Gambar ini saya ambil dari surat khabar tabloid yang saya baca, di restoren yang saya selalu makan tengahari. Ia menarik minat saya apabila membaca tajuk yang tersiar hari ini. Pada mulanya saya menyangka ia gambar yang telah di tindih2kan (doctored).
Dan jika ditanya kepada lembu itu, ia mungkin akan berkata, saya lupa, mungkin saya terlalu banyak makan rumput-rampai, sampai perut saya sakit dan kepala saya berpinar-pinar. Tak tahu apa yang saya telah lakukan.
Dan jika ditanya kepada lembu itu, ia mungkin akan berkata, saya lupa, mungkin saya terlalu banyak makan rumput-rampai, sampai perut saya sakit dan kepala saya berpinar-pinar. Tak tahu apa yang saya telah lakukan.
Untuk mengetahui cerita sebenarnya, saya telah membaca cerita selanjutnya di muka dalam. Begini cerita; Dua orang pencuri lembu telah mencuri lembu ini dan mahu membawanya lari dengan memasukkanya ke bahagian belakang kereta Wira ini.
Walau bagaimanapun penduduk kampong telah melihat mereka lalu mengejarnya dan memintas kereta tersebut. Kereta itu kemudian terbabas, dan pencuri dapat ditangkap. Sekarang sudah sahlah, kita telah ada alternatif baru untuk pengangkutan lembu di masa hadapan. Mungkin sedikit ubahsuai diperlukan, jika hendak dikeluarkan secara komersial. Kita boleh panggil Lembu Kereta dan bukan Kereta Lembu kot? Jangan marah.
(Untuk mengetahui cara untuk memasukkan lembu itu ke dalam kereta, perlu ditanya pakar tersebutlah).
(Untuk mengetahui cara untuk memasukkan lembu itu ke dalam kereta, perlu ditanya pakar tersebutlah).
18 comments:
salam uncle..
the moment i read this entry, i laughed out loud (dahla kat office ni semua orang diam jer..hahahaha)
thank you uncle kerana menceriakan suasana petang khamis ni :)
macam-macam hal la.. kih kih kih..
Sheemi: Hari hari kerja, kalau bosan mana boleh kerja... Sesekali kena ketawa untuk hilangkan kebosanan.
Lembu pun spoting mahu naik kereta..
Pak Zabs,
That picture was also in the Star. Haha, ramai-ramai gelak tadi.
The 'kidnapper' sure got no better things to do...they should try blogging :)
Akmal: Kalau diorang baca blog saya, nanti diorang pergi jumpa lawyer pulak nak minta ganti rugi... Apa pun mereka kreatif juga, cuma tak diguna untuk perkara yang baik-baik. Thank you for dropping by..
salam uncle..
sy pun terbelek kat metro td..
mula2 ingat accident langgar lembu..
tp pikir balik macam mana boleh terperosok seat belakang.. heheh..
macam2 la..
kesian lembu tu...
sampai sggup letak dlm kereta si pencuri tu ek!
So'od: Lembu pun nak rasa naik kereta juga. Jadik dia setujulah ikut mamat2 tu. Mereka2 ni semua dah belajar saikologi kot. Dah terer pujuk anak2 pergi cari kucing, sekarang boleh pujuk lembu naik kereta pulak!
MR: Anak2 pun kalau kita nak hantar pergi nuseri pagi2, kalau dia tak mahu pergi, pun susah nak suruh masuk kereta. Tetapi kalau dah mahu, lembu pun boleh masukkan kereta.
Salam Pak Zabs
And the foreign wires picked up the story and flashed it all over the world. I wonder which foreign newspaper is carrying that picture and story?
Nothing is impossible now, kan?
Fauziah: Is that so? Malaysia in the world news, but not for a good reason lah pulak.
saya ingat lah dua org tu tentu kuat macam badang hehe..
kalau tak macam mana dia masukkan lembu tu.. hehe
Zino: Badang ni makan muntah Jin moden kot? Bukti kalau hendak seribu daya, tak nak macam2lah helah. Kalau mereka berusaha untuk perkara yang baik, alangkah beruntungnya.
hah hah hah, pandai sangat memandai-mandai
wah, dasyatlah dia orang pak zabs. dah boleh jadi david blaine!
Mak Su: Beri penghormatan pada lembu nail Wira sebelum bijual untuk deposit Saga baru...
Accia: David Blaine pun malu nak tengok ni. Kalau dah ada kereta tentu ada kerja tetap diorang ni. Atau mencuri itu kerja tetap mereka. Wallahua'lam.
Salam Pak Zabs,
Lembu Kereta. Kalau pendekkan jadi cam 'L' - pemandu pelajar! Hmm...mungkin pencurinya pun baru belajar kerja mencuri kut :)
Shah CA: Mungkin sebelum curi lembu, kerja dia bawa beras, tepong atau minyak masak agaknya. Semua boleh letak kat tempat duduk belakang. Tu sebab nak cuba letak lembu pulak.
Post a Comment