Tuesday, February 05, 2008

Gula-Gula

Gula-dula seperti di atas, adalah makanan yang paling disukai oleh kanak-kanak (walaupun tidak baik untuk mereka) dan mungkin juga oleh sebilangan orang dewasa. Justeru itu agaknya, baru-baru ini saya telah terjumpa gula-gula seperti di bawah. Saya dapat sebiji dari kawan yang diberi percuma oleh sebuah restoren. Sedap juga rasanya, sepertit gula-gula "kopiko" jika anda telah merasanya.Ini hanyalah gambar kulitnya. Isinya telah saya makan.

Ini pula gambar kalendar kecil (3 in. x 6 in.) yang telah diagih2kan kepada orang ramai sejak awal tahun ini. Saya mendapatnya dari surau kami. Dari maklumat tertulis di kalendar tersebut, YB ini mewakili satu kawasan yang agak jauh dari tempat kami. Tentu banyak yang di cetak hingga pengagihannya sampai ke tempat kami.

Mungkin beliau ingin menyatakan terima kasih atas sokongan semua rakyat Selangor kepada beliau semasa menjadi wakil rakyat hingga sekarang. Beberapa hari lalu ada terbaca, semasa berucap pada satu perjumpaan dengan penduduk setempat, beliau telah berkata bahawa mungkin itu kali terakhir beliau berucap sebagai wakil rakyat (mengundur diri? tidak terpilih?).

Ada juga YB yang sanggup tak kahwin untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakilinya. Alhamdulillah (walaupun begitu, ada jodoh nanti kahwinlah). YB ini mahu bertanding lagi nampaknya tu.

Pilihanraya Umum telah semakin hampir. Pada masa itu, kita akan dapat melihat pelbagai lagi sandiwara menarik dilakonkan. Wallahua'lam.

40 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan Zabs.

Sampai ke pembalut gula-gula ya. Hehehe.

Nak dekat-dekat PRU ini, semakin banyak 'lawak jenaka' yang saya lihat dan dengar... :)

Mak Su said...

hah hah hah, look and see

ZABS said...

BP@JP dan Mak Su: Masa untuk menonton 'lawak jenaka' percuma. Biarkan Si Lunchai terjun dengan labu2nya..... biarkan, biarkan...

Qaseh Bidadari said...

just wait n see lah uncle...

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Kita telah melihat pra-tayangan ketika Pilihanraya kecil DUN Machap di Melaka dan DUN Ijok di selangor. Segala gula-gula di tabur kepada pengundi. Yang lazat-lazat sehingga ada yg terkena kencing manis pada waktu itu.

malangnya selepas menang, Machap dan Ijok masih begitu-begitu jugak. Taman rekreasi machap yg berjuta-juta RM telah lesu dan nampak terabai. Baru-baru ini ada membaca berita ttg Ijok.Pun sama jugak.Malah janji MB utk sering meninjau Ijok juga tinggal janji.
Bila janji di beri bersama gula-gula apa yang kita dapat?

JANJI MANIS MU.

ZABS said...

MR: Ya, bersama kita tunggukannya. Sudah mendaftar ke untuk mengundi?

ZABS said...

Doc.: Begitulah pemimpin yang kita ada. Bila berjanji bulan dan bintang akan dicapaikan.
Apabila sudah dapat yang dimahu, hanya kantung sendiri yang ingin dipenuhkan.
Beraja di mata bersultan di hati.
Aku ada kuasa, kamu ada apa.
Sekarang apabila kita ada kuasa, jangan pula disalah guna. Gunakan dengan bijaksana.
Salam.

pB said...

tak suka
tak suka
tak suka


sebut ala ala budak yang dlm iklan cat ..

ZABS said...

pB: Seorang tak suka, ada sepuluh yang lain suka. Sendiri mahu ingatlah nampaknya.

Pak Zawi said...

zabs,
Itu permulaan baru. Tinggu sedikit hari lagi bukan sahaja gula-gula sahaja akan diberikan. Pengalaman Pengkalan Pasir baru ni dimana saya mengundi macam-macam dapat. Batu jalan pun sampai tak mau, dah tak ada tempat nak letak.

Bergen said...

It's the formula that works like a charm time and again. How do they make sure it does work? I'm no expert but I gotta a feeling it's something in the water, or the thing they teach the kids at school so they'll grow up just like the parents. Give 'em a piece of something they can see a couple of days before the election day, and you can bet you whole head that they're gonna vote for ya.

Maybe things are gonna be different this time. Maybe they are gonna figure wrong. Maybe the formula isn't gonna work no more but you and I know it's most unlikely.

Maybe this is the best time for any race in Malaysia to demand something that would otherwise be totally unacceptable in normal circmstances, like Islamic Law Now, Islamic Economy Now, Hudud Now, or Malay Rights 100% Now, or how about 100% Malay Culture Now. Or how about Chinese can enter UiTM Now, or Indian can enter UiTM now.

They might give, you know. Afterall might as well as for a big sweet instead of small ones.

Unknown said...

Salam Pak Zabs.
Uih, ni tak pernah jumpa nih. Wrapper gula-gula jadi mass media. Pastu gerenti masuk tong sampah.

Lily Abdullah said...

Salam Pak Zabs,

Saya tak suka gula-gula. Apatah lagi gula-gula yang berbau,berperisa dan berbalut politik.

Kunyat coklat lebih berkhasiat dan sedap :)

ZABS said...

Zawi: Mereka akan beri seberapa banyak yang boleh pada masa itu je. Kenan ambik semuanya. Nanti bila depa dah menang jangan harap nak dapat lagi. Selamat menonton.
Ada baca di surat khabar tadi, ada orang di Melaka tu kata, kemajuan di KB tu orang pusat yang laksanakan....

ZABS said...

Bergen: Thank you for your comment. I can't say it any better.
Back to the demands issue, yes we should ask for bigger and better deals, at least once in 4 years we get to be more important than them.
We should choose wisely who we want to represent us. If we choose to give our vote to a candidate, do give it to those who really deserve it. Not because of the sweets promised.
Salam.

ZABS said...

Akmal and Waterlily: Itulah anggapan orang politik negara kita terhadap pengundinya. Seperti kanak-kanak, boleh digula2kan.
Semoga kita dapat membuat penilaian sebaiknya untuk PRU nanti. Salam.

Azlan Zed said...

yang peliknya, perkara2 ini muncul 5 tahun sekali. mengapa perlu begitu? mengapa tidak tiap2 tahun? x istiqamah langsung. :(

ZABS said...

Alan: Orang yang mengundi pun x istiqamah. Tidak buat penilaian sepanjang masa 4 tyahun tu. Orang mudah lupa. Bila dapat gula-gula pada masa nak buat pilihan,lupalah yang lama tak pernah datang melawatlah, takda kemajuanlah dan semua yang tidak puas hati hilang begitu je. Akhirnya dipilih semula.

NBK466 said...

Nice one bro Zabs...he.he.he..

ZABS said...

NBK: Saya masih mencari gula-gula yang berperisa buah kiwi, tapi tak jumpa lagi. Hahaha...

so'od said...

salam uncle,
oh dah start musim mengail ye?
tp kali ni xtau nak join ke tak..
tak sempat tukar alamat..
rasanya tak berbaloi nak turun ke KL sana just utk mkn umpan gula2.. ehehe..

uncle, uncle dah kena tag dgn saya.. sila rujuk blog ye..:D

ZABS said...

So'od: Terima kasih kerana memberi saya tajuk untuk buat N3 baru. Tetapi mungkin minggu hadapan baru buat, kerana nak cuti2 Malaysia 4 hari ini.
Jangan makan limau banyak sangat. Nanti sendawa pun bau limau...

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
The sandiwara has also started even without the dissolution of Parliament.
Watch out for the mineral water bottles. No only can it be used for advertising putpose (with parties' logo on it) but also "missles" during nomination and campaiging processes.
By the way, I have tagged you. Please refer to my blog. I hope to read your take on it soon.

Unknown said...

Hello Zabs,

I think this will be a record shortest comment I've made in your comment box. Can I just say:

T-S-T? Tahu Sama Tahu. Ha ha.

Neeza Shahril said...

sweet wrapper?? hehee.. memang masuk tong sampah la. orang akan ingat the sweetness tapi lepas tu orang buang aje.

tak kawin sebab nak berbakti kepada rakyat... ish ish ish... takkan lama sangat kot sampai tak kawin. atau idea bernas sempena pilihanraya.. macam2 yang 'dibantu' sekarang kat Malaysia (baca online paper). maklumlah... pancing pak.. jangan tak pancing... heheheee

ZABS said...

Fauziah: I have used live bullets before, so the mineral water bottle missiles, will not be much of a problem I suppose, except that it is a "rezeki", why sould it be wasted that way.
Thank for another topic to write about. But it has to take turnlah.

ZABS said...

Ruby: TST, lama sungguh tak dengar perkataan tu. Komen yang pendek tapi penuh erti. Thank you for visiting.

ZABS said...

Neeza: Sudah sembuh dari demam diharapkan. Itu baru permulaan, banyak lagi akan menyusul. Diharapkan jangan kerana kain pelikat sehelai atau RM50, undi tergadai.
Memang begitu lumrahnya, seperti komen Bergen diatas, formula itu cukup berkesan. Ia akan diguna sampai bila-bila pun selagi kesannya positif. Salam.

zino said...

zabs
ada pepatah moden berkata..

pelawak dengan politikus ni ada banyak persamaan.. hehe

ZABS said...

Zino: Agaknya begitulah. Cuma pelawak tahu orang ketawa kerana keucuannya, tetapi politikus tak tahu dia diketawakan. Salam.

Unknown said...

zabs...:-)

*senyum dalam dim sambil membaca entry dan komen2 di atas*

idham

Lee said...

Hi Zabs, I love those "gula gula" in your pic. Especially Smarties.
My all time favourites are those coconut candies in colourful wrappers sold in Penang.
Pity they not sold here.
Here's wishing you and family the best of the Rat new year. Best regards, Lee.

ZABS said...

Idham: Tak perlu beri pandangan, berdiam diri tanda setuju dengan apa yang telah diperkatakan. Thanks for visiting.

ZABS said...

Lee: Thank you for visiting. I was writing about the time has come for our next General Election. "Sweets" are seen to be distributed, to get the potentials voters attention.
Hope you have enjoyed ushering The Year of the Rat. Take care,

Accia said...

salam pak zabs,
saya tak berminat langsung dengan undi pos. masih ada lagi ke benda macam tu agaknya.

ZABS said...

Accia: Seingat saya masih ada lagi. Ini untuk kemudahan mereka yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas seperti anggota2 tentera, polis dan sebagainya. Juga untuk yang berkhidmat di kedutaan2 kita di luar negara dan seumpamanya.
Kat Malaysia, undi pos boleh main peranan penting tu..
US pun masih guna undi pos ini. Salam.

aNIe said...

Salam...sekarang kalau tgk berita...segala macam berita ttg pembangunan disogokkan pada kita...tadi baru tengok berita penduduk yang kene tsunami tu dpt rumah...dah bertahun2 dah...baru dpt...seb baik nak pilihanraya dah kalau tahun depan pilihanraya...tahun depan lah dapatnya...

Neeza Shahril said...

alhamdulillah.. baik sikit. betul tu. kadang2 kita lupa yang undi kita memberi 1 makna besar. tapi disebabkan gelap mata dengan $$, jadi leka sekejap. lepas tu baru menyesal...

ZABS said...

Kak Lady: Kalau tiap2 tahun Pilihanraya lagi bagus agaknya. Semua kerja akan tip top kot?
Baru baru ini ada Ketua Kerajaan Negeri tu nak tolong dapatkan kad pengenalan rakyat yang dah berkurun2 hidup tanpa surat pengenalan diri tersebut. Ade ke?

ZABS said...

Neeza: Alhamdulillah. Anda mengundi secara pos ke dari sana? Tentu sekarang dah mula proses menyemak daftar pengundi melalui pos agaknya. Salam.