Tuesday, March 11, 2008

Ada Kebaikannya Ke?

Menurut seorang Ustaz yang saya kenali, katanya ada sekurang2nya dua kebaikan pada orang yang merokok;

Pertama: Pencuri takut masuk rumah orang yang merokok.

Kedua: Orang merokok tak nampak tua.

Betul ke? Saya percaya... anda bagaimana?

Maaf jika ada yang tersinggung, tambahan pula selepas apa yang telah berlaku. Maafkanlah.......


Update:

Sila lihat komen (ke4) untuk mengetahui kenapa Ustaz kata begitu.

21 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Errr...

Saya tak merokok. Dulu cuba-cuba juga belajar merokok, nak nampak 'macho' konon-kononnya, tapi tak menjadi... Heheh!

ZABS said...

BP@JP: Anda tidak rugi jika tidak menjadi perokok. Kalau macho pun 10 minit je. Habis rokok, habis 'macho', itu pun kalau ada 'macho' nya.

Neeza Shahril said...

ye ke? entahlah.. susah nak cakap lah. sebab dalam family neeza semuanya merokok. tak suka sebenarnya tapi nak buat macam mana. semoga mereka semua insaf...

ZABS said...

Neeza: Percayalah. Pertama orang merokok selalu batuk2 waktu malam, pencuri nak masuk takut sebab dia sangka tuan rumah belum tidor lagi.
Kedua, kemungkinan perokok mati muda kerana banyak penyakit, jadi tak nampak tualah. Maaf kalau tak setuju....

Unknown said...

hahaha...suka jawapn ZABS kepada komen neeza...:-)

funny ...but truelah!

nasib baik la saya dah berhenti dua tahun lepas, setelah 30 tawaun merokok.

idham

ZABS said...

Pak Payne: Saya sudah 12 tahun berhenti, setelah lebih 20 tahun merokok.
Ada kawan nama Bakhtiar ke? Dia seorang Ir. di Shah Alam. Dia kata dia kawan sama di STAR dengan Saari Sungib tu.

Neeza Shahril said...

hahahah!!! neeza setuju tu.. tapi kan Pak Zabs, kalau neeza cakap kat orang yang merokok tu, dia orang buat dek aje. tu yang geram tu...

ZABS said...

Neeza: Sebenarnya Neeza, untuk nak berhenti merokok ni, kena ada kesedaran sendiri. Orang boleh nasihat macamana pun, kalau sendiri masih mahu hisap, dah masuk IJN pun, selepas keluar 6 bulan, akan cari rokok semula. Semoga semua perokok tegar ni, sendiriu mahu ingatlah... sebelum terlambat macam Bee End ni..

hamka said...

kebaikan pada orang yang merokok;

-Mudah dapat kawan.

-menyumbang pendapatan negara.

-pemetik api yang sentiasa di bawa bersama akan memudahkan iktiar hidup jika tersesat dalam hutan.

-tidak pernah tunjuk perasaan atau berkumpul membatah kenaikkan harga rokok.

-dll

ps: aku tak merokok

ZABS said...

Hamka: Setuju ada banyak lagi. Terima kasih atas sumbangan tambahan itu. Nyamuk pun tak mahu dekat orang yang merokok sebab darahnya ada nakotin, pahit kot? Jangan sampai isteri takut nak dekat pulak, nanti tak dapat nak tambah umat Islam lagi..

aNIe said...

Salam Zabs...hahahah...baca komen ke 4 tu...nak gelak pun ada...memang setujulah kata-kata zabs tu...

Bapak kak lady tak hisap rokok...kalau ada kengkawan offer...memang dia amik...tapi nampak kekok aje...bab mengepit rokok & cara sedut tu nampak amatur betul...tapi alhamdulillah bapak masih sihat walaupun dah berusia lebih 70an...wlu pun pernah kene serangan jantung kerna kolesterol tinggi tapi berjaya melaluinya dan kini sihat walafiat.

ZABS said...

Kak Lady: Alaamdulillah masih ada bapa. Saya anak yatim piatu sekarang... Kasian saya.. Kolestrol pulak nak kena kontrol ni...

NBK466 said...

Patut ler ari tuh ada awek2 lepas SPM dok USHA den...Awet mude ek..kah..kah..kah..

Azlan Zed said...

gf pun dah marah2 anakanda isap okok... huhu...

zabs said...

NBK: Wah jeles lak sye nongar eei..

Alan: Tanda dia sayang kat anda lah tu..

Mak Su said...

wakakakakak (golak bosa den)

ZABS said...

Mak Su: Perempuan kena senyum simpul je. Kalau golak bosa kang ado yang ingat menughun pulak..

pB said...

Susah kan

dah tahu benda tu tak elok

tapi dok pulun gak ....


peel manusia .....
isk isk isk ..

ZABS said...

pB: Saya pun termasuk dalam kategori itu juga. Tapi dulu2lah. Masa muda nak experience semua. Bila dah ketagih, itu yang sampai lebih 20 tahun baru dapat berhenti. Alhamdulillah.

Mat Salo said...

Hmmm Pak Zabs.. nampak gaya saya terkena lagi.

Tapi betul tu Pak Zabs, satu hari nak minta "tip" gimana saya dapat menangani masaelah ini Ya Pak?

Lho! Saya ingat kok bisa kelihatan muda merokok Pak.. dan juga perampok takut masuk ke rumah...sebab ada khasiat awet muda merokok. Aduh!

ZABS said...

MS: Sebenarnya tak ada mustahilnya untuk berhenti merokok. Kalau anda boleh bekerja di pelantar minyak yang jauh lebih mencabar, apalah halnya kalau cuma tidak merokok.
Saya pernah tulis tentangnya dalam 3 N3 saya sebelum ini kalau tak salah. Boleh tengok2lah, mana tahu kalau boleh diamalkan.