Wednesday, June 25, 2008

Otak Kartun

Semalam mendengar berita tentang kartun Kampong Boy yang dilukis oleh Lat (Dato’ Mohammad Nor Khalid) akan diterjemah dan diedarkan di Jerman pula, selepas diterjemah ke bahasa Inggeris, Jepun, Portuguese dan French sebelum ini. Siapa sangka, kartun Malaysia kini akan dapat dibaca oleh orang Jerman pula. Kamato mungkin boleh beri feed back nanti.











Sejak di sekolah rendah lagi, saya sememangnya minat membaca komik2 seperti "Beano" dan "Dandy" serta "Mad". Pada masa itu terpaksalah berjimat menyimpan sedikit dari wang belanja sekolah untuk membeli komik2 tersebut. Dan ada kalanya bertukar suka sama suka dengan kawan2 lain yang juga berminat membaca komik tersebut.

Apabila sudah bekerja saya membaca pula komik "Gila-Gila", "Geli Hati" dan yang seangkatan dengannya. Termasuklah kartun yang dihasilkan oleh Lat, melalui koleksi2nya atau di akhbar2 harian.

Didalam banyak komik ini saya lebih meminati Gila-Gila kerana saya suka gaya lukisan dan lawak yang disampaikan oleh salah seorang kartunisnya, Ujang. Usop Santorian adalah salah satu karektor kartun lukisan Ujang.

Bagaimana pun Ujang meninggalkan Gila-Gila pada 1993 untuk berkongsi menerbitkan komik "Ujang". Tetapi pada 2006 Ujang menyertai semula Gila-Gila. Komik Ujang pula masih diterbitkan tetapi Ujang tidak ada kaitan dengan komik itu lagi (agaknya lah).


Kerana minat kepada komik2 ini, semasa muda2 dulu, walaupun berada di luar negara saya masih membaca komik2 ini. Hinggakan pada satu ketika, setiap bulan isteri akan mengirimkan komik2 terbaru keluaran Gila-Gila dan Geli Hati kepada saya di Jepun. Walaupun harga posnya berkali ganda mahal dari harga komik tu sendiri. Isteri tidak komplen. Orang lain menerima kiriman makanan atau seumpamanya (saya terima juga), tetapi saya ada kiriman lain lagi yang selalu dinantikan setiap bulan.

Minat membaca komik kartun itu kini telah lama saya tinggalkan, namun saya masih berminat dengan kartun2 yang disiarkan oleh akhbar2. Selain ruangan sukan, siri kartun yang di bawa akhbar itu menjadi pilihan pertama apabila membacanya.

11 comments:

NBK466 said...

Ha'ah..Ujang dah tinggalkan majalah yg gunakan namanya & terbitkan majalah LANUN lak (cam ada maksud tersirat lak nama majalah baru e2) Tapi majalah Ujang tanpa UJANG dah tak besh. Masa awal2 kemunculannya macam nak SAKAI gelak membaca...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Saya dibesarkan dengan kartun-kartun Lat, Rejabhad, Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib dll. Kemudian Ujang, Cabai, sobat saya Gayour, dll. Selain dari muzik dan filem, kartun adalah hiburan bagi saya. Hehehe.

Tahniah buat Lat. Siri Budak Kampung itu memang dekat di hati saya, maklumlah sama-sama budak kampung, walaupun di zaman yang agak berbeza.

Sekarang masih minat lagi kartun. Calvin dan Hobbes itu misalnya. :D

Neeza Shahril said...

eh! samalah kita Pak Zabs.. neeza pun minat baca cartoon.. dan otak neeza pun ada cartoon sikit hehee.. sense of humor neeza tinggi sikit sebab tu kot.. dulu memang tak pernah miss beli.. sekarang ni, tak beli dah.. cuma baca orang punya, mana sempat.. hehee..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Alhamdulillah, semoga berkembang lagi cerita Lat, the Kampung Boy dan siri seterusnya.

Membaca komik memang kegemaran ramai kanak-kanak. Selain Beano, Dandy dan beberapa lagi (komik Melayu wujud hanya selepas umur saya 13), saya turut gemar baca komik perang War Picture Library dan seangkatannya dari UK. Yelah, time tu boleh dikatakan murah. Tapi la ni, kelimbat pun tak nampak, dan koleksi komik saya dijual oleh adik ketika saya tiada di sini. Sedih.

zino said...

sesekali baca katun ni ok jugak.. merelakkan minda.. hehe

ZABS said...

NBK: Dia tinggalkan UJANG, mungkin kerana tak puas hati dengan haknya. Tu yang timbul LANUN agaknya....

BP: Ya semua tu saya ingat, lebih lagi Rejabhad (Allahyarham), keran banyak lukis kartun tentang tentera.
Lat berada dalam kelasnya yang tersendiri....

Neeza: Sekarang perlu banyak baca untuk rengankan otak kerana dok fikir banyak2 tentang harga barang yg melambung2 ni...hahaha...

Shah CA: Saya minat juga komik perang tu. Dulu ada juga buat koleksi, tapi biasalah, bila dah ditinggalkan di kampong, hilang tanpa berita jawabnya.

Zino: Hari2 pun takpa, tapi yang dalam akhbar je.

KAMATO said...

Pak Zabs, rasanya sama kita...saya sanggup tak bekanja sekolah sebab nak beli gila-gila, kalau jumpa kartun lat bahasa jerman sure saya beli

pB said...

pB suka baca BUJAL

hi hi hi

ZABS said...

Kamato: Sebahagian dari proses pembesaran kita, penyumbang kepada keceriaan hidup..

pB: Bujal....ada juga membacanya apabila belikan untuk anak2 dahulu. Sekarang mereka beli komik ntah apa apa ntah...

Azlan Zed said...

now i know where you get all the sense of humour... ;)

Unknown said...

Saya dapat tahu saudara pun berminat membaca comik war picture library. Comik2 susah di cari dan berapa value kalau di beli di sini