Friday, March 21, 2008

Seloka Nasihat

Masa kecil susah nak makan
Bila dah besar semua ditelan
Bila dewasa terlebih makan
Mulalah penyakit menjadi teman
Dengan doktor tak mahu berkawan

Dulu dipanggil serangkai (bertiga)
Darah tinggi, jantung, kencing bergula
Kini sudah menjadi empat pula
Penyakit ginjal jadi temannya
Kalau dah dapat gawat kita

Semua penyakit dari makanan
Makan segera punya penangan
Pizza, KFC dan McD dilayan
Tek tarik dan roti canai sakan
Tak terfikir tentang kesihatan

Setiap hari ngadap komputer
Tak berpeluh, main "game" saja
Bila penyakit mula menyapa
Berat badan naik menggila
Bersenam dan diet mahu segera.

Kalaulah boleh diulang tayang
Mahu besenam malam dan siang
Makan yang baik bukan sebarang
Berhenti makan sebelum kenyang
Agar kulit sentiasa tegang

Tetapi kini belum terlewat
Badan baru sedikit berat
Penyakit yang ada boleh dirawat
Amalkan bersenam untuk sihat
Badan kita SENDIRI MAHU INGAT.

21 comments:

Neeza Shahril said...

Seronok baca seloka Pak Zabs ni. Senyum neeza sorang sorang. Satunya, sebab pandai Pak Zabs buat sekola. Dua nya, hehehee.. macam terkena kat diri sendiri aje.. bab makan tu laa.. bab penyakit tu, alhamdulillah... neeza masih sihat. Tapi, sebelum terlambat, kena lah jaga kan.. :)

pB said...

salam ...


seronok baca ..

pandai Abe Jenal reka pantun ni yer

ZABS said...

Neeza:
Saja tulis nak tengok reaksi
Kalau baik boleh tulis lagi.
Tentang kesihatan:
Seperti kata Mat Salleh "Prevention is better than cure." Bila dah sakit, "quality of life" kita akan terjejas, tak akan ssepeti dulu lagi. Walau ada duit sebanyak mana pun, tak berguna lagi.
Seperti kata seorang doktor kepada saya, "money is not your wealth, your only wealth is your health."
Jadi jagalah kesihatan, semasa masih sihat,kerana bila dah jatuh sakit, tentunya sudah terlambat. Wassalam.

pB: Seronok baca saya suka, tapi nasihat yang ada perlu diambil kira juga. Hehehe....

NBK466 said...

Terbaca seloka Bro Zabs nie tetiba teringin lak nak main games from internet..he..he..he..

ZABS said...

NBK: Sekarang sedang bercuti ke? Ada masa nak main game di internet ke? Dah siap packing ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Bila makan tak ingat dunia
Kalau kalau boleh pinggan pun nak dimakan sama
Bila dah diserang penyakit gelabah jadinya
Menyesal kemudian tidak berguna.

:D

Neeza Shahril said...

neeza setuju sangat dgn health is wealth tu. Kalau kita asyik tido siang malam, msti tak healthy kan. Jadi, tak wealthy lah. Bila tak wealthy, segera lah kena turun tahta.. heheheee...

by the way, lepas ni boleh lah tulis seloka pulak ye... ramai peminat ni :)

ZABS said...

BP: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Neeza: Semua yang dibuat secara berlebihan adalah tidak baik, walau tidor sekalipun. muka jadi sembab nanti...tak gitu?

jaflam said...

Salam Zabs,
Ingatan yang baik buat saya juga sebab lama dah tak brisk walking, sibuk tak tentu arah namanya.

Katanya 21st Century ni zaman KESIHATAN sebab makin ramai yang amal gaya hidup tak sihat.

13may said...

wahahaha....menarik!

btw, saya amat tertarik dengan seloka nih...kerana ia ada 5 rangkap...lain dari yg lain :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
In our office building, there is a gym. Of late, I have been dragging my feet to go there although it is just next to my office.
There were days where I go every day at lunchtime or after work. There were weeks where I don't go at all.
Alhamdulillah, I can control my food intake but I fail in keeping to an exercise regime, not that I don't need it.

zino said...

seloka nasihat ni.. amat bermakna.. hehe

ZABS said...

DJ: Semoga kita tidak termasuk dalam statistik yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat itu. Jalan2 jangan tak jalan.

May: Saya nak buat lain sedikit. Mungkin tidak salah dari segi konsepnya kot?

Fauziah: Sungguh bertuah ada gym di depan mata. Tapi kalau tak pergi, serupa gym tu jauh beribu batulah kan. Food intake and exercises complement each other, macam lagu dan irama!!!!Hehehe.....

Sastri said...

memang sungguh bagaikan dikata... cuma bila la saya nak mempraktiknya... isk... berat sungguh rasanya...

ZABS said...

Zino: Ia bermakna kerana anda mengamalkannya. Tengok badan, BMI tentu kurang 25 kan?

Sastri: Kalau sungguh bagai dikata,
Boleh segera praktikkannya,
Sesal dahulu amat berguna,
Sesal kemudian XXXL jawabnya.

Unknown said...

Uncle Zabs,
HeADsHOT! Hahaha.
Tapikan Uncle, sekarang ni bukan 'Masa Kecil Susah Nak Makan', tapi 'Masa Kecil Susah Nak berenti Makan'. Trust me, kat Malaysia, masalah obesiti kanak-kanak dah menggila. Someone I know, umur baru 10 tahun, tapi berat 70 kg, seluar saiz 48! Sepatutnya tumbesaran dia vertical, tapi dia horizontal, if you know what I mean. Dah kena HT dah pun.
Lagi satu, bukan 'Dah Besar Semua Telan', tapi 'Dah Kawin Semua Telan' hehehe :P

ZABS said...

Akmal: Terima kasih dengan pembetulan itu.
Masa menulis, uncle teringat semasa kecil, kerana asyik bermain, hingga makan pun bersuruh/dipaksa. Tapi tentang "Dah Kawin Semua Telan" itu tepat sekali. Salam.

Kak Teh said...

Pepagi hari membaca seloka,
seloka yang indah suka dan duka,
seloka nasihat sakit dan luka,
berbagai penyakit ada belaka.

Bacalah Pak zab jika sudi,
Kak teh berseloka di pagi hari,
sengal rasa urat dan sendi,
habis lenguh kaki dan jari.

Masa muda trang tang tang,
lupa habis larang dan pantang,
makan minum pagi dan petang,
masa tua semua penyakit datang.

Pak Zab kata belum terlewat,
terima kasih memberi nasihat,
amalkan segera sebelum terlambat,
kalau tidak tak boleh dirawat.

ZABS said...

Kak Teh:

Seloka nasihat sakit dan luka
Berbagai penyakit ada belaka
Tapi jangan gundah gulana
Setiap penyakit ada ubatnya

Sengal rasa urat dan sendi
Habis lenguh kaki dan jari
Mungkin dah jalan sepanjang hari
Minyak diurut tangan dan kaki

Makan minum pagi dan petang
Masa tua semua penyakit datang
Itu semua usah dibimbang
Petanda usia menjelang petang

Amalkan segera sebelum terlambat
Kalau tidak tak boleh dirawat
Bersyukur juga dapat isyarat
Masih boleh banyak bersolat

Salam dan jaga diri.

Unknown said...

:-)

Rasa rugi lambat kemari
hampir tertinggal keretapi
baru teringat nak berlari
aduhh, rupanya dah jam sendi kaki!

hehehe

idham

ZABS said...

Idham:

Jem di kaki ada ubatnya
Minyak pala boleh diguna
Jika kena cara urutnya
Sepuluh km kacang sahaja