Thursday, June 26, 2008

Mari Kita Ke Sekolah

Semasa saya bersekolah dahulu, tidak pernah pun sekolah kami dikunjungi oleh makhluk2 ini walaupun berada di luar bandar.

Tetapi, walaupun sekolah anak saya terletak di tengah2 bandar, di dalam Kawasan Segi Tiga Emas pula, makhluk ini bebas merayau masuk ke kawasan sekolah, pada bila2 masa.

Menurut anak saya, beruk2 ini selalu juga masuk ke dalam kelas semasa ketiadaan murid.




Pagar di sekeliling sekolah menjadi medan permainan mereka.

Beruk2 ini tidak akan lari bersembunyi walaupun banyak kereta dan manusia berada di persekitaran sekolah itu.

Sekolah tersebut seolah2 telah menjadi sebahagian habitat mereka.

Apa yang dirunsingkan ialah jika sekiranya kumpulan mereka menjadi besar nanti. Kemungkinan mereka menjadi aggresif adalah besar.

Keselamatan kanak2 sekolah ini perlu diutamakan. Justeru itu, pihak sekolah seharusnya mengambil tindakan yang perlu, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku..

12 comments:

Azlan Zed said...

teringat zaman sekolah di terendak dulu... beruk2 berkeliaran di dewan makan... :)

jagoan said...

Zaman sekarang beruk dah pandai pergi sekolah. Pelajar sekolah pulak cabut sekolah masuk utan, Hahaha..

KAMATO said...

sekarang dimana2 taman binatang ni dah masuk, dah takda hutan binatang ni nak lepak

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Kasihan. Hutan hijau tempat kera / monyet dah semakin berkurangan di tengah kota. Terpaksa tinggal di hutan batu. :)

Unknown said...

Salam Pak Zabs,
Kat kampung saya pun takde tu.
Bimbang jugak, beruk punya gigitan tu bahaya. Pernah ada kawan sampai demam panas kena gigit dengan beruk. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Accia said...

salam pak zabs,
a'a pak zabs, masa saya di convent bukit nanas dulu, mereka ni juga masuk ke dalam kelas. nak belajar sama mungkin. heeheehe...

13may said...

rasanya mungkin habitat atau tempat tinggal beruk tu dah dimusnahkan....sebab tu dok melilau sana sini tuh...

ZABS said...

Alan: Mungkin sebab banyak makanan yang pelajar tinggalkan tak habis, sebab lauk tak sedap kot?

Ak Tok: Mereka tukar suka sama sukalah tu.

Kamato: Hutan simpan bukit nenas tu hampir sangat dengan sekolah ini. Jadi mereka pun datang2lah juga melawat sekolah tu.

ZABS said...

BP@JP: Terima kasih. Saya pun tak pasti beruk, kera atau monyet, tapi spesis yang samalah agaknya. Hutan simpan bukit nenas semakin mengecil, jadi kawasan sekolah menjadi taman mainan mereka juga.

Neeza Shahril said...

beruk pergi sekolah sebab dia nak belajar cara-cara tanam pokok.. pokok dah habis ditebang.. takde tempat dia nak cari makan.. hehehh..

ZABS said...

Akmal: Mereka dah berhijrah ke bandar. Tak mahu tinggal di hutan lagi agaknya.

Accia: Mereka dah bertapak lama di sana. Dan dah tak takut kat orang lagi.

May: Hutan simpan bukit nenas tu tempat asal mereka. Hampir sangat dengan sekolah, jadi mereka pun sesekali pi lawat sekolah tu.

Neeza: Mereka nak berkenalan dengan pemusnah tempat tinggal mereka.

zino said...

zino cadangkan ada kan satu kelas khas utk beruk beruk tu hehe.. hutan utk mereka dah di terokai maka datang dia ke sekolah..