Monday, March 17, 2008

Tagged In A Bag

Saya telah ditag untuk memberitahu apa yang terdapat di dalam bag kerja saya oleh jejaka pinter ini. Walaupun maklumat ini adalah “sulit dan persendirian”, tetapi saya rasa tidaklah terlalu SULIT hingga tidak boleh didedahkan.

Untuk makluman juga, saya telah pernah menjawab tag yang hampir sama seperti di sini.

Ada beberapa bag yang saya sering gunakan untuk ke pejabat dan akan mengalihkan isi2nya mengikut keperluan pada masa2 tetentu itu.

Tetapi bag yang saya selalu gunakan ialah bag ini, yang asalnya untuk mengisi komputer riba saya. Atas sebab2 keselamatan komputer tersebut, saya lebih suka meninggalkannya di pejabat dan mengunakan bagnya untuk mengisi benda-benda lain yang saya perlukan seperti gambar di bawah.

Sebenarnya saya tidak ada banyak barang untuk di bawa kesana kemari apabila sudah tua ni, takut terkehel bahu kalau berat sangat. Satu lagi barang yang tiada di gambar itu ialah kamera digital di sebelah. Sejak ada blog sendiri, sudah rajin pula mengambil gambar untuk bahan tulisan.

Harap Bp@JP berpuas hati. Tidak mahu mengetag sesiapa tetapi dipersilakan jika mahu membuka rahsia bag anda itu.

33 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Terima kasih kerana sudi berkongsi apa ada dalam beg. Tak adalah yang sulit ya. :)

Bila dah biasa sandang beg ke sana ke mari, kalau tak bawa macam terasa ringan pula bahu. Hehehe.

ZABS said...

BP: Ada (seluar kecil) tapi takda dalam gambar. Untuk keperluan kecemasan.

pB said...

buku kuning tu WAJIB ada kan ...

ZABS said...

pB: Hukum Syarak: Harus??. Hukum akal: Wajib??. Hukum adat: Suka hati ekau lah?? Maaf tak layak bri petua. Hehehe.......

Sastri said...

hmmm... bila la pulak saya nak buat tag ni ek... :D

ZABS said...

Sas: Sila buat cepat, sebelum bertambah lagi barangan dalam bag tu. Nanti dah keluarkan, penat nak susun balik ke dalam bag. Hehehe....

NBK466 said...

Den poie kojo bwk beg duit yo... maklum la org kojo kilang nie. Kalau bawak beg pun sbb gi traing kek luar mahupun gi interview..he.he.he..

ZABS said...

NBK: Yo la tu. Kalau bawak beg bosar pulak, nanti kono suspek bawak barang kilang keluar pulak kan?
Sobonar eei dah beso bawak beg poi kelas dulu2, raso janggal pulak kalau tak bawak, jadik bila dah kojo bawalah jugak, isi eei ntah apo2, sapo pun tak nak tahu! Sampailah kono tag kek BP nia.

Neeza Shahril said...

neeza tertarik dgn sampul surat dan stem tu.. nak hantar surat kat sape tu pak Zabs?? heheheeee...

Lily Abdullah said...

Salam Pak Zabs.

Pendek kata saya akan datang ke blog mana yang kena tag ni sebab nak mengorek rahsia terutama para lelaki. Hiss..hiss..menyibuk juga saya rupanya.

Unknown said...

Pak Zabs,
Buku tu nampak menarik. Sapa writer dia ya?

ZABS said...

Neeza: Sekarang tak perlu tulis surat lagi dah. Maklum zaman dah canggih. Sampul surat tu untuk isi duit, bila ada jemputan kahwin. Setem tu lebihan semasa hantar kad jemputan dulu. Tak pakai lagi, mungkin boleh guna untuk hantar Kad raya nanti. Hehehe...

ZABS said...

Waterlily: Maaf kerana menghampakan anda. Tiada rahsia nak di kongsi. Tapi jangan putus asa. Teruskan lagi ke blog lain ya....

ZABS said...

Akmal: Saya dah agak dah tentu ada yang berminat dengan buku itu. Sila ke sini untuk maklumat lanjut.
http://zanulabdin.blogspot.com/

Unknown said...

Oh, your Book Blog ya? Roger that. Thanks.

Mak Su said...

tak berat ker beg uncle tu? kamera tu berat 4 kg kot? hehehe

ZABS said...

Akmal: Yes, feel free to glance through.

Mak Su: Tak sampai 0.5 kg pun. Empek kilo kilo kalu, mahu patah bahu den...Hehehe.......
(D40: Weight - 475g without battery).

Neeza Shahril said...

oooo... letak duit orang kawin? haah kan.. nanti mesti orang belek belek sampul tu sebab boleh nampak jugak kan. Orang akan tengok, color biru ke, hijau ke, purple ke.. hehehee..

zino said...

yg camera tu jeles sikit.. hehe

Kak Teh said...

salam,
saye juga teringat beg merah saya lalu menjenguk apa yangada di dalam. Selain buku-buku yang saya bawa untuk baca dalam train, ada sebungkus tuna bagguette, terlebih yang saya makan di cafe roche petang semalam . Balik ke rumah lupa nak keluarkan! nasib baik tak kena buat tag!

aNIe said...

Salam zabs...samalah ngan hubby kak lady tu...bawa beg yang dpt masa beli laptop...tapi beratnya beg tu naik rebeh bahu kalau menyandangnya...nasib baik cik abang tu tak sandang...tapi dibimbitnya aje...

Cukup lengkap...siap ada kalkulator lagik...

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Saya memang ada banyak beg yg di bawa kerja. Semua beg free. Kebanyakannya bila MrsTA dapat bila ada seminar atau conference. Tapi selalunya saya guna beg plastik(yg dari shopping kat Jusco atau mini-market).

Yg ada kertas,kertas dan kertas( bil dan invioces)dan cable utk sambung hp ke computer bila nak download lagu

ZABS said...

Neeza: Letak dalam envelope safe. Kita dah balik baru diorang tengok. Kalau tdak segan pulak kalau beri yang biru kecil je atau bangga pulak kalau beri yang purple nye.

Zino: Beli satu disarankan. Gambar "tangkap sempoi, wa cakap lu."

Kak Teh: "Tuna bagguette" tu boleh dimakan lagi ke? Tapi di negara sejuk tentu tahan lama kan?

Kak Lady: Kalau dia "right-hander", tentu tangan kanan Che Abang tu lebih panjang dari tangan kiri kan?
Kalkulator tu untuk kira bonuske?

Tokasid: Saya pun gitu juga. Ada ga beberapa bag seminar Mrs. yang dia dah tukar ke nama saya untuk digunakan. Bag plastik? Saya jarang bawa bag plastik melainkan untuk isi baju yang nak hantar dry-cleaning.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Years back, I'm noted as someone who doesn't carry a bag, any bags for that matter. All I need is my wallet, which I hold in my hand.
These days, I surprised my friends for carrying a satchel filled with things that they didn't think I would carry.
Besides the wallet, I now carry around two handphones (one with camera), a tape recorder (not needed really because my N95 can aslo record conversations), more than one notebook (I don't really know why), a tube of hand lotion and wet tissues (the wet tissues keep hands dry, so the need for the lotion), two fountain pens (in case one dries up, I have the other), my bank book and surah yasin. If I don't have a sudoku book in my bag, then it would be the latest edition of Time or Newsweek.
Alamak, did I just open my bag to you?
Have a good day, Pak Zabs.

Eddie Putera said...

Pak Zabs, pen kita sama. saiz 0.7 kan ? keh keh keh .. kita serupa kita serupa.

ZABS said...

Fauziah: Yhank you. See, I dont have to tag you to know what is your bag. Do you carry it on you back?

Adie: At least kita ada persamaan. Yang itu 0.5, yang 0.7 ada di dalam kereta. Hahaha...

Azlan Zed said...

sungguh heavy tajuk buku tue... level tinggi... :)

zino said...

zabs
dalam pertimbangan tapi tah bila menjadi nya belum tau lagi hehe

Unknown said...

Hello Zabs,

Wah! You are not as vain as me. I also have some items that you have in your bag plus, mini hairbrush, compact powder, lipstick, perfume, tissues kalau boleh a human make-up artist and a gym trainer..ha ha! Jesting Zabs.

Gym trainer sebab saya nak turun 10 kilo lagi..he he. Salam.

ZABS said...

Alan: Nanti balik boleh buat sneak preview.

Zino: InsyaAllah, semoga mendapat yang dihajati. Ada tanda2 untuk lebih baik tahun ini. Wallahua'lam.

ZABS said...

Ruby: Yes, I know, because my wife have the same in her bag.
Losing weight is my kind of interest lately. Trying to lose one kg/month by following the advices given by a dietician, I met at the World's Kidneys Day, open day at HKL recently. My previous N3 is related. Generally she ewants me to
exercises every alternate days, 20/30 minutes at a time and eats according to the diet she recommends. InsyaAllah by the end of the year I shall shed 10kg. Whoa... Hehehe....

liyas said...

Pics worth a thousand words, people say..and video worths a thousand pics, I think.
Liyas

ZABS said...

Liyas: Salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah. Setuju dengan anda. Tetapi kedua-duanya juga ad mempunyai kebaikan tersendiri.