Tuesday, September 09, 2008

UPSR 2008 Bermula

Hari ini, 09.09.08, hari pertama peperiksaaan UPSR untuk tahun ini. Ia akan berlangsung selama tiga hari sehingga 11.9.08. Pija, anak bongsu saya mengambil peperiksaan ini.

Seperti biasa isteri mengambil cuti selama tiga hari untuk meraikan anak yang akan mengambil peperiksaan. Kami menghantar anak ke sekolah bersama hari ini, dan menunggu bersama sehingga murid tahun 6 tersebut memasuki Dewan Peperiksaan.

Sebahagian murid-murid tahun 6 yang akan "berjuang" di Dewan Peperiksaan dari 9hb hingga 11hb ini. Juga kelihatan sebahagian ibu/bapa yang hadir.

Sebahagian dari ibu/bapa dan murid2 tahun 6 lagi.

Taklimat terakhir dan Puan Guru Besar.

Murid tekun mendengar arahan terakhir dari guru penyelia. Selepas doa dibacakan oleh Ustazahnya, murid-murid beratur untuk masuk ke Dewan Peperiksaan.

Usaha telah dilakukan, segala persiapan telah dibuat dengan sebaik mungkin, sekarang mereka hanya perlu menjawab soalan dengan bersungguh2 dan seterusnya berserah kepada Allah s.w.t. untuk menentukannya. Semoga anak-anak ini berjaya mengharumkan lagi nama sekolah mereka dan membuatkan ibu/bapa mereka bangga/gembira dengan keputusan yang cemerlang nanti. InsyaAllah.

23 comments:

MA said...

Salam Zabs,

Insya Allah Pija akan berjaya dengan warna terbang (flying colours?!).


Tahun ini saya relax sikit, tahun depan saya akan stress maha agong kerana dua anak saya akan menghadapi dua peperiksaan besar - PMR dan SPM.


Moga anak-anak kita akan buat yang terbaik.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
My niece is sitting for the UPSR today. When I called to wish her good luck and asked on her preparation yesterday, she said she was 99 per cent-ready.
Tomorrow is her birthday. We're celebrating it Saturday instead.
This is the first of many exams ahead of them.
Insya'Allah, they will get through it with flying colours.

NBK466 said...

Rindu pulak pada jaman exam2 nie..hu..hu..hu..

Eddie Putera said...

Pak Zabs..anak bongsu ker cucu ni ? hehehehe..

ZABS said...

Adie: Ada juga kawan tanya begitu. Tapi itulah rezeki namanya. Ada orang kahwin muda sama muda takda anak. Tapi yang veteran pula diberi rezeki. Peneman semasa pencen tu.

Mama Rock said...

selamat berjaya untuk anak zabs... lepas raya turn saya pulak, anak lelaki saya akan mengahadapi pmr.

Sya said...

Semuga Pija berjaya menghadapi the first hurdle of big exams.. anak kedua skrg sedang trial, pucat2 lesi pegi exam

ZABS said...

MA: Terima kasih kerana doakan. Begitu juga untuk Abang dan Kakak nanti. InbsyaAllah.

Faiziah: Semoga your neice akan berjaya dalam UPSRnya. InsyaAlah.

NBK: Kena masuk kelas tambahan lah kalau nak rasa exam semula..hehe..

MR: Kurang meriahlah Raya dia nanti, exam menunggu.. InsyaAllah semoga berjaya.

Sya: Terima kasih. Pucat lesi tu kerana puasa bukan takut exam kan? Semoga anak2 kita berjaya menghadapi exam masing2 dengan cemerlang, InsyaAllah.

Mazza Homemade Cookies said...

salam,

selamat berjaya buat anak pak zabs..dan mendapat kejayaan dengan cemerlang..

anak sulung saya tahun depan UPSR..

ZABS said...

Selamat berpuasa Myfisol. Terima atas doa itu.
Sudah buat keputusan untuk sambung pelajaran di mana ke?

Mazza Homemade Cookies said...

salam sekali lagi pak zabs,

sudah pak zabs, insyaAllah New Zealand pulak kali ni..mungkin selepas anak UPSR tahun depan..

nanti bila masanya sampai saya pasti akan consult pak zabs, since pak zabs dah experience ngan NZ kan..

zino said...

semuga semua anak anak yang mengambil UPSR akan berjaya dengan cemerlang..amin

Elviza said...

Salam Zabs,

I am sure Pija will pass with flying, swimming, soaring colours okay?

Good luck Pija!

Azlan Zed said...

semoga berjaya pija... ingat lagi time upsr, bonda siap hantar ke sekolah... baju baru, kasut baru... psychology do works... :)

ZABS said...

Myfisol: InsyaAllah.Semoga perancangan berjalan lancar.

Zino: InsyaAllah.

Elviza: Thank you. Selamat perpuasa. How is Luqman?

Alan: Satu contoh yang perlu di teladani.

Kerp (Ph.D) said...

pak zab, start hari ni Pija boleh la relax sampai akhir tahun. kira dah boleh start looking forward to raya...hehe..

pB said...

merdeka dah hari nie ...
kat umah tu dua orang ambik UPSR.

Mak Su said...

semoga berjaya buat mereka

ZABS said...

Kerp: Kalau ikutkan begitulah, tapi dia masih mahu ke sekolah. Berjumpa kawan lagi, takut kalau dapat sekolah asrama tahun depan tak jumpa lagi...

pB: Merdeka untuk ibu/bapa jugalah kot? Nanti boleh dapat 10A lah pB..

Mak Su: Terima kasih. Semoga kejatyaan menjadi milik mereka, setelah puas berusaha..

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Anak saya Haizam juga mengambil UPSR tahun ni. Sebaik tiba di rumah hari ini dia menjerit gembira MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Saya yakin dia tidak keseorangan "merayakan kemerdekaan" ini kerana hari ini menandakan berakhirnya penat lelah 6 tahun belajar di sekolah rendah.
Satu perkara yang ganjil dgn Haizam ialah dia cuba mengelakkan dari mendapat 5A kerana dia takut kena masuk SBP. Target dia hanya 4A. Dia sentiasa memikirkan subjek mana dia nak dapatkan B.
Pada peperiksaan percubaan terakhir dia mendapat 5A - satu situasi yang tidak begitu menggembirakan baginya!

en_me said...

semoga berjaya semuanya.. ihiks

ZABS said...

Yunus: Anak sekarang sudah pandai buat keputusan sendiri. Kita hanya beri nasihat dan terangkan buruk baik sesuatu keputuaan itu. Di mana pun dia mahu belajar, jika diberi dorongan secukupnya akan mencapai kejayaan juga, InsyAllah.

En_me: Terima kasih.

zaitgha said...

saya ketinggalan bas on this posting...my 2nd son was sitting for this exam too...my first time tunggu anak ambik exam...is it necessary Pak Zab? my eldest is taking PMR after Raya ...angah dah merdeka mak dia still stress he he....