaran serta teknologi.

Agak menyedihkan lembu yang dibela tidak mencapai tahap berat yang menguntungkan. Sepatutnya berat minimum setiap tahun dan pembesarannya harus dipantau agar mengikut jadual. Kesihatan lembu juga penting bagi menjamin berat yang ideal serta mengelak daripada jangkitan penyakit.

Selain itu saya rasa penternakan lembu perlu dilakukan secara intergrasi. Penternak bukan sahaja perlu menghasilkan daging tetapi juga susu, baja, kulit, produk2 berkaitan tenusu dan memperkenalkan tanaman sampingan. Tidak lupa juga penghasilan baka-baka yang lebih baik. Bukan beli dari orang.

Ini hanya pandangan cetek saya, saya sendiri pun tak bela lembu lagi. Bagi saya penternak, peladang dan nelayan melakukan kerja yang mulia. Mereka memastikan kita cukup makan walaupun mereka sendiri kadangkala tak cukup pakai.

Mereka perlu diberikan ganjaran setimpal serta bantuan kepakaran teknologi bagi memastikan daya saing mereka dengan negara pengimport lain. Bukan bermakna kita akan menjadi negara pengeksport pertanian tetapi cukup bagi memenuhi keperluan domestik. Penternak, peladang dan nelayan memainkan peranan penting bagi mengurangkan bergantungnya sumber makanan dari negara luar bagi mengelakkan kesulitan di masa depan.

Salam,
PAKLAN
http://jalakmas.blogspot.com/

Lee said...

Hi Zabs, x'cuse my 1950's Bahasa, ha ha, don't tell me you want to start a ranch, be a cowboy? Ha ha....maybe call it 'OK Corral? South Fork or High Chaparral'? Ha ha.

I once long time ago tried to milk a cow, she didn't like the way I tarek her whatyoucallit, satu kali dia tendang and lompat, like in a rodeo...that Indian guy sure had a time chasing after her, ha ha.

Hey, noticed your umur 56. I'm opposite that nombor, da la kena sing the song, 'Twilight time', ha ha.
Zabs, yo keep well and hope you had a fabulous Raya, best regards, Lee.

Eddie Putera said...

Kena belajar ilmu lembu...baru boleh jual lembu...ambir ikhtibar semua ...

13may said...

Oooo...camtu rupanya...

Kak Teh said...

Memang ramai yang berniaga bela lembu dan kambing sekarang ni. Kak kak teh sendiri pun gitu juga - tapi betul ya - kena tahu selok beloknya.

Pak Zawi said...

Zabs,
Dia boleh dapat lebih sikit kalau dia simpan lembu untuk disembelih masa Idul Adha dimana harga korban boleh buat sehingga RM350 satu bahagian. Jumlah akan diperolehi adalah RM2450.

ZABS said...

Alan: Kecik2 dulu dah jaga kerbau cukuplah..

pB: Kawan tu ada bela lembu dua tiga ekor sebab nak membantu kawan2 sekampong yang susah. Dia beli lembu dari mereka, bila mereka perlu wang untuk persekolahan anak2. Lama2 jadi banyak dan dia mula nak kurangkan sebab takda orang nak jaga dah. Dia ada bisnes lain.

Kerp: Takda perniagaan yang boleh beri pulangan macam tu, selain skim cepat kaya....

ZABS said...

Fadzlan: Setuju dengan anda. tetapi kawan ni ada lembu seaba nak bantu kawan je. Dia ada bisnes lain.
Saya rasa bantuan, seperti kewangan dan kepakaran serta teknologi tu ada, cuma mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Kalau task silap saya bekas Ketua Polis Negara (selepas Rahim Noor) sekarang ada ladang lembu yang besar.
Atau mungkin orang yang ada kabel besar je yang boleh dapat bantuan. ....hehehe.

ZABS said...

U.Lee: Well, it is not one of my expertise to be involved in agro base activities.
It is just a story related to me by a friend. He too does not seem to have any knowledge of this kind of business as well.

ZABS said...

Adie: Belajar jangan tak belajar. Tapi biarlah buat kerja yang kita minat. Sampai tua pun akan terus dilakukan. Tak gitu...

May: Ya gitu. Anda fikirlah sendiri.

Kak Teh: Pengetahuan dan pengalaman itulah yang memisahkan orang yang berjaya dan yang gagal.

Zawi: Tidak sampai ke situ pulak yang difikirkannya. Nak cepat selesai masalah dan nampak untung tanpa lebih, tanpa membuat kajian.

Helena said...

mmm i learnt something new today ;D

satu soalan.... macamana nak gemukkan lembu2 kita ni yer?

ZABS said...

Halena: Maaf tak dapat nak jawab. Bukan ahlinya. Mungkin Tan Sri Norian Mai boleh bagi jawapan agaknya. Hahaah...

mohdtuah said...

Jangan jadi lembu dahhhhh..

mohdtuah said...

Makan cukup...tido cukup....hujan panas tak kena....nyamuk tk hisap darah....mandi selalu...boleh gemoklah dia.