Thursday, June 12, 2008

Halangan II

Saya telah menulis tentang perkara ini di sini. Ini adalah kesinambungan apa yang telah berlaku seterusnya, kemusnahan halangan itu, yang dilakukan oleh mereka yang mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan bahaya yang mereka akan hadapi.

Gambar ini diambil pada Disember 2007. Halangan dari konkrit itu (2 atau 3 saja), baru diletakkan untuk menggantikan halangan dari "fibre" yang mudah dipatah oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab, untuk membuat laluan pintas.

Kini, satelah 6 bulan berlalu, halangan konkrit itu telah menggantikan hampir 1/3 (70m), halangan "fibre" yang telah dipatahkan.

Halangan dari "fibre" itu kelihatannya akan pupus dari kawasan ini, jika dilihat dari tindakan aggresif penunggang2 sekarang yang sentiasa mahu cepat dan pantas, dan tidak akan jemu untuk melakukan kerosakan pada halangan2 yang di bina untuk keselamatan mereka itu.

Ada baiknya jika di masa akan datang, kontraktor diarah unuk terus sahaja membina halangan dari konkrit itu untuk menjimatkan kos dan tentunya untuk menjamin keselamatan semua penguna jalan raya.

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Mentaliti pengguna jalan raya kita [walaupun bukan semua] begitulah. Semua nak mudah dan 'ambil jalan singkat'. Bila dah berlaku kemalangan, tahu pulak menuding jari salah orang. Hmmmm... Memang lebih elok kalau dibubuh penghalang konkrit terus. Lebih selamat.

NBK466 said...

Itu pun kalau masih 'ada nyawa' nak tuding2 jari kat org BP...

Neeza Shahril said...

short cut sebab nak jimat minyak tu hehehe...
tapi kan, kadang2, orang tak kisah keselamatan sebabnak cepat..