Friday, February 15, 2008

Tabung Haji

Baru dua hari lepas saya telah ke Bangunan Tabung Haji untuk mendapatkan semula Buku Akaun Simpanan. Ini adalah kali kedua saya memohon untuk mendapatkan buku ini. Kedua-duanya kerana kehilangan buku yang lama.



Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah jangkamasa yang lama menunggu giliran sebelum dapat berurusan. Seperti yang tertulis di atas meja, dikaunter pegawai beugas itu, untuk urusan pengeluaran/deposit wang adalah 5 minit dan pembukaan akaun baru ialah 15 minit.

Saya telah sampai di kaunter dan mengambil nombor giliran pada jam 10.43 pagi, dan terdapat 72 orang lagi sebelum saya. Urusan saya hanya selesai pada jam 11.55 (1 jam 12 minit). Terdapat 9 kaunter di sana, tetapi hanya 5 kaunter sahaja yng beroperasi pada satu2 masa. Salah satu kaunter itu pula digunakan untuk urusan selain pengeluaran dan deposit.

Satu jam 12 minit masa dihabiskan hanya untuk mengeluarkan wang atau membuat deposit adalah satu pembaziran waktu.

Mungkin telah tiba masanya untuk Tabung mempunyai ragkaian ATMnya sendiri. Jika Bank Islam telah berbuat demikian, maka tidak mustahil TH juga boleh. Masa telah berubah, dan TH perlu mengikut keadaan semasa tersebut.

Jika dahulu tujuannya mungkin untuk tidak mengalakkan pengeluaran wang yang disimpan supaya boleh cepat dapat mengerjakan Haji. Tetapi Kini perkara itu tidak menjadi masalah lagi. Telah terlalu ramai yang hendak pergi mengerjakan Haji setiap tahun, sehingga, kuota yang ada tidak mencukupi. Kini orang menyimpan, di samping menabung untuk ibadah tersebut, juga kerana ingin menyimpan secara Islam dan hasil yang diterima bersih dan telah dizakatkan.

Ada juga penyimpan yang sudah terlebih wang tersimpan, tetapi masih tidak mahu pergi mengerjakan ibadah tersebut.

Salah satu manfaat menyimpan di TH seperti yang diwar-warkan ialah, kekerapan pengeluaran (pengeluaran wang tanpa had kekerapan) maka ia perlulah juga selaras dengan kemudahan untuk mengeluarkan wang tersebut, dan ATM adalah cara yang terbaik pada pandangan saya.

Jika terpaksa menunggu begitu lama untuk berurusan dengan TH, mungkin mereka akan berubah ke Institusi Kewangan Islam yang lain pula. Masa adalah sesuatu yang amat berharga. Tetapi mungkin kepada TH, penyimpan2 mereka terdiri dari pesara2 (seperti saya) yang banyak masa untuk diluangkan. Tetapi seperti yang saya perhatikan, 80% pelanggannya pada hari itu, adalah orang-orang muda. Wallahua'lam

23 comments:

Mak Su said...

stuju. ATMkan Tabung Haji, taruh gaks deposit machine, bykkan cawangan gaks ler

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
There may be a reason/many reasons by Tabung Haji have not ATM-ised its operations.
My guess is for the simple reason that deposits are for use to go to Haj (although it does allow for depositors to withdraw their contributions for other purposes).
The long wait/queue may be to deter people from doing any transactions but those related to going for the pilgrimage. Wallahua'lam.

13may said...

hehhe....kawan saya kerap ngadu...
TH kerap offline...

senyum ajer saya :)

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Lama nya kena tunggu..
saya dah lama tidak ke TH. Tetapi saya masih ingat kali terakhir saya kesana 3 tahun lalu, ada 3 pelanggan sebelum saya dan hanya satu kaunter(daripada 4) berpenghuni. Ada beberapa staff lain di belakang kaunter sedang bersembang2. Saya menunggu selama 45 minit.

Cekap dan effisien?

ZABS said...

Mak Su: Itulah nak komplen tu. Orang tambah cawangan, tapi TH tutup cawangan. Ada dua yang saya selalu pergi kat KL, dah tutup dah. Mungkin dia buka ditempat lain, tak tahu pulak.
Tempat yang saya pergi tu HQ dia. Biasalah ramai orang. Tapi apabila dah tahu ramai orang, gunalah semua kaunter. Zaman IT sekarang ni, sepatutnya semua kerja dah jadi cepat.
Kalau ambil masa sampai lebih satu jam, kira dah berbalik zaman kira pakai tangan balik dah. Salam.

ZABS said...

Fauziah: Ya, tentu ada sebab tertentu. Tapi kalau penyimpan nak keluarkan duit, mereka tak kisah lambat atau cepat, tetap akan dikeluarkan juga. Jadi kalau dah gitu, permudahkanlah sedikit.
Tambahlah kaunter lagi.
Satu lagi kalau dah boleh guna internet deposit wang dari bank kita ke TH, tentu nak keluarkan guna ATM, tak jadi masalah kalau mahu. Salam.

ZABS said...

May: Tu lah pasal. Kalau ramai anak-anak muda dah mula menyimpan dengan TH, tentu kesedaran untuk mengerjakan Haji akan bertambah.
Tapi kalau nak simpan dan keluar wang ambil masa berjam-jam tentu patah semangat mereka untuk ke sana. Permudahkanlah....

ZABS said...

Doc. TA: 15 minit setiap orang berurusan, kalau ada 10 orang mahu 2 jam setengah menunggu tu.
Mereka ini tak tahu nak cepatkan urusan pelanggan.
Seperti kata anda, "Ada beberapa staff lain di belakang kaunter sedang bersembang2".
Mereka ni nak jimatkan elektrik, tiga kaunter lagi tu tak perlu buka komputer mereka, sebab orang tak ramai.
Kalau tempat orang ramai macam kes saya takda pun usaha nak buka kaunter tambahan inikan pula cuma ada 3 orang. Sabar jelah. Boleh kita undi Pengerusi TH ni disingkirkan ke? Salam.

Neeza Shahril said...

TH kat Kuantan ada 2 cawangan. Dulu 1 cawangan. memang kena tunggu.. lebih 2 jam pun ada. terpaksa ambik cuti kadang2 tu. Tapi bila dah buka 1 lagi, lega sikit. Lagipun cawangan baru tu tak ramai orang pergi sebab bas tak lalu situ sangat. So, siapa yang berkereta je lah dapat benefit... heheee..

anyway, ATM untuk TH memang cadangan yang baik. Cuma, pendeposit kena disiplin la sikit. Nanti asyik keluar aje... bila nak merasa pergi haji nye.. heheee

ZABS said...

Neeza: Kalau ada niat nak kerjakan Haji, kena disiplinlah menyimpan, dan jangan keluar kecuali, keperluan mendesak. ATM ini bagi penyimpan yang simpan untuk safekeeping, dah buat haji dan jadikan TH macam bank biasa except ini cara Islam, lebih diyakini. Salam.

zino said...

zabs..
ada juga dengar kabar TH akan beroperasi macam bank.. tapi entah bila nak setat nya.. zino selalu berurusan di cawangan jalan Ipoh tu.. sama jugak ramai orang dan lama menunggu..

persoalan ini patut di ajukan sama kepada pihak pengurusan TH tu.. biar dia org buka mata sikit..

ZABS said...

Zino: Yang di Jalan Ipoh tu dah lama tutup. Juga yang di Jalan TAR depan Cycle and Carriage lama, juga dah tutp. Tapi ada yang baru di Maju Junction. Tapi tak pernah ke sana lagi.

Sastri said...

hmmm... buku simpanan TH sas, mak yang pegang... begitu gak buku ASB... jadi bila nak masukkan duit, transfer kat akaun mak, dan dia dan ayah tolong masukkan... sebab sas tak nak pegang buku tu ialah sas tak nak keluarkan duit yang disimpan di situ dan takut hilang... sas ni can be absent-minded and tend to misplace things... :D

ZABS said...

Sas: Satu strategi yang baik. Kalau nak keluarkan pun nanti tentu ada banyak tapisan. Akhirnya tak jadi keluarkan duit. Depat boleh saapai ke Mekah nanti. InsyaAllah.

aNIe said...

Salam Zabs..betul tu...Tabung Haji sebuah institusi yang besar dan ramai penyimpan...apa salahnya adakan mesin atm untuk mengeluarkan & memasukkan duit...rasanya dengan cara itu ramai lagi penyimpan akan rajin menabung dgn Tabung Haji kerana mudah...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan Zabs.

Saya pernah berurusan dengan Tabung Haji tapi bukan tentang wang simpanan spt tuan itu.

Kami pernah melaksanakan kerja TH Properties. Tak sangka, ingatkan kakitangan mereka semua 'bersih', ada yang terus-terang mahu 'disuap' baru pembayaran berkala dapat dilakukan...Dan melaksanakan projek mereka pun menyakit dan mengelirukan. Bukankah mereka menjaga amanah duit orang ramai...?

[Ulasan saya terkeluar tajuk. Sekadar berkongsi]

ZABS said...

Kak Lady,
Betul, sepatutnya telah ada kesadaran itu sejak lama lagi dulu. Kalau dahulu penyimpannya dari kalangan orang kampong, menyimpan khusus untuk mengerjakan haji. Kini penyimpannya dari berbagai golongan dan kebanyakan nya perlu untuk berurusan dengan cepat dan mudah. Salam.

ZABS said...

BP@JP: Ya, walaupun diluar topik tapi masih berkaitan TH. Itu semua tanda2 akhir zaman agaknya. Banyak sudah kita baca di akbar2, mereka yang kita anggap bersih, tergamak melakukan perkara begitu. Ia sudah tidak pelik lagi nampaknya sekarang. Semoga Allah beri kita petunjuk, agar tidak melakukan begitu. InsyaAllah.

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Secara keseluruhan TH agak efisien. Cuman ia bukannya sebuah bank jadi tidak adil untuk di compare kan sedemikian. Their real business is pengurusan haji tapi kerana aset yang banyak mereka terpaksa berdiversify for maximum returns.

Saya juga turut bersedih yang ada pegawai tinggi TH yang terjebak dengan kasus rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mudah mudahan ini cuman setitik nila di susu sebelanga.

Sabar aja Pak Zab but cara proaktif lagi is to write in to their management. As customers we have a right to demand proper service. But TH has no competitors so customer service wont be their priorities. But it's important that their management knows. Cuba tulis ke koran arus perdana.

Salaam dari kapal, Pak.

ZABS said...

MS: Sebenarnya setahun sekali je pergi ke TH tu, nak semak akaun. saya masukkan melalui perbankan internet. Seperti saya katalah orang pencen macam saya ada banyak masa, boleh sabar.
Satu cadangan yang baik untuk menulis ke pihak pengurusan mereka.
Jika saya ada banyAk masa lagi. InsyaAllah..

Azlan Zed said...

org muda skang main cimb dream cash. untung2 dapat mercedes. dunia2. :)

ZABS said...

Alan: Dunia dicari, akhirat dijunjung. Mercedez unuk ke Masjid takpa..

Paksu Subhi said...

Saya Subhi bin ishak IC 570623025373 mohon maaf lebih dahulu kerana membuat permohonan disini bukan komen tetapi memohon untuk mendapatkan tarikh penerbangan untuk membuat permohonan cuti haji kepada ketua jabatan kerana perlu memdapat kelulusan ketua jabatan untuk keluar negara.
sekian terima kasih