Sunday, June 15, 2008

Hospitaliti Kita....

Saya berpeluang lagi ke Penang dengan MAS, pada awal minggu ini, dan seterusnya perjalanan dengan Feri dan kereta ke Sungai Petani dan Kuala Perlis

Pemandangan indah dilangit biru.

Pada anggaran saya kapal terbang itu cuma membawa 40-50 peratus penumpang sahaja. Kekurangan penumpang ini membuat saya berfikir, adakah syarikat ini betul-betul membuat keuntungan. Tambang RM9 yang ditawarkan (jika tempahan dibuat dua bulan sebelum penerbangan), belum dapat menarik ramai penumpang pada masa terdekat ini tentunya. Penumpang masih berminat dengan tawaran dari Air Asia agaknya? Kami terpaksa membayar harga penuh kerana membeli tiket 3 hari sebelum penerbangan.

Sebenarnya walaupun dapat membuat tempahan pada tambang RM9, pada keseluruhannya anda perlu membayar RM188 untuk tambang pergi balik, kerana anda di "sur-charge" RM170 untuk minyak.

Ini adalah "win-win situation" bagi MAS, kerana dengan menawarkan anda tempat di dalam penerbangannya yang separuh penuh, pada harga RM9, anda akan membantu mereka membayar duit minyak yang diguna untuk penerbangan tersebut.

Ia satu strategi yang baik kerana dari membiarkan tempat duduk kosong sahaja, lebih baik dibawa penumpang secara percuma atau pada bayaran minima, tetapi boleh menyumbang untuk minyak yang digunakan. Air Asia, anda tidak perlu merungut, "two can also play the same game".

5 comments:

Neeza Shahril said...

ruginya kapal terbang yang besar dan mewah cam tu kosong saja.. berbaloi ke? cover ke duit minyak? macam tak aje... tapi, memang kapal tebang MAS mewah.. kalau dibandingkan dengan kapal terbang lain...

miss cloudy said...

salam perkenalan...
interesting blog...
cantik nyer awan tuuu..

ZABS said...

Neeza,
Mungkin waktu penerbangan yang saya naik (10.35 pagi), bukan waktu yang orang suka. Penerbangan awalnya, mungkin lebi ramai penumpang.

Miss Claudy,
Salam kenal juga.
Sudah nama pun berawan, tenu minat tengok awan kan? Kerja di awan biru ke?

Eddie Putera said...

MAS ada jual maggie 5 hinggat kat atas udara tak tak pak Zabs ? Sebab tu kot MAS tak berapa laku. Tak der maggie..hehe..

ZABS said...

Adie,
Mungkin sebab diorang offer "peanuts" tu yang ramai yang nak tu. Bukan makanan tradisi kita.
Kalau ada maggie yang lebih mahal dijual mungkin boleh lawan AA kot?