Sunday, August 31, 2008

Tiga Dalam Satu

Majlis Bacaan Yasiin dan Solat Hajat

Majlis ini telah diadakan di sekolah Pija pada hari khamis (28.08.08), malam Jumaat lalu. Ini adalah bersempena dengan peperiksaan UPSR yang akan diadakan tidak lama lagi bagi murid2 tahun enam. Ia merupakan peperiksaan besar pertama yang akan diduduki oleh Pija.

Ramai ibu bapa yang meluangkan masa menghadri majlis ini. Tetapi seperti biasa, kaum ibulah yang lebih ramai. Mungkin kerana sekolah ini adalah sekolah perempuan keseluruhannya.

Majlis telah berjalan dengan lancar. Ia juga ditambah nilai dengan satu tazkirah motivasi untuk murid2. Semoga Allah merestui permohonan ikhlas dari murid2 dan ibu bapa dan kaum keluarga. Semoga sekolah ini akan terus cemerlang seperti ditahun2 sebelumnya. InsyaAllah.

Pasar Tani

Jika ada masa pada hari Sabtu, kami akan ke Pasar Tani untuk membeli sedikit barangan basah untuk di masak jika (isteri) berkesempatan. Pada Sabtu (30.08.08) lalu, kerana bulan puasa pun sudah hampir, kami pergi ke Pasar Tani lagi.

Oleh kerana lewat sedikit ke sana, kebanyakan gerai sudah mula dikemaskan, dan gerai ini, telah memulakan majlis karaoke pula. Terdapat sedikit barangan yang tidak dapat dibeli. Kami bercadang pergi ke Pasar Keramat untuk membelinya nanti.

Pasar Keramat

Ahad (Hari Kemerdekaan) kami ke sana. Entah berapa tahun agaknya saya telah tidak ke pasar ini. Kelihatannya masih seperti dahulu, cuma harganyalah mungkin telah naik mengikut inflasi semasa (tetapi yang pasti bukan seperti angka inflasi yang Pak Lah katakan).

Oleh kerana masih awal, dan mungkin orang lain sedang menonton perarakan Merdeka, pasar ini masih tidak ramai orang. Mudah dan cepat dapat selesaikan urusan.

Untuk dibuat rendang agaknya.

Kari ayam pun enak juga untuk bersahor atau berbuka nanti.

Kepada semua pengunjung yang beragama islam-
"SELAMAT BERPUASA DENGAN PENUH KETAKWAAN,
MAAF JIKA ADA TULISAN ATAU KOMEN-KOMEN
YANG LALU YANG MUNGKIN TELAH
MENYINGUNG PERASAAN. SALAM".

6 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
It is heartening to note the yasin and solat hajat for UPSR. More and more schools are doing it. Back when I was in school, we never had this. Even our cikgu agama didn't initiate anything like this.
Selamat menjalani Rukun Islam yang ketiga. Semoga amalan dan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan bulan2 yang lain di terima dan di berkati. Amin.

Sastri said...

salam uncle...

semalam saya ke Carrefour untuk membeli barang basah... malangnya,hari ni baru perasan, lupa beli buah kurma... huhuhu...

ZABS said...

W'salam Fauziah. Alhamdulillah nampaknya kebanyakan sekolah telah mengadakan majlis ini. Malahan di surau2 di taman2 perumahan pun diadakan majlis serupa. Satu kesedaran yang dialu2kan.
Amiin untuk doa anda itu. Jazakallah khair.

Sas: Takpa, nanti bila ke pasar Ramadhan boleh beli. Banyak jenis akan dijual nanti. InsyaAllah.

Unknown said...

Salam Ramadhan to Zabs & Family

Kerp (Ph.D) said...

aiseh pak zab, kita contrast sikit lah. hari sabtu waktu pak zab ke pasar tani, saya pula ke Giant...hehehe...tapi bukan utk stock bulan puasa, saje beli barang untuk bbq mlm merdeka semalam..buat kecil-kecilan je dgn sahabat2 kerusi roda yang lain.

kesempatan ini juga saya mengucapkan pak zab sekeluarga selamat menyambut bulan ramadan. semoga puasa kita diberkati Allah. amin.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Er...terkeliur sedikit membaca pasal kari ayam tu, dah lama tak pekena :)

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mohon maaf di atas kesilapan yang pasti ada.