Wednesday, September 17, 2008

Dugaan Berpuasa

Semalam semasa dalam perjalanan pulang setelah mengambil anak dari sekolah berlaku perbualan berikut:

"Sejuk lah
air-cond ni "(sambil menutup switch air-cond kereta).

"Ayah boleh lah cakap sejuk. Ayah dari opis ada air-cond, dalam kereta pun ada air-cond. Kita kat sekolah tadi kipas pun takda, elektrik takda.

Saya terkedu dan terus menghidupkan semula air-cond kereta dan teringat kepada orang2 lain yang berpuasa dan tidak berada dalam keadaan selesa seperti saya pada masa ini.

Pertamanya kepada sebahagian kaki-tangan dan pekerja "free-lance" syarikat yang sedang menjalankan kerja-kerja pengukuran di perairan Selat Melaka sekarang.

Walaupun pada masa-masa tertentu keadaan laut setenang air di kolam renang.

Tetapi ada ketikanya ia boleh bertukar bergelombang tinggi begini.

Dan apabila ombak bertambah tinggi kerja-kerja tidak dapat dilakukan lagi dan terpaksa balik ke pelabuhan.

Telah lebih dua bulan mereka menjalankan kerja di sana, dan ini bermakna sepanjang lebih dua minggu berpuasa mereka telah dengan tabah mengharungi keadaan yang tidak selesa dilaut itu, berpuasa. Syabas kepada mereka. Jasamu tetap dikenang.

Dan tentunya ramai lagi, pekerja2 yang bekerja di tempat2 lapang, di bawah panahan cahaya matahari yang terik, tetapi terus tabah berpuasa. Mereka2 ini tentunya dapat merasakan betapa sukarnya tidak makan dan minum di siang hari.


(Gambar2 semua hasil googlelan dari internet)

(Gambar ini mungkin diambil bukan pada bulan puasa)

Puasa pula bukan hanya sekadar tidak makan dan minum di siang hari tetapi berbagai lagi dan ini telah banyak diperkata oleh penulis2 blog yang lain. Keimanan yang kuat sahaja yang akan membolehkan kita, dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaAllah.

12 comments:

Yunus Badawi said...

Memang ada harinya kita terasa perit betul untuk menyampaikan ke waktu berbuka. Saya teringat semasa terlibat projek stesen berhampiran Tol Sg Besi pada tahun 2000 yg mana saya terasa nak pengsan kerana berjemur di terik mentari. Mujurlah perkara sebegini tidak selalu saya hadapi.
Tahniah kpd mereka yg terpaksa bekerja di panas mentari setiap hari demi mencari rezeki halal dan terus berpuasa kerana mencari keredhaan Allah.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
When I complained about being in an air-conditioning office feeling as if I was "fish and vegetables in the fridge", the other half asked that I stepped out of the office.
Sometimes, we have it easy, other times it can be difficult.
I consider it occupational hazard.

Unknown said...

Pak Zabs,
Dugaan bulan puasa...
Tapi bila difikirkan balik, mereka inilah yang lebih merasai nikmatnya berbuka :)

ZABS said...

Yunus: Lagi banyak kesusahan dan kesakitan yang dihadapi dan dapat dilalui dengan kesabaran, semoga akan lebih ganjaran diperolehi. InsyaAllah.

Fauziah: Occupational hazard... exactly. We choose what we want to do. Once we have made our choice, we have to do it, the best we can, whether it is in the cold of the "fridge" or in the heat of the desert.

Akmal: Betul sekali jika dilihat dari sudut itu.
Itu jugalah sebabnya, mereka yang tidak merasa keperitan puasa, perlu berbuka dim hotel2 mewah, dengan hidangan yang beranika jenis, untuk cuba merasai "nikmat berbuka" itu. Wallahua'lam.

Sya said...

Sama aje omelan anak Zab ngan anak sya.. di ofis ni pun sama cam office fauziah.. kalau amik wudhu mengigil terketar2 even nak tekan kod masuk ke ofis pun susah. So kami bila amik wudhu zohor akan menjaganya hingga asar sbb tak nak kesejukan.

Teringat dulu bapak terpaksa keja sebagai buruh kontrak kerana digantung keja.. bapak masih puasa mcm biasa. Orang skrg yg tak keja kuat pun tak puasa.. pd sapa yg bekerja di tengah panas dan masih berpuasa... semuga pahala puasa mereka berkali ganda

Kerp (Ph.D) said...

kita selalu rasa extra sejuk time puasa. mungkin sebab perut yang kosong. tapi sama lah sentiment saya dengan yang lain, sian pulak tengok mereka yang terpaksa membanting tulang di tgh panas, ank2 lagi di bulan ramadan. saya lebih bersyukur sebab buat keje tak payah melangkah keluar rumah walau setapak pon.

zino said...

masa zino jaga construction dulu ramai yg zino tengok tak berpuasa.. selambe je dia org makan.. alasan dia panas la itu la ini la..

sekarang ni seronokl tengok si hazwan berpuasa.. dua hari ni langsung tak bersahur (tak ada selera) tapi dia masih tetap berpuasa..

Azlan Zed said...

kids say the darnedest things... :)

ZABS said...

Sya: Bila air-cond secara central begitulah jadinya. Bila sejuk, terlalu sejuk. Jika rosak semua kepanasan pulak.
Bapa saya dulu pun setelah bersara dari tentera, bekerja kampong juga termasuk bersawah dan menoreh. Takda cuti pun semasa puasa.

Kerp: Ada orang menghadapi dugaan yang lebih dari yang lain dan begitulah sebaliknya. Apa pun kita perlu bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita.

Zino: Alhamdulillah. Jika telah ditunjuk contoh yang baik, anak2 akan menurut dengan senangnya.

Alan: Anda sepatutnya lebih tahu.

Neeza Shahril said...

lagi sedih bila kenangkan ada orang yang berpuasa tapi tak tahu bila nak berbuka... sebab makanan dan minuman takde.. kita ni kira banyak syukur patutnya kan.. tapi still lagi kadang2 tu.. boleh cakap.. ala.. takde menda nak makan?? padahal lauk dah 2 3 jenis tu..

ZABS said...

Neeza: Begitulah manusia apabila sudah ada kemampuan. Ambil mudah semua perkara. Bila sudah diambil rezeki yang mereka ada baru nak tersedar, tentu pada masa tu sudah terlambat...

faisol said...

semoga kita dapat menjalani puasa lebih baik lagi...

selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...

sebagai tambahan, saya membuat tulisan untuk menjawab mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah, terutama di luar Ramadhan...

tulisan saya tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"

silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/