Wednesday, March 05, 2008

Ruang (Tak) Legar

Patut ke ia dipanggil ruang legar kalau setiap masa ada sahaja "booth" dibuka di sana untuk peniaga2 menjalankan perniagaan?

Mungkin ruangan yang agak luas itu, pada asalnya disediakan untuk tujuan promosi, untuk pertunjukan pentas dan sebagainya. Tetapi pada kebanyakan masa yang lain adalah untuk pengunjung bersantai bersama keluarga ketika membeli belah di sana.

Tetapi jika ia telah terus menerus mempunyai penghuni, maka tidaklah lagi ia menepati kehendak untuk menjadi ruang legar kepada pengunjung yang berkunjung ke tempat tersebut.

Ini adalah ruang legar di stesyen KL S**tral. Sentiasa sahaja ada para peniaga yang berniaga disini. Ia turut menyumbang untuk menyempitkan lagi ruangan bagi penumpang yang semakin ramai menggunakan tempat tersebut.


Ini pula di K'Poh, W**gsa M*joo. Begitu juga keadaannya di sini. Tidak cukup dengan ruang niaga yang telah disediakan khas unuk tujuan tersbut, ruang legar untuk pelanggan bersantai pun penuh sesak dengan peniaga lain pula. Ia bukan untuk sementara lagi, tetapi sudah boleh dianggap kawasan "kekal" bagi mereka berniaga.

Dan ini di JJ Alp** A*g*e. Tempat ini kekadang tu ada juga digunakan untuk pertunjukan pentas dan seumpammanya. Tetapi kebanyakan nya untuk promosi jualan murah.




Walau apa pun keperluan pelanggan, keperluan untuk membuat untung adalah lebih diutamakan oleh mereka.

Begitu jugalah bagi para pemimpin agaknya. Walaupun telah berjanji, bahwa mereka akan memberi kesejahteraan kepada rakyat jika terpilih, tetapi apabila telah dapat apa yang dihajat, apabila ada peluang untuk keuntungan peribadi, kesejahteran rakyat ditolak kebelakang dahulu. Wallahua'lam

OLEH ITU BERHATI-HATILAH BILA MENGUNDI PADA 8HB NANTI.

20 comments:

pB said...

manusia mudah lupa bila melihat wang dan kekayaan .....


Dekat PKNS Shah Alam ni pun , sentiasa ada booth yg begini.

Kalau di IOI , booth ini hanya ada di ruang legar tengah tengah doom.

Itu jer ler tempat pB lepak untuk window shopping ...

ZABS said...

pB: Pasar malam ada gerai macam ni dan di pasar tani pun ada gerai jual baju. Di pasar raya pun ada macam ni, takda beza lah pulak....

zaitgha said...

at least nih kat ruang legar Pak, yg i tak suka supermarket kat sini dia org suka letak byk bekas barang kat alleys and near the counters...kita yg dgn troli susah nak jalan....di US dulu i suka pergi Supermarket coz dia besar dan bersih dan you bole waltz bila shopping...

ZABS said...

Zai: Setuju dengan anda tu. Kalau di luar negar tu, diorang susun barang yang kurang pada awal pagi, semasa tempat tu belum buka lagi.
Kat sini masa orang ramai tu lah diorang nak susun2 barang lagi. Berlumba-lumba pulak dengan orang nak pilih barang2.
Takda nak fikir tentang keselesaan pelanggan langsung.
Jangan langgar bekas barang tu pulak ok. Take care.

Neeza Shahril said...

bila bawak trolley, masalah besar. terlanggar orang lah. Yang berniaga kat situ pulak siap marah marah bila trolley kena barang barang dia.. yang dia pegi penuh kan tempat yang kecil tu sape suruh? tak salah dia jugak la kan. dia nak maksima kan duit yang dia bayar. Tapi, yang menyewakan tempat tu lah. Dah untung, nak untung lagi.. sama lah apa yang terjadi kat negara tempat neeza lahir tu.. negara mana yek? entah lah.. tapi 8 Mac ni ada pilihanraya situ.. :))

undi lah berdasarkan apa yang telah anda rasai dari pengalaman... kalau tak serik jugak, tak tahu nak kata...

Mak Su said...

ruang legar jadi ruang kebocoran di poket

ZABS said...

Neeza: Mungkin itu cara untuk mengajar kita agar sentiasa berhati -hati, walaupun semasa menolak troli.
Terima kasih atas ingatan, bahang telah mula terasa... Tentu ramai dah tekadkan pilihan masing2 dan tak perlu nak timbang2 lagi...

ZABS said...

Mak Su: Re: Kebocoran dipoket: Bila membeli, biar barang yang baik dan boleh memberi manfaat.
Mengundi pun begitu, mengundi biar wakil yang baik dan boleh bawa kebaikan (dunia dan akhirat).
Selamat mengundi....

Neeza Shahril said...

takut nanti bila dah sempit sangat, orang kena duduk dalam troli tu sendiri. lepas tu dia tolak diri sendiri.. hehehee...

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Only in Malaysia we see authorities or building owners propagating this stall concept aimed at among others boosting the economy of the small-time retailers in public places such as KL Sentral for example.
You don't see this happening in Grand Central Station in New York.
There must be a better way of doing it.
It just goes to show that the small-time retailers do not figure in their planning. If not, there would have been small shoplots in KL Sentral to accommodate them instead of these makeshift stalls right smack in the middle in the centrecourt where traffic at peak hours can be horrendous.

ZABS said...

Neeza: Biasanya anak masuk troli tu kita tolak. Tapi kalau dah semakin sempit, emak pulak duduk dalam troli anak tolak, anak kecil sikit kan?...

ZABS said...

Fauziah: Malaysia Boleh.... Hanya satu yang mereka fikirkan, iaitu untuk menambah keuntungan tanpa banyak keluar modal...

Neeza Shahril said...

hehehee!! betul tu.. biar anak pulak tolak kita. bila lagi kita nak merasa duduk dalam troli kan.. pakat pakat mak ayah duduk dalam troli hehehehehhh.... *sakit perut gelak*

jaflam said...

Salam Zabs,
Dah jadi macam penyakit di sini, pantang nampak ruang bukan saja di shopping complex, kalau di taman perumahan habis green lung di jual buat rumah. Ruang untuk ushawan tulin pun habis di kebas oleh yang berkuasa .....

Harap yang suka curi ruang di buang kali ini.

ZABS said...

DJaff: Selama ini dah banyak sangat diberi ruang. Tak cukup ruang yang diberi, ruang hak ramai diambil tanpa rela.
Sepatutnyalah dibuang, bila kita ada kuasa sekarang.

blackpurple @ jowopinter said...

Lagi luas luar legar lagi luaslah keuntungan tuan punya bangunan. Agaknyalah. :)

ZABS said...

BP@JP: Mereka silap perancangan agaknya. Terbuat ruang legar tu luas dari biasa, jadi diambil balik untuk sewakan kepada peniaga2 kecil untuk dapat untung semula.

zino said...

apa topik pun sekarang ni boleh di kait dengan mengundi.. hehe

selamat mengundi..

ZABS said...

Zino: Secara langsung atau tidak, apa yang kita lakukan berkaitan antara satu dengan yang lain. Seperti juga hidup dan mati, walau berbeza, tetapi berkaitan. Tambahan lagi apa yang kita lakukan semasa hidup akan dipersoalkan apabila telah menjadi arwah nanti!

Pak Zawi said...

Salam zabs,
Booths kat KL Central tu mahal sewaannya walaupun bukan lockup stall. Ada kawan berniaga situ katanya sewaannya beribu ringgit untuk 3 meter square.
Selamat mengundi ye.