Sunday, April 06, 2008

Hari Sukan Sekolah

Sabtu (5 April) saya dan isteri telah menghadiri hari sukan sekolah anak (maaf kepada kawan bloggers yang telah mengadakan pertemuan di Damansara itu). Telah berjanji dengan anak dahulu jadi perlu ditepati.
Para tetamu jemputan yang hadir.

Melepaskan burung ( 4 ekor burung yang melambangkan 4 rumah sukan) tanda sukan bermula.

Pasukan Sorak Rumah Merah (Johan).

Pasukan Rumah Hijau.

Acara sukan murid-murid (acara ini dimenangi oleh rumah hijau (anak saya tu).

Acara sukan untuk bapa (boleh pecah rekod dunia ni) Saya tidak mengambil bahagian kerana perlu mengambil gambar.

Acara sukan untuk ibu.

Guru pun ada acara sukannya juga.

Penyampaian hadiah untuk olahragawati terbaik sekolah, mengakhiri sukan pada hari itu.

Soalan bonus: Siapakah Ketua Murid sekolah ini? Siapakah Pengerusi PIBG sekolah ini?

37 comments:

Accia said...

salam pak zabs,
sekolah mana ni pak zabs? macam familiar je bangunan dia.

ZABS said...

Accia: Sekolah lama di atas Bukit Nenas tu. Ada anak bersekolah di sana ke? CBN1 ke CBN2?

Neeza Shahril said...

Ketua murid - anak Pak Zabs. Ketua PIBG - Pak Zabs. Betul tak? *nak claim hadiah* hehheee...

Teringat pulak sukan sekolah neeza kecil2 dulu. Excited sangat bila tiba musim sukan. Semangat rumah tu memang tinggi betul. Bukan perform untuk diri sendiri tapi untuk rumah sukan.

ZABS said...

Neeza: Hadiah bertambah lagi. "Clue" nya ada dalam gambar terakhir tu.

Accia said...

saya sendiri CBNer dulu. menengah.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I don't want to know how he got to be the PIBG chairman but is he an active one?
I was in Standard One at CBN for a few months. I was about to start ballet classes when we got news of my father's transfer to JB.

ZABS said...

Accia: Saya ada dua anak perempuan yang belajar primary di CBN. Yang tua (hujung 80an/awal 90an), semasa sekolah menengah masuk MRSM. Yang bungsu ni sekarang tahun 6, mungkin juga akan bertukar, InsyaAllah.

Fauziah: Bukan dia, tapi Datin yang jadi Presiden. Tak tahu macam mana terpilih, dan saya pun tak nak tahu. Tak sempat nak attend mesyuarat PIBG hari tu. PIBG pun bijak bertindak untuk kebaikan bersama.

Mior Azhar said...

Pak Zabs,
saya kalau Hari Sukan anak2 susah sedikit nak pergi... a few years ago pergi nak tunjuk sokongan kunun tapi akhirnya kena paksa masuk pertandingan tarik tali ... dan biasalah kena jadi anchor dek kerana saiz badan. Lepas tu sakit2 badan satu minggu. Rasanya tak mahu lagi ....

ZABS said...

Mior: Saya kalau setakat tarik tali ok. Tapi yang serek kalau lari ikat kaki dengan isteri. Kalau tak praktis, boleh mudaratkan kaki isteri, kerana kita laju, dan nak tarik dia sama mcam kita, mahu terkehel kaki isteri.
Tapi kali ini takda acara tarik tali dan lari macam tu. Saya pula asyik ambil gambar (alasan), jadi tak ambil bahagianlah.

aNIe said...

Salam Zabs...anak kak lady si kecik tu pun baru abis sukaneka kat sekolah ...Jumaat lepas...tapi Hari sukan jatuh hari Ahad...kak lady tak pergi pun

Nampak meriah sungguh acara sukan di sekolah tu...siap ada kumpulan sorak lagik...

zabs said...

Kak Lady,
Dulu masa muda-muda, selalu jauh dari family. Banyak perkara berkaitan anak-anak (yang sekarang dah besar2) ter"miss". Ini yang bongsu, dah banyak masa boleh diluangkan untuknya, jadi selalulah menghadirkan diri di sekolahnya(nak bayar balik yang mana tertinggal dulu).

NBK466 said...

Emmmm..bestnya sbb ada cheerleaders..he..he.he..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Teringat sukan tahunan sekolah 80an dulu-dulu. Satu kampung berpesta..

Nak juga tengok tuan lari dalam guni. Tugas tangkap gambar bagilah pada orang lain tuan. Hehehe

Neeza Shahril said...

gambar yang last tu gambar che' puan Zabs ke? dengan anakanda ye... bagusnya pengerusi PIBG ni.. jadi cameraman. mesti sekolah tak bayar ni kan.. hehehe...

ZABS said...

NBK: Cheerleaders bawah umur tu jangan nak nengado...

BP@JP: Pesta sukan masa tu memang ditunggu2. Sekarang dah takda ummph dah. Ada tu murid-murid datang sendiri je tanpa ibu bapa mereka.
Kalau saya yang lari dalam guni sekarang, mahu kena siapkan ambulans depan sekolah tu. Tapi kalau ada acara tarik tali boleh lagi tu.

ZABS said...

Neeza: Maaf, tentu Neeza tak kenal siapa yang berbaju kuning tu.
Seorang political figure (a Dato'). Datin disebelah yang jadi Pengerusi PIBG dan anak mereka Ketua Murid.
Pak Zabs takda tokoh untuk itu. Hehehee....

zino said...

yg segak bergaya tu zabs lah kan hehe? nak hadiah jugak..

ZABS said...

Zino: Jurugambar tak ambil gambar sendiri. Lupa nak letak gambar untuk elak salah sangka.
Itu Dato' Reezal Merican (Pol. Sec. Menteri Kewangan Kedua).

Sastri said...

salam uncle... waaa... meriah acaranya... saya pula menghabiskan sabtu lepas di PWTC... :D

ZABS said...

Sas: Sungguh meriaaah. Melawat pameran buku ke? Tentu anda berdua banyak membeli buku kan?

Lee said...

Hi Zabs, thats a beautiful school. Bet youguys had fun with the sack race, your isteri too.
Love the colours of the kids uniforms. Real cool.
You stay easy Zabs and have a nice day, Lee.

zabs said...

Lee: Thank you for visiting, even though you are still in your honeymoon.
The school was quite old already, but still a favorite amongst the VIP's children (I'm no VIP lah, tapi like this school also, my elder daughter was here too before). It is a "control" school, where enrolment into the school were vetted through by the Ministry of Education.
My wife and I did not take partlah Lee, too old to run in competition now. Glad you like the pictures. Take care Lee.

Helena said...

mmm.... macam tu rupanya sekolah CBN ye... patutla the building looks historical.

Opps.... biasalah, sekolah glamour, mestila ada politiknya.

My girl is also the Head Prefect, and I am one of the AJK PIBGs...... tapi I am a nobody, takda title depan my name, so I can vouch that my girl got the position due to her merits and her strengths.... (Tapi biasala orang akan cakap, ooo patutla budak tu dapat jadi Ketua Murid, mak dia PIBG) *ouch*

Helena said...

suka sangat tgk budak2 sek rendah ni bercheerleading.....

ZABS said...

Halena: Ooops lupa nak beritahu. Apa yang saya dengar, Pengerusi yang ini lebih aktif dan banyak aktiviti yang telah dilakukan. Dan Ketua Muridnya pula seorang yang serba boleh. Jadi ada banyak pointlah untuk dia di pilih. (Macam Anastasia, bukan kerana emaknya Pengerusi PIBG sahaja)

Neeza Shahril said...

hehehe... ye ke? haah.. memang neeza tak kenal pun dia. Tapi, muka dia macam familiar. Tapi kenapa dia duduk kerusi tinggi dan bukan sofa sebelah ya... kaki dia panjang kot hehee..

ZABS said...

Neeza: Di sekolah tu, dia takda jawatan, dia mengiringi isteri je. Datin, Pengerusi PIBG, tetamu khas, dan di sebelah Datin tu, jemputan khas, untuk merasmikan temasya sukan itu, seorang atlet yang jua bekas penuntut sekolah itu satu masa dulu.,

Mak Su said...

jadi Uncle tak merangkul sebarang hadiah ler? len tahun join ler sebrg acara ek.. hik

zaitgha said...

Pak Zab,

nih my old school traditional enemy nih...i went to BBGS when i was in secondary school.

cheer leaders are still around ya?

keep well Pak Zabs and cheers

tokasid said...

salam Pak zabs;

Alhamdulillah acara sukan anakanda meriah nampaknya.
memang seronok kalau dapat sertai acara2 gini kat sekolah, bukan apa...anak rasa seronok sebab parents datang. Dia rasa parents hargai penglibatan dia.

Tentang PIBG sekolah2(banyak sekolah gini) saya jadi hairan ngapa selalu di ambil yang ada hubungan kuat dgn ahli politik? kalau mereka dapat perform macam Datin ni okay lah. Tapi ramai yg macam dok dalam peti sejuk je.Semua S/U PIBG yg buat.

ZABS said...

Mak Su: Saya ni pemalu sikit, dan takut kalah. Juga acara kesukaan takda (Tarik tali). Selagi takda acara tu takda lah nak ambil; bagahgian nampaknya.

ZABS said...

Zai: Betul kata anak saya yang tua. Diorang selalu gaduh ye? Gaduh tentang pelajaran ke? Atau pelajar di St John tu?

ZABS said...

Doc.: Terima kasih kerana memahami. Sebulan dia berlatih untuk acara cheeleaders tu. Kalau kami tak datang tengok, mahu mogok dia agaknya. Lepas tu dia ambil bahagian dalam sukan juga, walaupun dalam acara berganti2 macam sukaneka. Saya juga sejak dari dia di Tahun Satu, tak pernah miss sukan tahunannya(seingat sayalah).
Tentang PIBG, sebelum ni takda pulak gitu. Mungkin Datin ini memang ada kriteria yang mereka perlu untuk pimpin PIBG, tu yang terpilih tu. Wallahua'lam.

Helena said...

nak inform, helena ajk pibg je.... bukan pengerusi....*smile*

ZABS said...

Helena: Maaf tersalah tulis, maksud saya, YB(Yang Berkhidmat)AJK.

Unknown said...

:-) ibu bapak yang meluangkan masa kesekolah anak2....syabas!!

pakpayne

ZABS said...

PakPayne: Terima kasih kerana memberi kata2 semangat itu.