Thursday, June 05, 2008

Travelog Haji......

Semasa di dalam perjalanan dengan bas ke Selatan Tanah Air tempuh hari, saya telah berkesempatan membaca buku di bawah. Buku ini saya beli dua bulan yang lalu, tetapi belum berkesempatan membacanya, kerana ada beberapa buku lain yang telah saya beli selepas itu, yang memerlukan perhatian dari saya juga.

Saya telah mengenali penulis buku ini lebih sepuluh tahun lalu, ketika sama-sama bermastautin di Wales, kerana belajar di U yang sama. Beliau membuat PhD nya pada masa itu.

Satelah membaca buku ini, saya amat tersentuh dengan kejujuran beliau meceritakan segala pengalaman beliau semasa mengerjakan haji itu. Segala perkara yang mungkin pada kita (saya) tidak begitu diambil berat, tetapi tidak bagi beliau.

Anda perlu membaca buku ini untuk memahami apa yang saya maksudkan (saya kurang pandai membuat ulasan). Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh bakal jemaah haji yang ingin menunaikan Rukun Islam yang kelima itu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, anda boleh membaca komen-komen dari pembaca yang telah membaca buku itu, di sini.

Bagi mereka-mereka yang telah pun menunaikan fardhu haji, boleh juga mendapat manfaat dari pembacaan buku ini. Seperti yang dituliskan oleh Professor Kamil, setelah menunaikan fardhu haji, bukan bermakna berakhir pengabdian kita kepada Allah S.W.T, tetapi bermulanya, satu era baru yang lebih mencabar, untuk mengekalkan tahap amal ibadah yang telah kita lakukan semasa di Mekah itu, sehinggalah kita di jemput untuk selamanya oleh Yang Maha Esa nanti. Wallahua'lam.

11 comments:

pB said...

alhamdulillah ....


moga semua pembaca mendapat faedah dari buku Prof Kamil ini ...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Insya-ALLAH saya akan cuba memiliki dan membaca juga buku itu nanti.

Neeza Shahril said...

thanks pak zabs.. menarik bunyinya walaupun neeza belum miliki buku tu lagi..
Insyaallah beli nanti...

ZABS said...

pb: InsyaAllah. Baca jangan tak baca.

BP: Tambahan kepada puluhan/ratusan buku yang telah anda miliki...

Neeza: Bagi saya yang cetek ilmu ini, semua buku menarik minat saya. Beli jangan tak beli...

13may said...

Salam uncle,
Apa kabar???

Lama tak jenguk sini...
harap uncle sihat dan sabar byk2...

sebab sekrg ni masih lagi demam naik minyak :D

zino said...

nak kena cari ni..

ZABS said...

May: Semua yang naik akan turun, itu hukum alam. Jadi kita tunggulah bila akan turunnya.
Nak naik minyak pun tak guna. Kurangkan bawa kereta ke tempat kerja, naik bas ke LRT ke, kalau tak, kayuh basikal.

ZABS said...

Zino: Mungkin ada banyak di kedai buku2 agama. Dengarnya dah masuk kali ketujuh di cetak. Persiapan sudah beres ke?

mki said...

Tuan Komander,

TQ atas promo buku THMSI. Kalau melalui Segamat, singgahlah ke rumah. Dalam kampus.

Salam sejahtera.

KAMATO said...

Salam Pak Zabs, insyaallah saya cuba dapatkan buku itu

Unknown said...

Salam Zabs,

Oh terima kasih atas usaha berkongsi pengetahuan kali ini re buku Haji. Mengerjakan Haji is something insy I hope to do insy sekira nya di izin Allah.

Terima kasih sudi jenguk blog saya dan memberi pandangan yang bernas.