Wednesday, May 21, 2008

Umur Bukan Halangan...

Pada hari Sabtu, 17hb Mei, saya telah menemai isteri mendaftar di kolej ini, untuk beliau meneruskan usahanya mendapatkan kelulusan yang lebih baik, bagi memulakan kerjaya di sektor swasta, apabila bersara pilihan nanti.

Walaupun seharusnya telah menghabiskan pembelanjaran itu lama dahulu, tetapi kerana tanggungjawab sebagai ibu dan isteri yang lebih diutamakan, hanya kini baru beliau mempunyai kesempatan tersebut. Saya amat berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan.

(Kini beliau yang akan memulakan pembelajaranya pada bulan Oktober, telah bergelar nenek pula).

Beliau akan menggunakan duit sendiri untuk pembelajaran itu. Di samping itu beliau juga telah ditawarkan untuk mengajar secara sambilan di kolej tersebut.

Setelah banyak pengorbanan yang telah beliau berikan kepada keluarga, maka kini adalah masa untuk kami pula menyokong usaha beliau untuk mendapatkan kelulusan yang lebih tinggi di dalam bidang yang amat di minatinya itu. Kami akan berbuat apa saja yang termampu untuk beliau dapat mencapai cita-citanya itu. InsyaAllah.

19 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Congratulations to your wife for taking this step.
Education, as they say, knows no barrier. It is all about what we want to do next in our lives.

Helena said...

wow.... tahniah, i salute those yang menyambung pelajaran sebegini. Semoga usaha your wife berjaya.....

Juga tahniah atas kelahiran cucu Izz Zafran.... commercial nama..... hehe

pB said...

Salam

moga apa yang dicita cita , berjaya digenggam ...

ZABS said...

Fauziah: Terima kasih, saya tahu cabaran yang akan dihadapinya. Saya juga pernah melaluinya, dan berjaya dengan dorongn darinya.

Helena: InsyaAllah. Terima kasih.

pB: InsyaAllah. Tahniah pula kepada abear anda.

Mak Su said...

all the best utk wife uncle zabs, caiyuk caiyuk

jaflam said...

Salam Zabs,
Syabas dan tahniah kpd isteri tuan yang megamalkan pembelajaran sepanjang hayat. InshaAllah dengan sokongan suami dan anak anak beliau akan berjaya.

Actually the minute we stop learning, we get older faster heheee. I keep myself going by mentoring and coaching my wife and young staff to be remarkable future leaders.

Kak Teh said...

zabs, memang umur tak jadi halangan, dan jangan dijadikan alasan - kak teh ambik MA tiga tahun lalu semasa umur tersangat lanjut. Tahniah kepada Mrs Zabs.

ZABS said...

Mak Su: Terima Kasih.

DJ: Terima kasih Dato'. Saya pun begitu. Semua staff saya di bawah umur 35 tahun. Terasa muda bila bekerja dengan orang2 muda. Dapat turunkan serba sedikit pengalaman yang ada.

Kak Teh: Terima kasih. Saya juga belajar untuk ambil MSc., semasa berumur 45 tahun.

Qaseh Bidadari said...

salam..

tahniah tuk isteri pak zabs..

semoga impian beliau tercapai...

mohd azmir said...

gambatte kudasai mama!!! :)

ZABS said...

MR: Terima kasih. Kena kerja kuat dulu, baru boleh diucap tahniah.. ...hehehe.

Azmir: Ucap sendiri pada mama.....

Sastri said...

salam Uncle...

tahniah kepada uncle dan auntie... :)

sekalung tahniah lagi buat auntie.... terasa malu plak sas kerana sas ni tak bermotivasi lagi nak menyambung pelajaran... huhuhu...

anyway, i wish her well and congrats again... :D

ZABS said...

Sas: Terima kasih atas doa dan ingatan. It is nice to have you back. Semoga anda akan beroleh segala kebaikan dariNya. InsyAllah.

Azlan Zed said...

semoga bonda mendapat apa yang dicita. :)

ZABS said...

Alan: Ini adalah sebagai pencetus semangat kepada anak-anak untuk berterusan memperbaiki status pembelajaran masing-masing. InsyaAllah.

tokasid said...

Salam Datuk Zabs:

Alhamdulillah Nenek Seri.Rezeki cucu sulong kata orang tua-tua.

Tindakan ini bisa memberi inspirasi kepada anak-anak utk terus belajar.

Saya akan beritahu Hafiz supaya dia tahu jika yang senior sanggup menghabiskan simpanan utk terus belajar dan memajukan diri,mengapa anak-anak muda tidak mahu sedangkan peluang ada di mana-mana saja.

tahniah.

zabs said...

Doc: Datuk sambung belajar dulu masa umur 45 tahun, sekarang nenek pulak. Jika anak cucu tak ikut contoh, tak tau nak kata apa lagilah. Semoga Hafiz sambut cabaran. InsyAllah.

Neeza Shahril said...

tahniah!!! tabik la kat madam pak zabs ni.. betul tu.. umur bukan penghalang untuk belajar. kalau ada kemahuan, pasti ada jalan...

neeza ni dah rasa malas nak belajar.. tak boleh nak tolong lah kot ye... hehehe..

ZABS said...

Neeza: Terima kasih. Sebenarnya orang lain tak boleh nak tolong. Tetapi kalau kita ada kemahuan sendiri, semua boleh jadi. InsyaAllah.