Wednesday, September 03, 2008

Berbuka Di mana?

Ini adalah contoh salah satu iklan yang akan dapat kita lihat di sepanjang bulan Ramadhan ini, terutama di kebanyakan bandar-bandar besar (dan kecil).

Yang menarik pada iklan ini ialah harga untuk minggu kedua dan ketiga berbeza dengan harga untuk minggu pertama dan keempat. Mungkin mereka telah membuat kajiselidik dan mendapati pada minggu-minggu tersebut permintaan adalah tinggi, dan harga yang lebih tidak akan menjadi perkiraan.

Pada harga yang ditawarkan itu, makanan yang akan disajikan tentulah begitu menyelerakan dan berbagai jenis. Tetapi tentunya saya akan berfikir banyak kali untuk membawa ahli keluarga terdekat saya yang kini berjumlah 10 (+ 1 bayi) untuk berbuka puasa di situ.

Jumlah yang perlu disediakan ialah (990 + 99 + 49.50 = RM 1,138.50). Boleh buat kenduri makan-makan jemput saudara mara satu kampong tu.

Juga jika anda pergi ke laman web ini, anda akan dapati dengan RM50, mereka boleh memberi makan satu keluarga seramai 5 orang selama dua minggu. Cuba bayangkan berapa ramai yang dapat disediakan makanan dengan wang sejumlah itu.

Tetapibukan pula bermakna saya akan menderma sebanyak itu untuk tujuan tersebut, tetapi banyak lagi kegunaan wang sebanyak itu. Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa setabil ini, tentunya kita perlu lebih berhemah berbelanja, walaupun bonus akan dibayar pada Sep dan Dis ini.

Saya sebenarnya tidak boleh berharap untuk mendapat bonus, kerana pesara seperti saya tidak layak. Mungkin kalau ada pun, bayaran sagu hati RM200?? seperti yang akan diberi kepada para nelayan itu agaknya. Hahaha.... Boleh juga beli kain pelikat dan sedikit kueh raya. Alhamdulliah lah kalau ada, tetapi kalau tidak, tak apalah, bukan rezekilah...

13 comments:

zaitgha said...

Pak Zab,

wow...that much to breaking fast? and how much can a person eat...

Selamat Berpuasa Pak

Kerp (Ph.D) said...

pak zab,

berbuka sambil mengoyakkan poket bukan amalan kita. bersederhana adalah lebih mulia. tapi saya rasa atas dasar jemputan contohnya, takpelah sekali sekala...lagipon sape yang menjemput dialah yang membayar...hehe...

so far saya ada jugak terima jemputan dari badan2 amal tapi buat masa ni lebih seronok buka dgn keluarga...masih awal pon lagi.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
For the past two days, I have been breaking fast at the As Syakirin mosque at KLCC.
Alhamdulillah, it has been a humbling experience.

muteaudio said...

Pak Zab,
Dua tahun sudah hanya beberapa hotel yg charge RM100++, kali ini mungkin majoriti pulak kot.
Saya baru saja balik drpd Pulau Nias,Indonesia. Kek yg berharga 10,000 Rupiah (tak sampai RM4) dah cukup besar bagi mereka.

Sya said...

Makan hapa sampai beratus tu.. ???gulp..

anggerik merah said...

pak zab,

mahal untuk berbuka puasa di hotel....lagipun banyak mana boleh makan..

Betul kata Pak zab tu, dalam keadaan ekonomi sekarang, lebih baik kita kurangkan belanja. Kita tak tahu apa yang mendatang. Bagi yang berkerja swasta macam saya ni mesti fikirkan saving untuk future retirement.

Selamat berbuka puasa dan menjalani ibadat

ZABS said...

Zai: Percayalah. Orang nak mampu ke sana takboleh makan banyak pun. Sebab kolestrol tinggi, darah tinggi, kencing manis dan gout.

Kerp: Setuju 100%. Rezeki jangan ditolak. Lagi pun jemputan wajib diterima.
Berbuka dengan keluarga, merapat silaturrahim. Alhamdulillah.

Fauziah: Itu yang sepatutnya kita perlu alami. Merasakan apa yang kebanyakan saudara2 se Islam kita rasai. Besederhana perlu menjadi amalan kita.

Muteaudio: Bertuah anda berpeluang menyaksikan perkara2 yang dapat memberi iktibar kepada hidup kita. Dengan pengalamna itu, anda tentunya tidak akan tergamak melakukan pembaziran makanan di bulan yang mulia ini dan di masa2 akan datang.

Sya. TK kerana sudi singgah. Makan yang boleh tambah kolestrol, maniskan dan naikkan tekanan darah juga untuk servis gout yang ada...

ZABS said...

Salam AM,
Tahun ini kami takda cadangan untuk berbuka diluar.
Tinggal bertiga je sekarang. Beli dua tiga ketul kuih dah cukup. Isteri pula rajin nak masak dua tiga hari ini. Ala kadar je.

FADZLAN RIZAN JOHANI said...

Salam Pak Zabs,

Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Kami memohon ampun maaf atas sebarang dosa atau kesilapan. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua.

PAKLAN+FAMILY
http://jalakmas.blogspot.com/

zino said...

sejak beberapa tahun kebelakangan ni zino tak terima lagi jemputan berbuka di luar..

lebih suka berbuka di rumah saja..

ZABS said...

Fadzlan: Kami juga begitu. Semoga anda dan keluargaapat beribadah dengan penuh ketakwaan serta diberkati, InsyaAllah.

Zino: Saya pun lebih selesa berbuka di rumah. Selepas solat maghrib boleh berjemaah di surau berhampiran, dan tidak perlu habiskan masa berbual2 sambil makan2, walaupun sudah kenyang.

Mak Su said...

uuuu mak aaiiii, bukak posa kena 99.00? nampaknyer kena ler saya makan sampai santak ke waktu sahur, mahal tu.....

ZABS said...

Mak Su: Bawak mangkuk tingkat sekali. Boleh tapau untuk buka esok sekali. Hahahaa...