Wednesday, June 18, 2008

Perbelanjaan Tambahan

Setelah sekian lama meletak kereta di hadapan bangunan pejabat tanpa perlu membayar apa-apa, saya tidak menyangka masanya sudah tiba untuk berakhirnya "servis percuma" itu.

Sehinggalah beberapa hari lalu saya terlihat kelibat benda berwarna biru itu semasa meletak kereta (bukan jejaka berbaju biru itu).

Benda biru ini yang saya maksudkan. Apabila saya bertanya kepada salah seorang anak buah dipejabat, barulah saya tahu, bahawa benda itu telah diletakkan di sana sejak 2 minggu lalu (tanpa saya sedari). Saya ada terbaca di blog Zino tentang perkara ini, tetapi tidak menyangka ia akan sampai secepat itu ke kawasan saya (sehingga kini masih belum ada pengumuman untuk kegunaannya).

Walau apa pun, akan bertambahlah lagi perbelanjaan untuk menggunakan kereta ke tempat kerja sekarang, selain harga minyak yang telah melambung itu.

Diharapkan dengan adanya "pay and display" ini (dengan penguatkuasaan yang cekap dan konsisten), tidak akan ada lagi "double parking" yang selalunya membuat saya bengkeerk di kawasan in. InsyaAllah.

8 comments:

Azlan Zed said...

hehe. jgn bengkek2, bengkak nanti... :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.
Sebenarnya sekitar 2004 ofis saya juga di blok yang sama dengan ofis tuan sebelum kami berpindah ke Tmn Melawati.

Di Melawati ini juga ada mesin serupa itu, di bwh MPAJ. Saya selalu juga mengelat membayar, setakat ini masih 'selamat' dari 'surat cinta'. :D

ZABS said...

Alan: Sesekali kena lepas tension, kalau tak meletup sendiri nanti...

BP: Oh gitu. Lain kali kalau datang makan di Res. Kereta, beritahu boleh makan bersama.

sheemi said...

salam and good morning..

wow ayah.. "bengkeerk"?
i'm impressed... cool vocab! hehehe..

ZABS said...

Sheemi,
Pengunaan perkataan yang tepat raanya utuk menggambarkan perasaan pada masa-masa tertentu. Hehehe...

Accia said...

salam pak zabs,
hish! ye lah pak zab kan. kalau nak suruh orang jimat, janganlah pasang kelibat biru tu ye tak?

ZABS said...

Salam Accia,
Mungkin ia telah lama dirancangkan. Tetapi diimplementasi pada masa yang kurang sesuai..

Neeza Shahril said...

Nak tahu tak, kat sini sesetengah orang suka sangat buat double parking. Ada yang prihatin, dia tinggal kunci dalam kereta. jadi, kalau orang nak alih kereta, boleh la alih kereta dia dulu.. tapi, semestinya benda ni tak boleh buat selalu kan.. tak pasal2 orang gores menang kereta kita hehehe..