Wednesday, July 16, 2008

Kerana Terpaksa

Keadaan ekonomi agaknya semakin meruncing sekarang. Cuba bayangkan, oleh kerana sukarnya mendapatkan projek (bagi yang bukan kroni), syarikat-syarikat kecil terpaksa menurunkan harga serendah mungkin untuk mengatasi pesaing2nya.

Baru2 ini saya telah bertemu seorang kawan yang baru sahaja mendapat kontrak tiga tahun bagi menyediakan satu perkhidmatan khusus kepada sebuah syarikat multi nasional. Beliau sepatutnya bergembira kerana mendapat kontrak selama tiga tahun itu dengan pilihan untuk ditambah dua tahun lagi. Tetapi beliau tidak begitu gembira nampaknya.

Menurut beliau, semasa menghantar bidaan untuk tender tersebut, beliau telah meletakkan harga $4 juta setahun untuk perkhidmatan tersebut. Setelah tender ditutup dan dipanggil untuk membuat bidaan di talian secara langsung, harga permulaan bidaan telah menjadi $2.5 juta.

Dalam masa satu jam yang diberi untuk membuat bidaan terus tersebut, harga telah menjunam turun sehingga menjadi RM1.1 juta, dan beliau yang memenanginya (dengan terpaksa rela).

Kini kawan tersebut sedang memeningkan kepala untuk membuat penggiraan semula, bagi menyesuaikan perkhidmatan yang hendak diberi dengan harga yang telah dipersetujui. Tempat penyedian perkhidmatan pula ialah di Sarawak.

Dari RM4 juta menjadi RM1.1 juta adalah satu penurunan yang sungguh banyak. Tetapi jika telah memberikan komitmen untuk melakukannya, maka ia perlu dilakukan. Saya hanya mampu memberikan kata semangat dan ucapan selamat berkhidmat kepadanya, saya tidak berkeupayaan untuk membantu.

13 comments:

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Tertanya juga di hati: adakah unsur korupsi di pihak syarikat multi nasional itu? Jika ada, ianya tidak memeranjatkan kerana perkara korupsi ini tidak terhad kepada pihak pemerintah sahaja. Tapi, untuk menurunkan harga tender begitu mendadak, saya rasa ini bukan kes korupsi wang tapi kes penganiayaan atau politik dalaman.

Liciknya kekadang permainan mereka hingga membenarkan pihak tidak innocent menjadi mangsa. Kontrek diberi dengan harga tidak berpatutan. Apabila kontrektor terpaksa menarik diri, maka kontrek diberikan pula kepada syarikat kroni mereka dengan harga lebih tinggi. Alasan diberi: terbukti harga sebelum itu tidak dapat menampung kerja, maka tidak perlu lagi dipanggil tender. Semuanya, 'on the surface', kata mereka.

Jijik, dan menjijikkan.

ZABS said...

Shah: Saya pun terfikir begitu pada mulanya. Tetapi mengikut kawan saya, bidaan itu dibuat mengikut prosedur yang betul.
Harga permulaan bidaan RM2.5 juta kerana itu harga termurah yang diterima dari kontraktor apabila tender ditutup.
Hendak beritahu disini bahawa syarikat sanggup membuat bidaan serendah mungkin untuk mendapatkan satu2 projek, kerana susahnya keadaan sekarang, untuk mencari makan...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Saya sudah malas, sudah berkecil hati, sudah muak, sudah... macam-macam lagilah, untuk membeli tender lagi.

Nampaknya kena diversify bisnes kalau nak terus hidup.

Neeza Shahril said...

apa nak buat.. dah macam tu sekarang kan.. ramai neeza dengar orang complain pasal tender2 ni.. harga rendah sangat.. susah nak buat duit..

ZABS said...

BP: Keadaan memaksa untuk berbuat demikian. Mungkin akan membuka lebih peluang jika meneroka cabang yang lain pula. InsyaAllah.

Neeza: Kalau tender diberi tidak murah, mencekik, mana boleh dapat untung sampai puluhan billion....

Mak Su said...

wah, teruk tu.

Uncle dijemput ke blog maksu, ceritakosong

KAMATO said...

Prosudur tender dah ada, patut tender ni di buat la secara jujur

ZABS said...

Mak Su: Terima Kasiiih...

Kamato: Prosedur tender pihak swasta mungkin berbeza dengan gomen punya.
Dengan tambahan melakkukan bidaan secara online, selepas tender ditutup, akan memberi kelebihan kepada mereka.
Penender akan menurunkan harga menjadi serendah mungkin seperti dalam kes ini.
Jika mengikut tender kerajaan, Syarikat yang membida dengan harga terendah RM2.5j itu akan mendapatnya.
Tetapi dengan adanya bidaan secara online selepas itu, kawan saya yang asalnya masuk dengan harga RM4j, mendapatkan projek itu kerana berani turun harga sehingga RM1.1j.

zino said...

sekarang memang berlawan nak dapat kontrak.. baru2 ni satu kontrak kecil je tapi yg membida sampai 170 kontraktor..

cuba lah bayangkan..

ZABS said...

Zino: Nak buat penilaian pun dah pening kepala tu. Lainlah kalau dah ada syarikat yang sudah ditentukan akan diberi tender tu.....

13may said...

hmmm....nak tak nak..terpaksa telan walaupun pahit..

salam uncle :)

ZABS said...

Waalaikummussalam May: Yang pahit tu selalunya boleh dibuat ubat. Yang manis2 selalunya bawak penyakit.
Dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang, dari takda projek langsung, baik ambil je projek yang walau pun marginnya kecil, tapi masih dapat bayar gaji pekerja.

Unknown said...

Salam Zabs,

Apa khabar? Lama tak connected. Maaf, saya tak ber-blog agak lama juga.

Bila saya baca entry ini, saya terus terfikir baik kawan Zabs undur dari contract itu. Ini akan mengancam stability financial standing company bagi jangka masa panjang. Mula2, 1.1 m agak rendah berbanding 4.4m, so agak tight margin ni. Tak nampak lah mana profit nya dah. Yang menakutkan sekali, sekira nya late payment, atau tak di bayar....aduhai.